CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

ADUN DAP Ditahan Disyaki Sokong LTTE, Lim Guan Eng Percaya Mereka Tak Bersalah

11-10-2019 10:45 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4574| Komen: 26|Original author: Tukang Tulis

Lim Guan Eng (gambar kecil, kanan) menyatakan pendirian DAP yang yakin dua ADUN dari parti itu, G. Saminathan dan P. Gunasekaran (gambar kecil, kanan) tidak bersalah berikutan penahanan mereka di bawah SOSMA kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyokong LTTE. Kredit foto: Carian Google dan Facebook

DAP percaya bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan gerakan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah tidak bersalah.

Memetik kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 10 Oktober, penahanan ADUN Gadek, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu sesuatu yang mengejutkan.

Beliau memberitahu, sepanjang bersama DAP, kedua-duanya tidak menunjukkan mereka terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyimpang daripada prinsip kesederhanaan serta kedamaian.


"Penahanan itu sesuatu yang mengejutkan dan saya telah menyatakan kepada pihak berkuasa bahawa parti berdiri teguh di belakang dua wakil rakyat kami," jelasnya.

Guan Eng turut menyatakan, beliau telah dimaklumkan oleh polis bahawa tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat yang lain daripada DAP yang akan ditahan selepas ini bagi membantu siasatan dalam pembabitan dengan LTTE.

Orang awam termasuk kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman LTTE dalam serangan keganasan mereka di Sri Lanka. Kredit foto: Carian Google
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan bahawa dua ADUN terbabit merupakan antara tujuh lelaki yang ditahan pada 10 Oktober kerana dipercayai terlibat dengan LTTE.

Semua suspek ditahan dalam operasi di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah berdasarkan risikan dan siasatan sejak November tahun lalu.

"Mereka disyaki terlibat dalam aktiviti mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak, mencari dana serta memiliki bahan yang berkaitan kumpulan pengganas itu," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Tangkapan pertama terhadap seorang ADUN di Negeri Sembilan dan tangkapan kedua terhadap seorang ADUN di Melaka dibuat ekoran penyertaan mereka dalam program Hari Perwira LTTE di Melaka pada 28 November tahun  lalu dengan memberi ucapan berunsur sokongan terhadap kumpulan pengganas itu serta mengedarkan bahan dan risalah berkaitan LTTE.

Suspek ketiga pula ialah seorang pekerja barang lusuh berusia 38 tahun di Rawang, Selangor yang ditahan kerana disyaki menganjurkan Hari Perwira LTTE setiap tahun di Kuala Lumpur.

"Suspek turut memiliki dan menyimpan bahan berkaitan kumpulan pengganas itu dan dia pernah disabitkan atas kesalahan mencederakan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 September 2016.

"Tangkapan keempat melibatkan seorang ejen insurans berusia 28 tahun di Kuala Lumpur kerana disyaki merancang melancarkan serangan ke atas Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur selain turut memiliki dan menyimpan bahan berkaitan kumpulan pengganas itu," jelasnya.

Selain itu, seorang pemandu teksi berusia 37 tahun yang juga terlibat dalam insiden menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di KLIA ditahan kerana dipercayai menyertai perjumpaan sulit di Sungai Siput, Perak untuk merekrut dan menyebarkan propaganda LTTE di negara ini.

Dua suspek yang ditahan terlibat dalam insiden serangan terhadap Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di KLIA pada 4 September 2016. Kredit foto: Carian Google
Dua lagi suspek iaitu seorang juruteknik berusia 27 tahun ditahan di Kulim, Kedah dan seorang penjaga kedai makan di Sungai Buloh, Selangor kerana disyaki menyokong serta memiliki bahan berkaitan LTTE serta mempromosikan kumpulan pengganas itu termasuk dalam media sosial. 

Polis juga mempunyai maklumat tentang usaha untuk mengaktifkan semula LTTE dan tindakan awal diambil bagi membanteras kumpulan pengganas itu daripada terus berkembang di Malaysia. - CARI

1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 11-10-2019 12:42 PM
Wirukkkirennnn
Quote damian_lee 11-10-2019 02:23 PM
sokongan padu nampak? tak nak kena hangkut ke?
Quote Ina8895 11-10-2019 03:42 PM
Nobita ni kalau kena kat geng dia, semua tak salah. Rogol amah pun kata konspirasi politik. Rasuah banglo murah pun boleh lepas.
Quote hussaini4675 11-10-2019 03:52 PM
Masuk D4P semua jadi suci murni
Quote Kurex 11-10-2019 04:08 PM
kalau kena orang sendiri, terus kata tak salah..kalau kena orang lain, hanat ni yg paling celaka mulutnya
Quote dino 11-10-2019 04:10 PM
khinzir ni nak camoyr tgn ke tuh
Quote Bedah.Cun 11-10-2019 05:24 PM
Cheebye der sousiang. Kuai serrr lanciauuu
Quote relaxjek 11-10-2019 06:04 PM
Tangkap tangkap tangkap.. jgn bagi peluang.. cantas semua sampai akar umbi.. paksa mereka beritahu senarai nama anggota ltte di malaysia.. bahaya ltte ni..
Quote HangPC2 12-10-2019 08:28 PM
PERANG EELAM 1 (1983 - 1987) BAHAGIAN 1














LTTE adalah kependekan kepada Liberation Tigers of Tamil Eelam, sebuah organisasi militan yg ditubuhkan oleh Vellupilai Prabhakaran pada tahun 1976 bertujuan memperjuangkan pembentukan sebuah negara Tamil yg bebas dan merdeka di utara dan timur Sri Lanka. Kumpulan etnik terbesar di Sri Lanka adalah etnik Sinhala kira - kira 75% dan diikuti oleh Tamil Sri Lanka sebanyak 11%. Perang saudara ini berlarutan dari tahun 1983 hingga 2009.

LTTE adalah sebuah organisasi bersenjata yg teratur, hasil dari pendapatan sebanyak USD 200 juta setahun - dari sumbangan expatriat Tamil di luar negara, pemerasan, penjualan senjata dan percukaian yg dikenakan kea atas penduduk dikawasan yg mereka kuasai.

Pada kemuncak kekuatan LTTE ini, pada tahun 2000, mereka menguasai kawasan seluas 15,000 km persegi di utara dan timur Sri Lanka (76 % dari kawasan tersebut). Keganasan yg dilakukan oleh LTTE adalah melakukan sabotaj berprofail tinggi seperti menyerang pangkalan tentera, pembunuhan ahli - ahli politik di Sri Lanka dan India. Dua tokoh utama yg mereka bunuh adalah bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada 1991, dan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadesa pada 2009.

LTTE juga adalah perintis kepada penggunaan wanita sebagai pengebom bunuh diri. Kebiasaannya pengeboman seperti ini mengakibatkan jumlah kematian yg tinggi seperti di Central Bank pada tahun 1996 dimana 90 orang menjadi korban. LTTE bukanlah yg pertama menggunakan kaedah ini, tetapi merekalah yg pertama mengadaptasi sebagai taktik tersusun peperangan mereka. Menurut satu wawancara oleh Lynn Neary dalam program radio Talk of the Nation, 21 May 2009 - Prof. Robert Pape pengarah Chicago Project on Suicide Terrorism, pada tahun 1983, kader - kader LTTE telah mendapat latihan dari kem Hezbollah. Dari dari jumlah 273 serangan bom yg dilakukan oleh LTTE dari tahun 1987 hingga 2009, 46 serangan telah dibuat oleh pengebom bunuh diri wanita, dan dalam tempoh yg sama, jumlah tersebut telah mengatasi rekod serangan Hamas - 137 serangan bom.

Penglibatan India dalam melatih LTTE.

Pada bulan Ogos 1983 hingga May 1987, melalui agensi perisikannya, RAW – Research and Analysis Wing, India telah membekalkan senjata, latihan dan bantuan kepada 6 kumpulan gerila pembebasan di Sri Lanka, termasuklah LTTE. Ketika itu, 32 buah kem latihan, kebanyakkannya di Tamil Nadu disediakan untuk melatih seramai 495 gerila LTTE.

India semasa dibawah kepimpinan Indira Gandhi, dan kemudiannya Rajiiv Gandhi, telah menunjkkan simpati kepada kebangkitan kaum Tamil di Sri Lanka. Atas sokongan penduduk Tamil Nadu, tempat – tempat perlindungan telah disediakan kepada para pejuang pemisah tersebut, begitu juga bekalan senjata yg diseludup masuk melalui Tamil Nadu.

Permulaan Konflik

Pada 23 Julai 1983, sepasukan gerila LTTE telah melakukan serangan ke atas pasukan ronda Four Four Bravo di luar pekan Thirunelvedi, membunuh seorang pegawai dan 12 amggota. Kejadian ini membangkitkan kemarahan kaum Sinhala, dan mereka malakukan rusuhan selama tujuh hari yang dikenali sebagai “Black July”. Rusuhan yg tercetus di Colombo ini merebak ke bandar – bandar lain dengan menjadikan orang tamil sebagai sasaran. Dalam tempoh masa tersebut, 8,000 buah rumah dan 5,000 kedai musnah serta 3,000 orang terbunuh. Selepas kejadian ini, ramai penduduk Tamil Sri Lanka menyelamatkan diri menjadi pelarian ke India, dan belia – belia Tamil pula menyertai LTTE.

Pada bulan May 1985, dalam insiden Anuradhapura Massacre, LTTE telah menembak 146 orang awam di kuil Jaya Sri Maha Bodhi dan melakukan kekacauan di bandar itu. Setahun sebelumnya, pada 30 November 1984, 50 anggota LTTE telah menyerang ladang Kent & Dollar, membunuh 62 lelaki, wanita dan kanak – kanak Sinhala yg sedang tidur dengan menggunakan kapak, grened dan raifal.

Tentera Sri Lanka melancarkan Operasi Vadamaracchi besar – besaran pengepungan Jaffna pada tahun 1986, melibatkan 4,000 anggota tentera. Pada masa itu, Sri Lanka telah mendapat sokongan antarabangsa, dan bantuan dihulurkan oleh kerajaan Pakistan, Israel, Afrika Selatan dan Singapura untuk megekang penyeludupan senjata dari Tamil Nadu.

Apabila Jaffna terkepung, berlaku krisis kemanusiaan, seperti kekurangan bahan makanan. India cuba menghantar bantuan dengan menggerakkan konvoi bantuan melalui jalan laut, namun mereka dihalang oleh tentera laut Sri Lanka. Dua hari kemudian, sebagai “show of force” Operasi Poomalai (Flower Garland) dengan kod Eagle Mission 4, dilancarkan, dimana 25 tan bahan makanan digugurkan dari udara oleh 5 buah pesawat pengangkut An – 32 milik Indian Air Force, yang diiringi oleh 5 buah jet – jet pejuang Mirage 2000. Operasi ini telah dimaklumkan kepada kerajaan Sri Lanka sejam sebelum misi bermula.

Bagi mengelakkan campurtangan India secara aktif di Sri Lanka, Presiden Jeyawardene dan Rajiv Gandhi telah bertemu dan membuat perjanjian Indo – Sri Lanka Accord pada bulan Julai 1987. Dalam perjanjian ini Colombo bersedia memberi deligasi kuasa kepada kawasan – kawasan Tamil dan mengundurkan tentera dari kepungan Jaffna. Pada masa yg sama pemberontak LTTE perlulah meletak senjata. Di bawah perjanjian itu juga, jika diminta oleh kerajaan Sri Lanka, tentera India perlu menunjukkan komitmen untuk membantu Sri Lanka. Perjanjian ini berjaya membawa keamanan sementara di Sri Lanka.

Penglibatan tentera India – Indian Peace Keeping Force (IPKF) 1989 – 1990.

Kerana meningkatnya keganasan dan rusuhan yang dimulakan oleh parti berhaluan kiri Janatha Vimukhti Peramuna (Barisan Pembebasan Rakyat) dan Sri Lanka Freedom Party, Presiden Jayewardene telah meminta India membantu untuk mengawal keamanan dan bersedia mengeluarkan tentera Sri Lanka dari Kawasan penduduk Tamil.

Indian Peace Keeping Force (IPKF) telah menghantar 4 divisyen tentera dengan 80,000 anggota. 54th Air Assault Division dengan 10,000 anggota adalah pasukan pertama yang menjejakkan kaki ke Sri Lanka, diikuti oleh pasukan 36th Infantry Division, 57th Infantry Division dan 4th Mountain Division. Mereka disokong oleh elemen kecil pasukan udara dan laut, pasukan Pengawal Pantai India dan pasukan paramilitari Central Reserve Police Force. Pasukan komando marin MARCOS juga buat pertama kalinya turut beraksi di Sri Lanka.

IPKF pada asalnya tidak harus terlibat dalam sebarang pertempuran. Tetapi selang beberapa bulan, LTTE cuba mendominasi Majlis Pentadbiran Interim dan enggan meletakkan senjata. Iaitu antara syarat utama untuk mengekalkan keamanan di kawasan majoriti penduduk Tamil. LTTE telah mula melakukan serangan ke atas pasukan IPKF, dan IPKF pula berusaha untuk melucutkan senjata gerila – gerila LTTE. Dalam masa 2 tahun di Sri Lanka, IPKF telah melancarkan empat operasi:

• Operasi Pawan (Operation Wind)

Operasi untuk menawan Jaffna dari LTTE pada 11 – 25 November 1987, bertujuan melucutkan senjata gerila – gerila LTTE sebagai memenuhi sebahagian syarat Perjanjian Indo – Sri Lanka yang ditandatangani pada 29 Julai 1987. Seramai 20,000 anggota IPKF teribat dalam operasi memburu kira – kira 2,500 gerila LTTE di Jaffna. Sektor Jaffna berkeluasan 60 km x 30 km dipenghunikan oleh 200,000 penduduk. Kira – kira 16 hingga 20 batalion IPKF ditempatkan disini. Rules of Engagement (ROE) bagi operasi ini adalah ketat, penggunaan sebarang senjata berat, artileri dan bantuan tembakan udara tidak dibenarkan bagi meminimakan kasualti orang awam.

Objektif utama operasi adalah :-

a) Menawan atau memusnahkan peralatan radio dan penyiaran TV milik LTTE
b) Menawan jaringan komunikasi LTTE
c) Menyerang kem atau tempat persembunyian gerila LTTE
d) Menahan dan soalsiasat anggota LTTE yang menguruskan pejabat – pejabat LTTE.

Pada malam 12 Oktober 1987, menurut perancangan 17 anggota komando dari Batalion ke – 10 Parachute Regiment akan dimasukkan ke padang bola Universiti Jaffna, diikuti 30 anggota Batalion 13, Sikh Light Infantry dengan helikopter. Mereka akan bergabung dengan anggota Gorkha Rifles dan Sikh Light Infantry lainnya. Malangnya komunikasi mereka telah dipintas oleh LTTE, pendaratan helicopter Mi-8 telah diserang hendap. 31 maut termasuk 2 anggota komando. Baki yang sedang bertahan kemudiannya diselamatkan dengan kereta perisai dari Rejimen Armor ke – 65. Penembak tepat LTTE telah membunuh anggota semboyan, menjadikan mereka terputus hubungan dengan markas di Pengkalan Udara Palay.

Seterusnya adalah pertempuran di kawasan terbina. IPKF enggan menggunakan senjata berat kerana bimbangkan keselamatan orang awam, tambahan lagi LTTE memasang Claymore dan IED (drum yang penuh dengan bahan letupan dan dikawal dari jarak sejauh satu kilometer) sebagai perangkap. Tentera India diperkuat dengan tibanya kereta kebal T-72 dan kenderaan tempur BMP-1, serta helikopter bersenjata Mi-24. Gerila LTTE kebanyakkannya menggunakan rifel AK-47 buatan China, RPG-7 dan mortar 60 mm.

Penggunaan kereta kebal dan perisai didapati sangat efektif bagi melindungi kemaraan tentera India dari jerangkap samar LTTE. Bagaimanapun, penembak tepat LTTE masih lagi menjadi ancaman besar kepada mereka. Mereka mangambil posisi strategic seperti dari atas bumbung dan juga pokok – pokok dengan menjadikan pegawai dan anggota semboyan sebagai sasaran. Pegawai – pegawai terpaksa menanggalkan tanda pangkat dan juga membawa beg galas sama seperti anggota lain untuk mengaburi LTTE.

Apa yang nyata adalah kesukaran mereka membezakan antara orang awam Tamil dan gerila LTTE. Gerila LTTE muncul dari kawasan perumahan, melakukan serangan mengejut dan menghilangkan diri dengan cepat, atau mereka akan menyembunyikan senjata mereka dan kemudiannya bergabung dengan kumpulan orang ramai. Terdapat juga kanak – kanak melepaskan tembakan ke arah tentera India. Sniper – sniper mereka mengambil kedudukan di atas pokok – pokok kelapa.

Setelah pertempuran sengit selama dua minggu, pasukan IPKF Berjaya mengawal bandar – bandar utama dari LTTE. Gerila – gerila LTTE berundur ke kawasan hutan di pinggir – pingir bandar. Mereka Berjaya membunuh 700 gerila LTTE dan menawan 80 darinya. IPKF mengalami lebih 200 kematian dan 700 lagi cedera. Tentera Udara India (IAF) melakukan 2200 penerbangan taktikal dan 800 sorties dilakukan oleh helikopter di dalam operasi ini.

• Operasi Viraat (Operation Giant) & Operasi Trishul (Operation Trident)

Kedua – dua operasi dilaksanakan pada bulan April 1988, meliputi beberapa wilayah di utara Sri Lanka. Pemerintahan tertinggi tentera India merangka pelan Cari dan Musnah (Search and Destroy), berbeza dengan pendekatan mereka sebelum ini yang mempertahankan kawasan tertentu dari serangan LTTE.

Seramai 15,000 anggota tentera termasuk elemen bantuan seperti armor dan unit udara telah digerakkan. Operasi ini menemui kejayaan walaupun berhadapan dengan pertahanan musuh yang kukuh. IPKF berjaya merampas senjata – senjata, penemuan kubu - kubu konkrit (bunker) yang dilengkapi dengan generator elektrik dan setor simpanan. LTTE banyak melakukan serangan hendap dengan IED ke atas konvoi – konvoi IPKF. Jarang sekali serang hendap dilakukan dengan senjata ringan secara berhadapan kerana tentera India akan memberikan tentangan sengit.

• Operasi Checkmate

Merupakan operasi yang terakhir dilakukan oleh pasukan IPKF di kawasan Vadaramachi sebelum pilihanraya dijalankan di wilayah – wilayah utara Sri Lanka. LTTE bagaimanapun memboikot pilihanraya ini. Tujuan operasi adalah untuk menghalang LTTE menggagalkan proses pilihanraya.

IPKF cuba menyakinkan penduduk menyertai pilihanraya, begitu juga puak – puak pemberontak selain LTTE. Untuk mengelakkan ketegangan, IPKF telah membuka checkpoint dan sekatan – sekatan jalanraya. Kerajaan Sri Lanka juga telah meluluskan pindaan perlembagaan (13th Amendment) yang membolehkan tertubuhnya NEPC – North Eastern Provincial Council. Puak – puak pemisah Tamil telah diminta untuk mendaftar sebagai parti politik yang sah. Akhirnya pilihanraya berjalan dengan aman walaupun jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah rendah. Pilihanraya ini dipantau oleh wakil – wakil dari Komanwel.

Sementara itu, di India perbincangan berlangsung tentang peranan IPKF :-

a) Membiarkan NEPC mengurus dan peranan IPKF dikurangkan
b) Mengekalkan IPKF selagi diperlukan, mungkin untuk tempoh 10 tahun
c) Membiarkan masalah diselesaikan sendiri oleh NEPC dan kerajaan Sri Lanka.

Buat sementara waktu, kerajaan India mengekalkan kehadiran IPKF. LTTE walaupun tidak dapat ditewaskan sepenuhnya, tetapi secara perlahan ia semakin lemah. Kader – kader baru dan pemimpin muda mereka tidak dapat bertahan lama di bandar atau pekan – pekan. LTTE telah semakin terasing di hutan – hutan. Masyarakat telah boleh menerima dan menyesuaikan ke kehidupan baru.

Bagaimanapun pemimpin Sri Lanka yang baru, Presiden Premadasa amat tidak menyenangi kehadiran tentera India untuk tempoh yang lama. Beliau telah mengarahkan tentera Sri Lanka bertindak untuk menghalau keluar tentera India. Bagaimanapun sikap professional komander tentera kedua – dua negara dapat mengelakkan konflik tercetus. Di India juga berlaku perububahan kerajaan. Di bawah pimpinan V.P. Singh, kerajaan India komited untuk menamatkan penglibatan IPKF. Tekanan juga dibuat ke atas Sri Lanka dan LTTE untuk bersemuka ke meja rundingan pada bulan Jun 1989. IPKF mula berundur secara berperingkat dan kapal terakhir meninggalkan Sri Lanka pada 23 Mac 1990, membawa pasukan Parachute Regiment yang terakhir.

Dalam tempoh sepanjang IPKF berkhidmat di Sri Lanka, mereka mengalami 1,517 kematian. Majoriti mereka disemadikan di Sri Lanka, dan tidak banyak diperkatakan tentang mereka oleh rakyat dan kerajaan India. “They died fighting someone’s else war, only to be remembered by their families” menurut coretan seorang wartawan.

Terdapat beberapa isu yang menjadi kontroversi semasa kehadiran pasukan IPKF ini. Bukan sahaja mereka tidak disenangi oleh pihak LTTE, tetapi juga oleh rakyat Sri Lanka yang menganggap mereka sebagai penjajah.

IPKF dilaporkan terlibat dalam dua insiden pembunuhan beramai – ramai orang Tamil Sri Lanka:
1) Di Valvettiturai, Jaffna antara 2 – 4 Ogos 1989, dimana 64 orang minoriti Tamil Sri Lanka telah dibunuh, serta lebih 100 buah rumah dan kedai telah dibakar, susulan peristiwa serangan LTTE ke atas pasukan tentera India yg mengakibatkan 6 kematian termasuk seorang pegawai, dan 10 lagi cedera. Serangan dilakukan ketika satu platun tentera India sedang meronda disebuah pasar yang sesak dengan orang ramai.

2) Jaffna Teaching Hospital, pada hari Deepavali 21 & 22 Oktober 1987, hanya selepas 3 bulan tentera India tiba di Jaffna – insiden mengorbankan 60 hingga 70 doktor, pesakit dan staf hospital tersebut. Kejadian berlaku semasa Operasi Pawan dimana tentera India mengalami jumlah kematian yang tinggi memandangkan mereka masih tidak mahir dengan selok belok Jaffna, dan tipu muslihat LTTE yang berselindung dengan orang awam. Menurut laporan India Today, dalam masa 16 hari pertempuran, tentera India mengalami 214 kematian termasuk 2 pegawai perpangkat Kolonel, 36 hilang dan 700 kecederaan.

BERSAMBUNG – kita akan melihat bagaimana Sri Lanka menukar strategi melawan LTTE setelah keamanan sementara dari 1988 hingga 1990 dicabul.

Foto - foto:

Rusuhan Black July
Operation Pawan.
Batch awal LTTE yang dilatih di India.





Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Quote HangPC2 12-10-2019 09:34 PM
PERANG EELAM 2 (1990 - 1995) BAHAGIAN 2







Dalam Bahagian 1 kita dah lihat akan sebab – sebab berlakunya pemberontakan etik Tamil di Sri Lanka. Bagaimana mereka mendapat sokongan dan latihan ketenteraan oleh kerajaan India, tercetusnya konflik bersenjata setelah LTTE menyerang pasukan ronda Bravo Four Four tentera Sri Lanka, peristiwa rusuhan kaum Black July apabila kaum Sinhala merusuh selama seminggu dan membunuh 4,000 orang – orang Tamil, dan campurtangan tentera India di bumi Sri Lanka dengan menghantar kontinjen seramai 100,000 Indian Peace Keeping Force (IPKF) dari tahun 1987 hingga 1990. IPKF berusaha membantu Sri Lanka melucutkan senjata pemberontak LTTE dan mewujudkan keamanan.

Pada bulan Jun 1989, kerajaan Sri Lanka telah mengadakan gencatan senjata Bersama LTTE. Bagaimanapun, selepas pengunduran tentera India (IPKF), kerajaan pimpinan Presiden Premadasa masih gagal dalam rundingan untuk mencapai persetujuan dengan LTTE. Apabila Menteri Pertahanan Ranjan Wijeratne mengarahkan LTTE meletakkan senjata, pemimpin LTTE memberi amaran yang mereka akan terus memerangi kerajaan Sri Lanka. Tempoh tahun 1990 hingga 1995 dikenali sebagai Fasa Perang Ealaam II).

Pergolakkan kali ini dimulakan oleh LTTE setelah mereka membunuh hampir 600 anggota polis Sinhala dan Muslim setelah mereka diarahkan oleh Premadasa untuk menyerah kepada LTTE pada 11 Jun 1990. Sehari sebelumnya, LTTE telah mengusir 28,000 orang Muslim dari Jaffna.

Sebelum insiden tersebut, tentera – tentera Sri Lanka masih di kem – kem mereka lagi, tiada tindakan diambil ke atas sebarang aktiviti LTTE kerana khuatir akan melanggar gencatan senjata. Walaupun pihak tentera telah mengumpul maklumat bahawa LTTE sedang membuat persediaan untuk berperang dengan membina kubu - kubu konkrit (bunker) dan lain – lain persediaan, namun Kementerian Pertahanan masih tidak membuat apa – apa keputusan. Pada 7 Jun 1990, sepasukan tentera Sri Lanka telah diserang oleh LTTE di Mullaitivu, mengorbankan seorang dan sembilan lagi cedera.

Pada 10 Jun 1990, seorang pemuda Muslim ditahan oleh polis. Pemuda ini adalah tukang jahit yang berkerja untuk LTTE. Pada 9.30 pm kader bersenjata LTTE telah datang ke balai polis meminta pemuda tersebut dibebaskan, tetapi anggota polis mengatakan pemuda tersebut telah dihantar ke hospital. Keesokkannya, pada jam 6 pagi, seramai 250 kader LTTE telah mengepung Balai Polis Batticaloa dan menculik 3 anggota polis. Kemudian, anggota polis Sinhala dan keluarga mereka dibawa ke lapanganterbang, manakala anggota polis Tamil dan ahli keluarga mereka dibawa ke Gereja St. Mary. Mereka turut merampas lebih 200 laras raifal T56 dan T84S, 78 raifal .303, 28 SMG dan 78 laras SAR 80.

LTTE mengarahkan kesemua balai polis di wilayah timur dikosongkan menjelang 2.30 petang. Ketua Polis Sri Lanka, Ernest Perera atas permintaan Presiden Ranasinghe Premadesa mengarahkan semua anggota polis meletakkan senjata setelah mereka diberikan jaminan keselamatan dan akan dibebaskan. Seramai 899 anggota polis telah ditawan tetapi 125 berjaya melarikan diri. Baki tahanan dibawa ke hutan – hutan di Vinayagapuram dan Trincomalee. Dianggarkan 600 hingga 774 anggota polis telah ditembak mati.

ASP Ivan Boteju ketua balai Kalmunai melawan dan bertempur sehingga jam 6 petang telah meminta bantuan artileri dan serangan udara tetapi telah dinafikan. Pada jam 5.20 pm, beliau dihubungi oleh Ketua Polis dan diarahkan menyerah diri kepada LTTE. Setelah LTTE merampas peralatan perhubungan, mereka kemudian dibunuh di hutan Tirukkovil. Di Kalmunai pula, LTTE menyerang konvoi tentera, membunuh 10 anggota. Di kawasan ini dilaporkan 324 anggota polis Sinhala dan Muslim telah dibunuh.

Pada 18 Jun 1990, Menteri Pertahanan Ranjan Wijeratne, semasa di Parlimen mengumumkan “mulai dari sekarang, kita lancarkan perang habis – habisan, tiada jalan lain”. Maka bermulalah fasa Perang Eelaam II. Akibat pengunduran tentera dari Kokavil, Mankulam, Killinochchi dan Silavathurai, LTTE telah mengambil alih kawalan kawasan – kawasan ini dan Berjaya memutuskan hubungan jalan darat ke Semenajung Jaffna. Menjelang bulan Julai 1990, LTTE menguasai kebanyakan kawasan di utara dan timur Sri Lanka.

LTTE melakukan satu lagi pembunuhan beramai – ramai di Palliyagodella sebuah perkampungan yang bersempadan dengan wilayah utara. Menurut kenyataan kerajaan Sri Lanka kira – kira 150 gerila LTTE menyerang dan membunuh hampir 170 orang Sinhala dan Muslim. Sebelum insiden ini, berlaku ketegangan antara penduduk kampung dengan LTTE. Mereka telah meminta perlindungan dari LTTE yang memeras ugut orang – orang kampung. Pihak kerajaan telah membekalkan mereka dengan senapang patah, tetapi ini tidaklah mencukupi untuk berhadapan dengan gerila LTTE yang lengkap bersenjata. LTTE telah melontar grened ke dalam masjid membunuh kira – kira 40 orang, dan terus mengganas dengan membunuh wanita serta kanak – kanak. Mereka berundur apabila anggota tentera tiba dengan helikopter.

Pada 21 May 1991, pengebom bunuh diri LTTE, seorang wanita bernama Thenmozhi Rajaratnam (Dhanu) telah membunuh Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi (dan 14 orang lagi) semasa beliau berkempen di Chennai, Tamil Nadu. Sebelum itu, pada bulan Ogos 1990, Rajiv Gandhi telah membuat kenyataan bahawa beliau akan menghantar kembali pasukan tentera India (IPKF) ke Sri Lanka jika beliau terpilih lagi untuk menjadi Perdana Menteri. Kenyataan ini membangkitkan kemarahan LTTE. Walaupun LTTE tidak pernah mengaku melakukan pembunuhan tersebut, adalah dipercayai ianya dilakukan atas dua perkara. Pertama – membalas dendam atas pembunuhan yang dilakukan oleh tentera India (IPKF) sepanjang mereka berada 3 tahun di Sri Lanka, dan kedua – LTTE khuatir Rajiv Gandhi akan megotakan janjinya untuk menghantar kembali tentera India jika beliau memenangi pilihanraya. Apapun, keputusan membunuh Rajiv Gandhi ini dilihat sebagai satu kesilapan paling besar dilakukan oleh LTTE. LTTE diharamkan di Tamil Nadu dan sebahagian rakyat Tamil India hilang kepercayaan kepada LTTE.

Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa juga menemui nasib yang sama setelah terbunuh bersama 17 mangsa lain pada jam 12.45 petang semasa menghadiri perhimpunan Hari Pekerja pada 1 May 1993. Mangsa yang cedera pula adalah 38 orang, termasuk 7 parah. Polis menemui kepala pengebom tersebut yang telah putus, dengan kapsul cyanide didalam mulutnya, Teknik yang biasa diguna pakai oleh pemberontak LTTE.

Selain kedua ketua negara diatas, 9 menteri, 26 ahli parlimen, 22 ahli politik, 12 pegawai kanan tentera turut menjadi mangsa pembunuhan sepanjang tempoh perang saudara ini.
Dalam Fasa Perang Eelam II ini beberapa operasi penting telah dilaksanakan, antaranya :-


a) Pertempuran Kokavil 27 Jun – 11 Julai 1990
b) Operasi Balavegaya (Op Power Force) – 14 Julai – 9 Ogos 1991
c) Pertempuran Elephant Pass I – 10 Julai – 9 Ogos 1991
d) Pertempuran Pooneryn – 11 Nov – 12 Nov 1993



BERSAMBUNG


Foto : Wilayah utara yang bergolak dan bulldozer yang digunakan oleh LTTE




Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Quote HangPC2 12-10-2019 10:16 PM
PERANG EELAM 2 (1990 - 1995) BAHAGIAN 3









Dalam bahagian ke – 2 fasa Perang Eelam II berlangsung selama 5 tahun (dari 1990 hingga 1995). Permulaan fasa ke – 2 adalah serangan LTTE ke atas balai – balai polis di wilayah timur Sri Lanka. Bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, kerajaan Sri Lanka telah meminta anggota – anggota polis menyerah kepada LTTE setelah LTTE memberikan jaminan tidak akan mengapa – apakan mereka. Namun setelah mereka menyerah, mereka di bawa ke hutan – hutan dan dibunuh oleh LTTE. Seramai 774 anggota polis telah dibunuh dengan cara ini.

Operasi Balavegaya (Op Power Force) – 14 Julai hingga 9 Ogos 1991 adalah operasi besar – besaran yang berjaya dalam fasa ke – 2 perang ini. Empat hari sebelum operasi ini, LTTE telah melancarkan satu operasi di kawasan strategik Elephant Pass. Ia merupakan serangan LTTE yang terbesar pernah dibuat dan juga dikenali sebagai Pertempuran Elephant Pass Pertama. Serangan ke atas kem yang diduduki oleh 800 anggota Batalion ke – 6 Rejimen Sinha berlangsung pada waktu subuh disokong oleh tembakan mortar termasuklah kemaraan sebuah bulldozer yang telah diubahsuai dengan penambahan perisai. Beratus – ratus pejuang melakukan serangan secara gelombang tetapi hanya beberapa posisi sahaja jatuh ke tangan mereka. LTTE telah berjaya megepung kem ini.

Tentera Sri Lanka cuba menghantar bantuan dengan helikopter, tetapi gagal mendarat di dalam kawasan kem kerana tembakan LTTE. Pertempuran berlangsung selama empat hari, mujurlah 60% bantuan makanan dan amunisi yang digugurkan dari udara jatuh ke dalam kawasan kem. Pada masa inilah Lans Koperal Gamini Kularatne berjaya meghentikan kemaraan bulldozer perisai LTTE dengan memmanjat dan melontar grened ke dalamnya. Beliau sendiri maut kerana ditembak bertubi – tubi. Semangat keperwiraannya melayakkannya mendapat anugerah pingat keberanian tertinggi Sri Lanka, Parama Weera Vibhushanaya.

Empat hari kemudian Operasi Balavegaya I, dilancarkan. Serangan amfibi ini dilakukan kerana memintas jalan darat ke Elephant Pass yang telah disekat oleh gerila LTTE. Jika serangan dilakukan mengikut Elephant Pass, ia akan melengahkan bantuan tiba ke kem Rejimen Sinha yang telah terkepung itu. Seramai 10,000 anggota terlibat, dari unit – unit Rejimen Infantri Ringan Sri Lanka, Rejimen Sinha, Gemunu Watch, Rejimen Gajaba dan lain - lain unit sokongan. Floatilla kapal – kapal pendarat, bot meriam dan bot penyerang laju digunakan dalam misi pendaratan ini. Pendaratan pertama dilakukan 12 km di timur Elephant Pass dan mendapat sokongan udara dari pesawat ringan SIAI Marchetti SF260.

Kawasan pertempuran adalah lapang dengan sedikit bukit pasir dan pokok palmyra (kelapa laut afrika). Ia kurang memberikan perlindungan dari tembakan artileri, meriam kapal atau serangan udara. Ia mengambil masa 18 hari bagi pasukan bantuan untuk tiba ke Elephant Pass kerana tentangan LTTE dan juga peiuk – periuk api yang telah ditanam oleh LTTE. Pada minggu ke – tiga pertempuran, Rejimen Peninjau Pertama. Kor Armor Sri Lanka Berjaya menembusi pertahanan musuh walaupun 2 buah kereta perisai Alvis Saladin turut musnah. Rejimen Peninjau ke – 3 turut membantu dengan kereta perisai Saracen dan Buffel.
Keseluruhannya 573 gerila LTTE Berjaya dihapuskan, termasuk 123 gerila wanita. Bagi pihak kerajaan pula, 202 kematian direkodkan.

Kem – kem tentera di Elephant Pass dan Poonaryn telah berjaya menghalang pergerakan bebas gerila LTTE dari Wanni dan Jaffna. Garisen di Poonaryn telah menempatkan 1 x batalion Rejimen Infantri Ringan dan 3 x batalion Rejimen Gajaba, bersama – sama unit perisai dan dua buah kereta kebal T-55.

Pada 11 November 1993, gerila LTTE melancarkan Operasi Frog (Pertempuran Poonaryn) dengan menyerang serentak kem – kem tentera dan pangkalan tentera laut berdekatan. Serangan mengejut ala komando oleh LTTE Berjaya menembusi kem di Pooneryn dan pangkalan tentera laut Nagathevanthurai, memusnahkan beberapa bot, dan merampas beberapa lagi. Beberapa mortar dan dua buah kereta kebal T-55 juga telah Berjaya ditawan oleh LTTE. Seramai 241 tentera Sri Lanka terbunuh, dan kira – kira 200 lagi ditawan / hilang dan dipercayai telah dibunuh oleh LTTE. Pihak LTTE mengalami 200 kemalangan jiwa. Bantuan tiba di kem Pooneryn empat hari kemudian.

Selepas 1993 tiada lagi pertempuran besar – besaran berlaku. Kedua – dua pihak bersetuju dengan gencatan senjata pada awal 1995, namun kedamaian hanya dikecapi selama 100 hari apabila LTTE sekali lagi mencabuli gencatan senjata dengan menyerang dan menenggelamkan bot tentera laut SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru pada 19 April 1995 menandakan bermulanya fasa Perang Eelam III (1995 hingga 2000).




Foto : Sri Lanka Armoured Corps & LTTE Operation Frog (Poonakari)



BERSAMBUNG (Perang Eelam III)



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Quote HangPC2 12-10-2019 10:37 PM
PERANG EELAM 3 (1995 - 2000) BAHAGIAN 4










Perang saudara ini telah memasuki fasa ke – 3 setelah berlanjutan selama 12 tahun. Fasa ini turut dikenali sebagai Perang Eelaam III yang berlarutan selama 5 tahun lagi. Kedua – dua belah pihak iaitu LTTE dan tentera Sri Lanka saling melakukan ofensif. LTTE sendiri telah melancarkan satu siri serangan “Oyatha Alaikal Natavatikkal” (Unceasing Wave) dengan serangan pertama pada tahun 1996 (berjaya menawan Mullaitivu), diikuti pada tahun 1998 (berjaya menawan Kilinochchi), 1999 (berjaya menawan Vanni) dan yang ke empat pada tahun 2000 dalam usaha menawan kembali Jaffna. Pada penghujung fasa ketiga ini, LTTE Berjaya menguasai 30% kawasan di Sri Lanka.

Gencatan senjata yang dipersetujui oleh kedua – dua pihak bertelagah hanya bertahan selama 100 hari. LTTE sekali lagi mencabuli perjanjian gencatan senjata dengan serangan yang dilakukan oleh penyelam komando dari unit Sea Tigers LTTE yang menenggelamkan 2 buat bot bersenjata Tentera Laut Sri Lanka, SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru di pelabuhan Trincomalee. Pada hari yang sama juga iaitu 19 April 1995, pemimpin LTTE Velupillai Prabhakaran mengutus surat kepada Presiden Kumaratunga bahawa gencatan senjata telah ditamatkan.

Beberapa jam selepas itu, 2 buah bot bersenjata (gunboat jenis Shanghai II) dari No. 3 Skuadron Bot Meriam Laju karam akibat letupan bom oleh LTTE itu. Penyelam tentera laut menemui 11 mayat anggota tentera laut Sri Lanka dan 4 mayat penyelam LTTE (termasuk 2 wanita). Walaupun bot – bot ini berjaya dinaikkan kembali, ia tidak dibaiki dan telah mengurangkan keupayaan tentera laut Sri Lanka melakukan rondaan di perairan antarabangsa bagi mencegah penyeludupan senjata ke Sri Lanka.

Operasi Riviresa I

Operasi Riviresa I (Op Sunrays) dilancarkan enam bulan selepas serangan LTTE di pangkalan tentera laut Trincomalee. Objektif operasi ini adalah untuk menawan Jaffna dari LTTE. Perancangan untuk operasi ini telah dilakar semenjak Jun 1993 (2 tahun sebelumnya), tetapi ketika itu, Presiden Sri Lanka agak kurang yakin dengan keupayaan tentera Sri Lanka untuk menawan kubu kuat LTTE, iaitu Jaffna. Maj Gen Rohan Daluwatte terlibat dalam perancangan dan persiapan operasi di bantu oleh Maj Gen Gamunu Kulatunge, Col. Lucky Rajasinghe dan Col. Mohan Rockwood.

Operasi ini melihatkan seramai 20,000 tentera telah diatur gerak dengan 3 formasi (51, 52 & 53 Divisyen). Divisyen ke – 51 dan 52 mengambil masa selama 2 bulan untuk mara sejauh 30 kilometer, kemudian dibantu oleh Divisyen ke – 53 yang terdiri dari 534 Briged Bebas, 531 Brigedd Mobil Udara, 533 Briged Armor dan 532 Briged Infantri). LTTE telah melakukan persiapan awal dengan menanam periuk api di semua jalan masuk ke Jaffna dan membina lebih pertahanan dengan bantuan dari gerila LTTE yang dating dari timur Sri Lanka. Pada 29 Nov 1995, 53 Division dibawah pimpinan Brig Janaka Perera melancarkan serangan ke atas kubu – kubu LTTE di Jaffna. Dengan kekuatan 3 briged (531, 532 & 534) melancarkan serangan secara serentak dan mengepung Jaffna, LTTE gagal mengatur pertahanan mereka dengan berkesan. Pada 2 Disember 1995, selepas pertempuran sengit selama 50 hari, Divisyen ke -53 berjaya memasuki bandar Jaffna tanpa tentangan (LTTE telah berundur dengan menggunakan bot – bot malam sebelumnya).

Operasi Riviresa I membuktikan bahawa kecekalan dan kesefahaman antara ahli politik dan angkatan tentera pada permulaan operasi berupaya memberikan hasil terbaik. Kejayaan ini juga adalah hasil kepimpinan yang baik dalam semua lapis angkatan tentera, tetapi malangnya pemimpin – pemimpin utama dalam operasi ini tidak kekal lama apabila 3 darinya terkorban dalam pertempuran selanjutnya dan 2 lagi bersara apabila berlaku perbalahan dengan pemimpin politik. Pemimpin politik telah memberi tekanan kepada panglima tentera supaya melakukan tindakan diluar keupayaan pasukan tentera kerana yakin LTTE akan hancur dalam masa yang singkat setelah Jaffna ditawan. Ahli politik juga mengejar populariti dan mengetepikan objektif masa panjang tentera untuk memenangi hati dan fikiran penduduk Tamil.

Pertempuran Mullaitivu (18 Julai 1996)

LTTE melancarkan Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves) ke atas pengkalan tentera Sri Lanka di Mullaitivu di timur laut Sri Lanka. Pertempuran mengorbankan 1,400 tentera Sri Lanka dan 330 gerila pemberontak LTTE.

Setelah tewas kepada tentera Sri Lanka dalam Operasi Riviresa I, LTTE telah berundur dari semenanjung Jaffna ke wilayah Vanni dan menubuhkan markas mereka di Kilinochchi. Lima tahun sebelumnya (1990) tentera Sri Lanka telah membesarkan kem di Mullaitivu. Semua penduduk Tamil telah meninggalkan pekan tersebut. Kedudukan kem tersebut agak terasing kerana berada di dalam wilayah majoriti Tamil, dan pengkalan tentera yang terdekat adalah 35 km ke selatan, tiada penghubung jalan darat ke kem tentera di Mullaitivu. Semua bekalan terpaksa dihantar menggunakan jalan laut atau udara, memberikan beban tambahan kepada tentera laut dan udara. Kem ini bertanggungjawab menantau aktiivti Sea Tigers dan penyeludupan. Ia juga merupakan markas kepada Briged ke – 25 dan menempatkan Batalion 6, Rejimen Infantri Vijayabahu serta Batalion 9, Rejimen Sinha dengan kekuatan 1,407 anggota (termasuk 49 polis dan 81 awam).

Pada hari serangan dlancarkan, dua pegawai paling kanan, Col. U.B. Lawrence Fernando dan timbalannya Lt. Col. Gunaratne sedang berada di Colombo. Persiapan untuk menyerang mengambil masa beberapa minggu, termasuklah melakukan muslihat dengan menarik perhatian tentera ke kawasan lain. Mereka melakukan banyak pergerakan berhampiran kem – kem tentera di Elephant Pass dan Pooneryn hingga pada satu ketika sebulan sebelum serangan dibuat, tentera di pos pemerhati melaporkan telah melihat gerila – gerila LTTE sedang mengusung keranda – keranda menimbulkan syak wasangka LTTE sedang merancang sesuatu di kawasan tersebut jauh dari Mullaitivu.

Kira – kira 2,000 gerila LTTE melakukan serangan pada jam 1.30 am dari arah utara dan selatan, manakala Sea Tigers pula menyerang dari arah timur. Selepas 8 jam bertempur, LTTE Berjaya menembusi pertahanan kem, dan sejam berikutnya mereka Berjaya menawan tapak artileri, amra dan memusnahkan menara komunikasi. Buat seketika, anggota Rejimen Infantri Vijayabahu berjuang bermati – matian dan dapat bertahan hingga ke senja. LTTE berkumpul semula dan menyambung serangan ke atas saki baki tentera yang bertahan. Malangnya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

Menjelang subuh hanya tinggal 207 anggota tentera yang tinggal. Semasa ditawan, seorang pegawai muda telah melontar sebutir grened ke arah sekumpulan pemimpin LTTE, membunuh 6 orang termasuk seorang pemimpin kanan LTTE. Marah dengan tindakan tersebut, LTTE telah membakar hdup – hidup semua tawanan.

Tentera Sri Lanka bagaimanapun cuba menghantar bantuan pada hari yang sama dengan Operasi Thrivida Pahara. Tentera yang berpengkalan di semenanjung Jaffna telah digerakkan ke Mullaitivu (30 km) dengan menaiki kapal dagang. Setibanya di Mullaitivu, mereka dipindahkan ke lancang pendarat dan bot – bot kecil apabila merapati pantai. Tentera udara menggunakan jet – jet Pucara, Kfir dan helikopter bersenjata Mi-24 untuk melakukan serangan ke atas posisi LTTE di sekitar kem.

275 anggota komando dari Batalion 1, SF Regiment tiba di kawasan pantai dengan helikopter Mi-17 pada jam 4.30 pm bagi membantu pendaratan pasukan infantri. Bagaimanapun mereka mendapat tentangan hebat LTTE. Serangan udara dari jet Kfir sebaliknya mengenai kedudukan pasukan komando, membunuh 20 dan mencederkan 60 lainnya, termasuk komander pengkalan Col. Lawrence Fernando dan Lt. Col A.F. Lafir yang mengepalai pasukan Special Forces Regiment.

Batalion 2, SF Regiment diarahkan membantu pada malamnya. Mereka Berjaya membuat “radio contact” dengan anggota Rejimen Infantri Vijayabahu yang terkepung. Apabila pasukan bantuan dari kapal cuba mendarat, konvoi tentera laut telah diserang kira – kira 200 bot – bot kecil dari pasukan Sea Tigers. Ada antara bot – bot ini membawa bahan letupan. Lancang – lancang pendarat dilindungi oleh bot meriam SLNS Ranaviru (kelas Shanghai II) dan 6 buah bot Dvora melakukan manuver yang melakukan manuver. Sebuah bot LTTE telah berjaya merempuh SLNS Ranaviru dan melumpuhkannya, bagaimanapun, ia terus melepaskan tembakan perlindungan sehinggalah bot kedua merempuh mengakibatkan letupan yang kuat. SLNS Ranaviru karam Bersama 36 anak kapalnya. Pendaratan pasukan infantri terpaksa ditangguhkan.

Tiga hari kemudian, pada 21 Julai 1996 kesemua pasukan dapat bergabung di pantai. Mereka terdiri dari Bn 2 Special Forces Regiment, Bn 6 Infantri Ringan Sri Lanka dan Bn 7 Gemunu Watch. Mereka mendapat tentangan sengit tembakan mortar dari LTTE dan hanya boleh mara kearah kem 2 hari kemudian. Setibanya di kawasan kem, mereka dapati kebanyakan bangunan telah musnah dan bau mayat serta keadaan mereka amat menyedihkan.

Kerajaan Sri Lanka bercadang untuk membina kembali kem tersebut, tetapi tidak dipersetujui oleh tentera kerana risiko membina kem di kawasan terpencil yang dikuasai musuh mengundang bencana dan juga pembaziran sumber. Beberapa minggu selepas peristiwa tersebut, dilaporkan 2 pegawai dan 62 anggota terselamat dengan bersembunyi di ladang kelapa, perigi dan ada yang mengikut jalan hutan menuju ke kem berdekatan. Seorang anggota telah berenang ke bot tentera laut walaupun ditembak bertubi – tubi oleh LTTE.

Dalam pertempuran ini LTTE telah berjaya merampas 2 x meriam 122mm, 2 x 120mm mortar, 15 x 81mm mortar, 41 x 60mm mortar, 5 x GPMG dan ribuan peluru meriam serta mortar bernilai USD 20 juta. Pada tahun 1998, perisikan tentera telah melaporkan Capt. Suresh Raj, pegawai artileri etnik Tamil telah membocorkan maklumat lengkap kedudukan artileri dan lakaran kem kepada pihak LTTE. Hanya 13 tahun kemudian bandar Mullaitivu dapat ditawan kembali oleh tentera Sri Lanka.



Foto : Operasi Riviresa I (Op Sunrays), Pertempuran Mullaitivu, Meriam SLA Berjaya Dirampas oleh LTTE


BERSAMBUNG



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Quote HangPC2 12-10-2019 11:11 PM
PERANG EELAM 3 (1995 - 2000) BAHAGIAN 5







Dalam bahagian ke – 4 kita dah lihat bahawa fasa ke -3 Perang Eelaam bermula pada 19 April 1995 apabila LTTE membatalkan gencatan senjata dengan menyerang pangkalan tentera laut dan menenggelamkan bot meriam SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru. Kemudian, tentera Sri Lankan bertindak balas dengan melancarkan Ops Riviresa I yang berjaya menawan Jaffna dari LTTE. Ini merupakan kejayaan besar mereka setakat ini. Pada tahun berikutnya, bulan Julai 1996 2,000 gerila LTTE telah melancarkan serangan mengejut ke atas kem tentera di Mullaitivu, menawan dan membunuh 1,400 anggota tentera Sri Lanka. Ia merupakan serangan pertama dari satu siri beberapa gelombang serangan yang dinamakan Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves).

Pada tahun 1997, tentera melancarkan pula Operasi Sath Jaya (Truth’s Victory) dengan objektif untuk menawan Kilinochchi, dan mereka berjaya setelah melakukan kepungan selama 70 hari. Pada tahun yang sama, dalam bulan Mei, Operasi Jayasikurui (Sure Victory) dilaksanakan. Bertujuan untuk membebaskan jalan darat sepanjang 70 km dari Vavuniya ke Kilinochchi dari pegangan LTTE, bagaimanapun usaha ini gagal setelah operasi berlangsung selama 18 bulan.

LTTE melakukan serangan ke – 2 dalam Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves). Mereka menawan kembali Kilinochchi selepas pertempuran sengit selama 3 hari. Pertempuran jarak dekat berlaku melibatkan kematian 520 gerila LTTE dan 443 tentera Sri Lanka dalam tempoh masa tersebut. Dalam Operasi Ranagosha (Battle Cry) pula tentera Sri Lanka berjaya menawan kawasan seluas 500 km persegi di wilayah Vanni, begitu juga Operasi Rivibala yang berjaya menawas kubu kuat LTTE di Oddusuddan dalam wilayah Mullaitivu.

Dalam Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves) III pula pada bulan Oktober hingga November 1999, LTTE berjaya menawan kembali Oddusuddan dari pihak tentera, termasuk sejumlah besar senjata dan amunisi. Dianggarkan 800 anggota tentera terbunuh disini. Selepas menawan markas tentera di Kanakarayankulam, mereka mara ke untuk menawan sebahagian besar wilayah Vanni. Setelah berjaya membebaskan Vanni dari tentera mereka mara mendekati Jaffna dan pertempuran ini dikenali sebagai Pertempuran Elephant Pass ke-2 pada bulan April 2000.

Elephant Pass merupakan kawasan strategik yang menjadi rebutan kedua – dua pihak. Ia merupakan segenting yang menghubungkan Sri Lanka dengan semenanjung Jaffna dan dikenali sebagai “Gateway to Jaffna”. Lebuhraya A – 9 yang menghubungi Jaffna – Kandy dan jalan keretapi melalui Elephant Pass ini. Sesiapa yang menguasai segenting ini, menguasai jalan masuk ke Jaffna. Sembilan tahun sebelumnya LTTE cuba menawan kawasan ini tetapi mengalami kegagalan dan 1,000 kasualti. Pemimpin LTTE, Prabakaran kali ini menukar strategi dengan mengepung kedudukan tentera secara berperingkat sehingga berjaya memutuskan bekalan kepada mereka. Mereka cuba mengelak bertempur secara berhadapan kerana jumlah tentera yang ramai dan dan dilengkapi dengan baik. Kedudukan – kedudukan pasukan tentera di selatan dan utara ditawan satu persatu bagi membolehkan pangkalan utama diasingkan (isolate).

Kem – kem di pantai timur dan utara Elephant Pass telah ditawan terlebih dahulu apabila LTTE melancarkan operasi pada 11 Disember 1999. Divisyen ke – 54 telah diarahkan membantu Divisyen ke – 53 yang bertahan di sektor Elephant Pass. Divisyen ke – 53 merupakan pasukan elit yang telah dilatih oleh Pakistan dan Amerika. Pada 22 April 2000, LTTE dan pasukan Black Tigers melakukan dua serangan serentak di kem – kem yang terletak di Elephant Pass dari pelbagai arah. Pada petang harinya pasukan tentera telah diperintahkan melakukan evakuasi ke utara dan membina garis pertahanan baru. Ini adalah kerana mereka mengalami masalah kekurangan bekalan air yang sebelum ini bergantung kepada mesin memproses air (desalination) yang telah rosak.

Kali ini LTTE berjaya menawan 3 x 152 mm meriam, 2 x 122 mm meriam, 12 x 120 mm mortar berat, dan beberapa mesingan berat 12.7 mm, ratusan RPG serta ribuan lagi rifal. Beberapa buah kereta kebal, kereta perisai dan peralatan komunikasi canggih. Pertempuran ini merupakan kekalahan yang memalukan bagi tentera Sri Lanka dan mereka juga kehilangan Brigadier Percy Fernando, Col. Bhatiya Jayatilleka, Col. Neil Akmeemana, Col. Harish Hewarachi dan Lt. Col. Hewage Hewawasam.

Pertempuran berterusan sehingga 9 Mei 2000, dimana Tim. Menteri Pertahanan mengumumkan 758 tentera telah terkorban, 2,368 cedera dan 349 hilang. Kejayaan LTTE menawan senjata berat telah membimbangkan pucuk pimpinan tentera kerana terdapat 35,000 anggota tentera di Elephant Pass. Presiden Chandrika Kumaratunga telah meminta bantuan India untuk mengevakuasi tenteranya dari semenanjung Jaffna tetapi tidak dilayan.

LTTE meneruskan kemaraannya ke Jaffna, tetapi dalam beberapa pertempuran skala besar, ternyata LTTE tidak mempunyai kemampuan untuk berperang secara konvensional dengan tentera Sri Lanka yang jauh lebih lengkap. Selepas mengalami banyak kematian akibat serangan udara dan artileri, LTTE berundur untuk membina garis pertahanan baru di Muhamalai dan Nagarkovil. Empat bulan kemudian tentera melancarkan Operasi Agni Kella cuba menawan beberapa kedudukan LTTE, tetapi setelah mara beberapa kilometer, mereka terperangkap dalam tembakan mortar, artileri dan kawasan periuk api yang membahayakan kemaraan kereta perisai hingga terpaksa berundur.

Selepas beberapa rundingan, kerajaan dan LTTE menandatangani gencatan senjata pada 22 Februari 2002.



Foto : Gateway to Jaffna


BERSAMBUNG….Perang Ealaam IV (2006 – 2009)



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Quote HangPC2 12-10-2019 11:15 PM
PERANG EELAM 4 (2006 - 2009) BAHAGIAN 6


(Fasa Perang Eelaam IV 2006 – 2009) Fasa Akhir





Fasa ke-4 perang saudara ini bermula pada 26 Julai 2006, iaitu setelah empat tahun kedua – dua pihak (kerajaan Sri Lanka dan LTTE) bersetuju menandatangani gencatan senjata pada 22 Februari 2002. Fasa ini adalah fasa terakhir perang yang membawa kepada kemenagan oleh kerajaan Sri Lanka dan terbunuhnya pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran. Ketika fasa ini berlangsung,

Sri Lanka telah mengembling tenaga 200,000 anggota berhadapan dengan 18,000 anggota LTTE. Pada penghujung perang 6,261 anggota tentera terkorban, manakala kematian bagi pihak LTTE dianggarkan 15,000 orang. Hari – hari terakhir pertempuran sengit di timurlaut Sri Lanka menyaksikan 300,000 penduduk Tamil terperangkap dalam pertempuran antara kedua – dua pihak. Dalam penulisan ini, pertempuran akan diceritakan dalam dua medan utama, iaitu medan timur dan medan utara (kubu akhir LTTE).

Pada 21 Julai 2006, LTTE telah menutup pintu air empangan Mavil Aru, sekaligus memotong bekalan air ke 15,000 perkampungan yang berada dibawah kawasan kawalan kerajaan. Setelah rundingan gagal membuahkan sebarang hasil, tentera udara telah melancarkan serangan ke posisi – posisi LTTE berhampiran empangan tersebut. Hanya pada 8 Ogos 2006 pintu air tersebut berjaya dibuka kembali.

Pertempuran di medan timur.

Pertempuran – pertempuran utama berlaku di Sampoor, Vakarai, Kanggikaaichchi Aru, Kokkadichloai dan Thoppigala. Bagaimanapun jumlah kemalangan jiwa bagi pihak tentera dan orang awam adalah rendah disini.

a) Pertempuran Sampoor – kawasan ini digunakan oleh LTTE sebagai tapak pelancar serangan artileri ke atas pelabuhan Trincomalee. Ofensif oleh tentera bermula pada Ogos 2006 dan berjawa menawan kawasan ini pada 4 September 2006.

b) Pertempuran Vakarai – pada 19 Januari 2007, kerajaan telah menuduh LTTE menggunakan orang awam di Hospital Vakarai sebagai perisai manusia dan menggunakan kawasan hospital sebagai tapak melancarkan serangan artileri. Pertempuran di Vakarai mengambil masa selama tiga bulan, yang tamat pada 15 januari 2007. Operasi dilaksanakan dalam dua fasa, dimana dalam fasa pertama, orang awam dipindahkan ke kawasan selamat yang dikawal oleh pihak pasukan keselamatan, dan pada masa yang sama pasukan DPU (Deep Penetration Unit) meyusup masuk ke kawasan LTTE dan melakukan serangan mengejut. Taktik ini dapat menghalang LTTE menjadikan orang awam sebagai tebusan. Fasa ke-2 pula bermula pada 4 Disember 2006 dengan kemaraan pihak tentera ke tiga kawasan iaitu Trikonamadu, Kirimichchiya dan Kadjuwatte dan memusnahkan semua sasaran musuh.

c) Pertempuran Ampara – Kanjikudichchi Aru, juga dikenali sebagai Operation Definite Victory. Dalam operasi ini, pasukan elit Special Task Force (STF) bertindak cemerlang dengan menawan 20 pangkalan LTTE termasuk kubu utama mereka di Janak, Stanley dan Jeevan. STF juga menemui sebuah terak dan motorsikal yang sarat dengan bahan letupan, termasuk sejumlah besar senjata ringan, amunisi, periuk api anti personel, keranda, peralatan radio dan GPS, serta bot dengan logo NGO “Save the Children” dan khemah – khemah dengan logo UNHCR.

d) Pertempuran Thoppigala (Baron’s Cap) – sebuah kawasan seluas 800 km persegi dengan muka bumi gunung berbatu dilitupi hutan tebal. Operasi bermula pada 25 Aprl 2007 dengan 500 hingga 700 gerila LTTE mempertahankan kubu terakhir mereka di timur Sri Lanka. Pertempuran juga berlaku di parit dan terowong yang dibina oleh LTTE. Tujuh kem LTTE berjaya ditawan antara 8 Jun – 19 Jun 2007. Pertempuran sengit berlaku di garis pertahanan hadapan LTTE di Narakamulla. Kubu ini diperkuat dengan 6 barisan bunker dan 3 lagi kem bersaiz kecil. LTTE tidak meninggalkan pertahanan mereka walaupun diserang bertalu – talu dengan artileri dan meriam kereta kebal. Kubu akhirnya berjaya ditembusi oleh 50 anggota komando. Pada 11 Julai 2007, Thoppigala akhirnya jatuh ketangan kerajaan setelah pertempuran berlangsung selama setahun. Kawasan ini pernah diserang oleh 20,000 tentera India (IPKF) pada tahun 1998, tetapi gagal menawannya. Ketika itu LTTE dikawasan ini dipimpin oleh Colonel Karuna. Colonel Karuna meninggalkan perjuangan Bersama LTTE pada tahun 2004 dan berjuang untuk orang Tamil dengan menubuhkan parti politik Tamil Makkal Viduthalai Pulikal (TMVP) yang memenangi 7 kawasan denagan 70% majoriti pada tahun 2008.

Pertempuran di utara

Pertempuran di medan utara adalah lebih sengit berbanding di medan timur. Dianggarkan 50,000 anggota tentera telah terlibat dalam ofensif yang bermula dari Julai 2006 hingga 18 Mei 2009.

a) Pertempuran Muhamalai FDL (Forward Defence Line) – bermula pada 11 Ogos apabila 500 gerila LTTE melakukan serangan artileri dan amfibi di sekitar Muhamalai dan pangkalan udara Palaly. Walaupun LTTE berjaya menembusi FDL Muhamalai, kemaraan mereka dikekang selama 10 jam oleh pasukan tentera dan memaksa LTTE berundur setelah mengalami korban jiwa yang tinggi, 700 bagi LTTE dan 150 pada pihak tentera. Dua bulan kemudian, tentera melakukan ofensif tetapi berjaya digagalkan oleh LTTE mengakibatkan 129 kematian dan 519 kecederaan kepada pihak tentera. Pada 23 April 2008, LTTE menyerang dengan melepaskan 1,000 tembakan mortar 81 mm dan meriam 130 mm, bagaimanapun tentera dapat menawan 500 meter kawasan LTTE.

b) Pertempuran Welioya - LTTE telah meletupkan bom dipinggir jalanraya dengan menjadikan bas awam sebagai sasaran pada 4 Feb 2008, seramai 13 orang awam maut dan 17 lagi cedera. Dua buah pesawat ringan milik LTTE juga digunakan untuk mengebom kedudukan pasukan tentera pada 27 April 2008. Tiga butir bom digugurkan tetapi tiada kerosakan besar berlaku. Pasukan tentera berjaya menawan pusat bekalan LTTE di Munnagam setelah bertempur selama tiga hari. Pasukan tentera mara ke Kilinochchi buat pertamakalinya dalam masa 11 tahun.

c) Pertempuran Silavathurai – kawasan pantai yang menjadi lokasi untuk bekalan LTTE. Pasukan tentera mara ke kawasan ini setalah mendapat berita LTTE cuba menahan 6,000 penduduk yang cuba lari dari menjadi anggota kerahan LTTE. Penawanan kawasan ini begitu signifikan kerana ia menjadi pusat penyeludupan senjata dan amunisi dari Tamil Nadu.

d) Pertempuran Madhu – berlaku di kawasan suci Roman Kaltolik. Bishop Rayappu Joseph telah memindahkan patung Virgin Mary (pertama kali dalam masa 400 tahun) ke kawasan bawah kalawan LTTE dan merayu kedua – dua pihak menghormati kawasan tersebut. Bagaimanapun, pada 25 April 2008 pihak tentera berjaya menawan kawasan tersebut dan kerosakan telah dibaiki dengan kos 1.5 juta rupee.

e) Pertempuran Puthukkudiyirippu – adalah pertempuran terakhir melibatkan LTTE dan Divisyen ke-53, ke-55, ke-58 dan Task Force 8 tentera Sri Lanka. Pertempuran ini berbeza dengan pertempuran lain kerana berlangsung dikawasan urban. Kedua pihak menggunakan taktik “hit and run” sehinggalah pertempuran terakhir di persimpangan Anandapuram yang megakibatkan 600 gerila LTTE dan beberapa pemimpin mereka terbunuh. Serangan oleh LTTE di balas oleh serangan balas dari pasukan tentera berupa kepungan ke atas LTTE sehingga ke keluasan 2 kilometer persegi. Pertempuran berakhir pada penghujung April 2009.



Kematian Velupillai Prabhakaran.

Setelah berundur ke Mullaitivu bersama beberapa pemimpin, Anaknya, Charles Anthony cuba memecahkan pertahanan pasukan tentera pada jam 3 am, 18 Mei 2009 tetapi menemui kegagalan. Dia mati bersama – sama 100 gerila LTTE. Pasukan tentera menemui wang tunai berjumlah 12 juta rupee berasama mayatnya. Pada waktu tengaharinya, terdapat khabar angin bahawa Prabhakaran terbunuh dalam serangan roket, tetapi ternyata tidak benar. Sekumpulan kader LTTE terdiri dari 30 pengawal peribadi Prabhakaran yang paling setia cuba melarikan diri mengikut hutan paya di Nandikadal. Salah seorang pengawal peribadinya dikatakan membawa petrol bertujuan membakar mayat Prabhakaran jika beliau membunuh diri.

Pasukan tentera pimpinan Col. G.V. Ravipriya telah melakukan pembersihan dikawasan tersebut pada jam 3.30 pm sehingga 6.30. Setelah berehat, mereka menyambung semula keesokkan paginya bermula jam 7.30 am. Pada ketika inilah mereka bertempur dengan pasukan Prabhakaran selama dua jam (19 Mei 2009). Kesemua anggota LTTE telah berjaya dibunuh, dan semasa pemeriksaan, Sarjan Muthu Banda dari Task Force 8 melaporkan kepada Col. Ravipriya bahawa beliau menemui mayat mirip Prabhakaran yang terapung di hutan paya tersebut. Col. Ravipriya membuat pengecaman dan pasti bahawa itu adalah mayat Prabhakaran. Sekeping dog tag dengan nombor 001, dua pucuk pistol, rifal T-56 dengan pejera teleskopik, telefon satelit dan bekas ubatan mengandungi ubat kencing manis turut ditemui.

Pada jam 12.15 pm Panglima Tentera Sri Lanka, Gen. Sarath Fonseka mengumumkan kematian Prabhakaran secara rasmi melalui siaran tv. Identitinya telah dikenalpasti oleh Karuna Amman, antara orang kepercayaan Prabhakaran, dan melalui ujian DNA ke atas anaknya Charles Anthony yang terbunuh lebih awal.

Ada yang mengatakan Prabhakaran telah ditembak oleh orangnya sendiri, atau telah membunuh diri sebagaimana dikatakan oleh Karuna Amman. Bagainmanapun telah dinafikan oleh pihak tentera kerana ia berkemungkinan dari kecederaan akibat serpihan peluru disebabkan tiada “exit wound” yang jelas. Prabhakaran mati ketika berusia 54 tahun.



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat



Quote HangPC2 12-10-2019 11:43 PM
PERANG SAUDARA SRI LANKA -  BAHAGIAN 7



Menangani insurgensi cara Sri Lanka






Sri Lanka mengambil masa hampir 3 dekad untuk menumpaskan LTTE, dari tahun 1983 hinggalah 2009.

Pada tahun 2010, setahun selepas tamatnya perang saudara, tentera darat Sri Lanka (SLA) terdiri dari 200,000 anggota regular dan 58,000 anggota simpanan dengan jumlah 13 divisyen pada status operasi. Jumlah ini jauh tinggi dari tahun 1987, ketika bermulanya pemberontakan bersenjata LTTE, dimana keanggotaan SLA adalah hanya 40,000.


Secara ringkasnya :-


1987 – 40,000 anggota

1990 – 90,000 anggota

2007 – 120,000 anggota

2009 – 200,000 anggota


Jumlah ini adalah perlu, kerana berbanding dengan Darurat 1 (Malaya) dimana British sebagai kolonial telah mengerahkan 40,000 tenteranya termasuk dari negara Komanwel (Rhodesia, Australia, N. Zealand dan Fiji) membantu melawan pengganas komunis kira – kira 8,000 orang, sedangkan Sri Lanka tidak mendapat mana – mana bantuan ketenteraan asing. Jumlah pasukan polis di Malaya ketika itu berjumlah 70,000 orang dengan 250,000 sukarelawan Home Guard. Jika diambil kira kebangkitan semula komunis pada tahun 1968 hingga 1989, ATM ketika itu mempunyai keanggotaan seramai 100,000 orang (tidak termasuk Pasukan Polis Hutan – PPH) dengan jumlah gerila PKM kira – kira 2,000 orang. Amatlah berbeza sekali jika kita teliti modus operandi LTTE dan PKM ini.

Pada tahun 1970 hingga 80an, SLA banyak bergantung kepada peralatan selepas Perang Dunia ke-2, seperti rifal Lee Enfield, Sten SMG dan kereta perisai seperti Daimler, Saladin, Saracen dan Ferret. Ada juga perolehan dibuat dari Blok Timur (Soviet, Yugoslavia dan China) kerana kerajaan pimpinan Presiden Bandaranaike lebih pro kepada Blok Timur. China terus membekalkan senjata – senjata sehingga tahun 1990an. Antara tahun 1995 hingga tahun 2000, meriam – meriam 122 mm, 130 mm, 152 mm dan 122 mm MBRL telah diperkenalkan ke dalam perkhidmatan SLA.

Kerana kebanyakan periuk api yang digunakan oleh LTTE adalah antara 50 – 100 kg, tiada kenderaan SLA yang mampu menahan kuasa letupan periuk api tersebut. Maka kenderaan perisai Armscor Buffel telah diimport dari Afrika Selatan pada awal 1985, dan menjelang tahun 1987 mereka telah menghasilkan sendiri Unicorn APC hasil kajian awal oleh pegawai infantry, Mejar Jayantha de Silva. Rekaan berasaskan chasis trak komersil dengan ketinggian hull dua meter dari tanah. 93 unit telah dikeluarkan dan kira – kira 53 unit Unibuffel (berasaskan rekaan Buffel) telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2006. SLA juga memiliki kereta kebal utama T-55AM2 (62 unit), Type 69 (20 unit), Type 59 (80 unit) dan 107 kenderaan perisai BMP-1/2/3.

Serangan – serangan yang dilakukan oleh LTTE biasanya melibatkan skala besar dengan ratusan atau ribuan anggota menyerang serentak yang lebih kepada perang konvensional, berbanding sabotaj atau serangan hendap “hit and run” oleh kumpulan kecil gerila PKM dinegara kita. Pasukan elit LTTE, seperti Black Tigers dan Sea Tigers pula melakukan serangan ke atas infrastruktur penting atau sasaran profil tinggi seperti pembunuhan Presiden India Rajiv Gandhi, Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa dan seranagan ke atas Lapanganterbang Antarabangsa Bandaranaike yang mengakibatkan kerugian USD 350 juta. Oleh itu kita boleh lihat SLA menitik beratkan penggunaan meriam dan kereta kebal sebagai sokongan kepada pasukan infantri menghadapi serangan LTTE berskala besar.

Pada tahun 1980an, tentera laut Sri Lanka (SLN) banyak terlibat dalam usaha menyekat penyeludupan bekalan senjata dari India (Tamil Nadu) ke wilayahnya. Jika PKM menghadapi masalah bekalan senjata dari luar Malaysia, LTTE sangat bernasib baik kerana bekalan senjata mereka hanya dipisahkan oleh selat dengan jarak terdekat 28 batu nautika. Bot – bot bersaiz besar tidak begitu efektif untuk mengejar bot – bot LTTE yang lebih kecil dan laju. Pada mulanya bot – bot ini tidak bersenjata, tetapi apabila Sea Tigers mula memasang senjata dan menyerang bot – bot SLN, SLN mula menggunakan bot laju bersenjata. Pada penghujung 1980an SLN telah menggunakan bot serang laju Dvora buatan Israel dan Super Dvora pada tahun – tahun 1990an dan 2000 sebagai tambahan kepada bot – bot buatan China seperti kelas Shanghai II dan Haizhui. Pada tahun 2001 juga, SLN menerima 2 buah bot peluru berpandu Saar 4 (Nandhimitra) dilengkapi misil Gabriel II.

Sekurang – kurangnya 4 buah kapal telah berjaya di tenggelamkan oleh LTTE, SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru telah ditenggelamkan oleh penyelam komando LTTE dan dua buah lagi, SLNS Sagarawardena dan SLNS Ranaviru karam dirempuh oleh bot yang sarat dengan bahan letupan. Akibat ancaman Sea Tigers ini SLN membeli bebrapa OPV sebagai pengiring konvoi bekalan ke Jaffna. Kapal – kapal auxialiary digunakan kerana bekalan tidak boleh dihantar melalui jalan darat yang telah ditutup atau berada didalam kawalan LTTE. Bentuk muka bumi juga memainkan peranan dalam konflik ini, apabila Elephant Pass menjadi begitu strategik sebagai jalan masuk ke Jaffna. Kedua – dua pihak saling bersiling ganti menawan dan menguasai jalan masuk ke Jaffna dan wilayah utara Sri Lanka.

Tentera laut juga menubuhkan pasukan komando Special Boat Squadron berasaskan kepada pasukan SBS British pada tahun 1990an. Pada era itu jugalah SLN memainkan peranan membantu tentera darat dalam operasi amfibi seperti Op Sea Breeze, Op Thrividha Balaya dan Op Balavegaya. SLN kemudiannya menambah asset mereka dengan perolehan bot bersenjata dari China, Type 062 dan pemburu kapal selam Haiqing bagi memintas penyeludupan senjata oleh LTTE. Cawangan udara pula ditubuhkan pada tahun 2000 dengan pembelian heikopter HAL Chetak dari India. Pertempuran di laut sepanjang tahun 2006 hingga 2009 menunjukkan keupayaan SLN berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan oleh LTTE dengan menenggelamkan beberapa kapal kargo besar yang membawa bekalan senjata untuk LTTE di perairan antarabangsa Lautan Hindi.

Pada 1982, tentera udara Sri Lanka (SLAF) telah mengaktifkan semula beberapa lapangan terbang tinggalan British semasa Perang Dunia ke-2, iaitu di Batticaloa, Anuradhapura, Koggala dan Sigriya. Semasa fasa pertama Perang Eelam (1983 hingga 1987), kekuatan SLAF telah meningkat 50%. Kerana masalah bekalan alat ganti, SLAF terpaksa menghantar pesawat untuk dibaiki di luar negara, seperti ke Singapura. Kerana kekurangan peruntukan kewangan juga SLAF terpaksa menggunakan pesawat non – combatant dalam operasi ketenteraan. Pada masa itu SLAF bergantung kepada helikopter Bell 212, Bell 412 dan pesawat ringan SIAI Marchetti SF. 260 yang dilengkapi roket. Pesawat pengangkut Harbin Y-12 juga pernah digunakan sebagai pesawat pengebom dengan pemasangan “bomb racks” yang berupaya membawa 1000kg bom. Pada tahun 1987 pula mereka menggunakan pesawat Shaanxi Y-8 juga sebagai pengebom. Tugasan mengebom dengan pesawat pengangkut dihentikan setela sebuah Y-8 terhempas dalam misi mengebom pada tahun 1992.

Bagi meningkatkan keupayaan menyerang, jet F-7 Skybolt, Shenyang J-5 dan IA 58 Pucara telah ditambah ke dalam inentori SLAF. Pucara buatan Argentina ini didapati efektif bagi tujuan serangan COIN bagaimanapun tiga dari empat buah Pucara telah ditembak jatuh oleh LTTE dengan menggunakan misil SA-7 Igla. Baki sebuah lagi Pucara ditamatkan perkhidmatan pada 1999 kerana ketiadaan alat ganti.

Pada tahun 1995, SLAF telah mula menggunakan helikopter gunship Mi-24 dan ditambah dengan Mi-35 pada tahun 2001. Jet IAI Kfir juga diperolehi pada tahun 1996 sebanyak tujuh buah dari Israel, dan Sembilan unit lagi ditambah pada tahun 2005. Lain – lain penambahan adalah 6 buah MiG-27, 2 buah C-130 dan 6 pesawat latihan K-8 Karakorum.

Serangan oleh LTTE ke atas Lapanganterbang Antarabangsa Bandaranaike telah memusnahkan 13 buah pesawat termasuklah 2 x Kfir, 1 x Mi-24 dan 1 x Mig-27. Pada tahun 2006, empat buah lagi MiG-27 telah dibeli dari Ukraine bagi menggantikan 2 buah yang telah terhempas dan sebuah yang telah musnah dalam serangan di Bandaranaike. Dalam serangan LTTE ke atas pangkalan udara di Anuradhapura pada tahun 2007, 8 buah pesawat latihan SLAF telah dimusnahkan. SLAF bagaimanapun mencipta rekod apabila melakukan “air to air kill” yang pertama setelah menembak jatuh sebuah pesawat ringan Zlin Z43 milik pasukan udara LTTE semasa pesawat tersebut cuba menyerang kem tentera di Vavuniya pada bulan Oktober 2008.

Kita telah melihat perkembangan dan persenjataan angkatan bersenjata Sri Lanka dalam konflik yang memakan masa beberapa dekad ini. Pada mulanya kita lihat mereka sebagai negara yang kecil, dengan kemampuan pasukan keselamatan mereka sangat terhad, bukan sahaja ketiadaan aset yang mencukupi, juga kekurangan pengalaman. Pada artikel seterusnya kita lihat bagaimana dan apa faktor yang telah membantu mereka menjadi sebuah angkatan yang “battle hardened"



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Quote Bedah.Cun 12-10-2019 11:57 PM
Hoi lim guan jeng, berambuslah pegi jadi ketua mentri tamilll naaadu
Quote HangPC2 13-10-2019 12:04 AM
PERANG SAUDARA SRI LANKA -  BAHAGIAN 8



Menangani insurgensi cara Sri Lanka





Apa yang menariknya Perang Eelam di Sri Lanka ini? Saya suka memetik kata – kata Colonel Raj Vijayasiri di dalam kajiannya bertajuk “A Critical Analysis of the Sri Lankan Government’s Counter Insurgency Campaign” (1999) – Mengapa kita perlu mengkaji perang saudara yang berlaku disebuah negara kecil Dunia Ketiga? Pertama, kerana perang ini telah membariskan satu kumpulan insurgen yang paling fanatik sekali, efisien dan ganas yang menentang sebuah pasukan tentera yang berpengalaman selama 18 tahun dalam perang insurgensi. Pertempuran berlaku dari taktik klasik gerila “hit and run” hinggalah pertempuran konvensional. Taktik yang digunakan oleh LTTE telah menjadikan IRA yang terkenal sebagai pertubuhan pengganas kelihatan seperti tidak bermaya. Pertempuran sengit boleh menjadikan sebuah briged dengan 1,200 anggota lengkap dengan sokongan artileri dan udara hancur dalam masa tiga hari sahaja. Kawasan pertempuran melibatkan hutan lebat hinggalah ke kawasan terbina seperti Lebanon”. Begitulah kesimpulan beliau, seorang pegawai pasukan armor yang kemudiannya menyertai pasukan khas. Beliau memimpin Batalion ke-2, Special Forces Regiment semasa Pertempuran Mullaitivu (1996) yang pernah saya ceritakan dalam artikel lalu. Kajiannya adalah berdasarkan perang pada fasa Perang Eelam III (1995 – 2002), bagaimanapun akan saya tambah dengan beberapa analisis sehingga tamat perang pada tahun 2009.


Strategi Peringkat Nasional


Pada awal konflik berlaku usaha kerajaan Sri Lanka hanya tertumpu pada tindakan ketenteraan sahaja, tanpa mencari penyelesaian secara political. Walaupun terdapat usaha untuk memberikan kuasa autonomi kepada orang – orang Tamil oleh Bandaranaike, cadangan ini ditentang oleh parti politik lain dan juga orang – orang Sinhala sendiri. Hal ini bolehlah difahami kerana semasa zaman kolonial Inggeris orang – orang Tamil mendapat lebih perhatian dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, tambahan lagi semasa merdeka, orang – orang Tamil menuntut 50% kerusi di dalam parlimen. Oleh itu tiada satu rancangan yang komprehensif pada peringkat nasional bagi menangani masalah ini. Pemimpin politik gagal memberikan objektif yang jelas kepada panglima – panglima tentera bagi membolehkan mereka merangka strategi yang berkesan, dan pemimpin tentera pula gagal mencadangkan solusi kepada pemimpin politik dari perspektif ketenteraan berikutan kegagalan pemimpin politik itu tadi.

Parti politik yang berkuasa lebih berminat mengekalkan kuasa mereka dari berusaha untuk membaiki kefahaman politik, membangunkan ekonomi, ketenteraan dan institusi sosial yang dapat memenuhi kehendak masyarakat berbilang kaum disana. Rasuah, penipuan dan nepotism berlaku dikalangan pegawai – pegawai kerajaan, malahan pihak pembangkang tidak menunjukkan minat untuk bersama – sama berganding bahu menyelesaikan masalah. Mereka tidak memainkan peranan untuk menarik minat majoriti kaum Sinhala menyokong program kerajaan dan pertelagahan antara parti politik menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dan membesarkan lagi jurang antara Sinhala dan Tamil. Bagaimanapun, tidak boleh dinafikan juga bahawa tuntutan keras LTTE untuk mendirikan sebuah negara bebas bagi orang – orang Tamil Sri Lanka agak sukar dibuat dengan penyelesaian secara politikal.

Kerajaan juga gagal mengawal pasukan keselamatan dari bertindak diluar batasan undang – undang. Banyak kes – kes keganasan ke atas orang awam Tamil dilaporkan oleh media dan tiada tindakan sewajarnya diambil ke atas pelaku. Pihak LTTE pula menggunakan kesempatan ini bagi meraih simpati masyarakat antarabangsa mentelah lagi tiada kawalan oleh pihak kerajaan ke atas laporan media sebegini. Kesan langsung kepada isu pelanggaran hak asasi manusia ini ialah negara – negara barat mula mengenakan kawalan atau embargo ke atas perolehan senjata dari Sri Lanka sekaligus angkatan tentera tidak dapat dilengkapi dengan senjata – senjata yang diperlukan. LTTE telah berjaya melobi negara – negara ini melalui cawangan atau sel – sel mereka dinegara tersebut.

Kerajaan juga gagal menubuhkan sebuah organisasi pada peringkat kebangsaan yang boleh menyelia atau melakukan koordinasi antara semua agensi kerajaan dan angkatan bersenjata. Tiada langsung koordinasi dilakukan untuk aktiviti politik, ekonomi, sosial dan penyebaran maklumat dilakukan. Segala tindak tanduk pasukan keselamatan tidak mengambilkira usaha atau kesan ke atas aktiviti agensi kerajaan lainnya. Seharusnya sebuah komiti penasihat terdiri dari pegawai – pegawai kerajaan dan ketua penduduk setempat boleh membantu badan koordinasi menyalurkan maklumat dan menjadi penghubung antara kerajaan dengan masyarakat. Apa yang sebaliknya berlaku, kerajaan tidak menerima sebarang maklumbalas dari masyrakat ke atas program – program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Risikan perlu dilakukan secara maksima bagi mendapatkan maklumat yang tepat untuk disalurkan kepada pasukan keselamatan dan risikan balas pula perlu bagi melindungi pasukan sahabat dan melawan risikan pihak musuh. Kurangnya koordinasi antara empat organisasi risikan - National Intelligence Bureau (polis), Directorate of Military Intelligence (tentera darat), unit – unit risikan tentera udara dan laut mengakibatkan maklumat lambat diterima dan tindakan segera tidak dapat dilakukan dan mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerugian besar kepada negara. Sebagai contoh, risikan yang kurang efisien akan menyebabkan pasukan keselamatan gagal menghalang aktiviti sabotaj yang dilakukan oleh LTTE.

Walaupun kerajaan yang memerintah Sri Lanka silih berganti dari tahun 1980 hingga 1998, kesemuanya lebih cenderung menggunakan tentera sebagai satu – satunya instrumen melawan LTTE. Perancang tentera juga mengenepikan aspek operasi psikologi dan aktiviti kemasyarakatan dan lebih bias kepada melakukan operasi kombat dalam usaha menghapuskan musuh. Apabila mereka menyedari kesilapan ini, adalah agak sukar untuk memperbetulkan keadaan kerana masyarakat Tamil telah menganggap pasukan keselamatan sebagai musuh mereka.


Harmonisasi tindakan diplomasi dan ketenteraan


Menurut artikel oleh Major David Cave bertajuk “Strategy and Adaptation in Counterinsurgency: Lessons for the Australian Defence Forces from the Defeat of Tamil Tigers” di dalam Australian Army Journal Volume XII No.2 beliau telah menerangkan segala permasalahan yang dibincangkan diatas telah dapat diatasi oleh kerajaan Sri Lanka selepas tahun 2006 apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan. Mahinda Rajapaksa telah dilantik sebagai Presiden ke-6 Sri Lanka pada 19 November 2005. Selepas perlantikan tersebut, beliau telah melakukan rombakan kepada cabinet dan beliau sendiri menerajui portfolio Pertahanan dan Kewangan.

Rajapaksa telah mengambil langkah drastik dengan menyambung perkhidmatan Komander Tentera Darat Sri Lanka, Lt. Gen. Sarath Fonseka dalam masa kurang 30 hari sebelum persaraan yang telah dijadualkan. Tiga tahun enam bulan seterusnya, Rajapaksa, Fonseka dan Setiausaha Pertahanan Gotabhaya Rajapaksa telah melakukan transformasi hingga membawa kepada kejayaan menghapuskan pemberontakan bersenjata LTTE di Sri Lanka.

Di dalam transformasi ini, kerajaan telah mempunyai strategi yang jelas untuk menangani masalah perang saudara yang telah berlanjutan lebih 20 tahun.

Sri Lanka telah mula melobi di peringkat antarabangsa bagi mendapat sokongan dari negara – negara yang bersimpati dengannya. Mereka telah mengurangkan kebergantungan kepada negara barat kerana negara barat sering campurtangan dalam cara Sri Lanka menangani isu LTTE. Peruntukkan untuk pertahanan berjaya ditingkatkan sebanyak 40% apabila China bersetuju memberikan pinjaman sebanyak USD 1 billion, selain bantuan dari Iran, Russia, Pakistan dan Libya. Hubungan yang baik dengan China telah membantu Sri Lanka di peringkat antarabangsa apabila China menggunakan kuasa vetonya di sidang Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB).

Pasukan keselamatan telah diberikan kebebasan untuk melaksanakan kempen ketenteraan tanpa sebarang campurtangan dari ahli – ahli politik. Kerajaan juga bersedia menerima risiko jumlah kasualti yang bersesuai selaras dengan operasi yang akan dilaksanakan oleh pasukan keselamatan. Pada masa yang sama kerajaan Sri Lanka juga melaksanakan konsep “divide and rule” apabila menggalakkan pemimpin LTTE berpaling tadah meninggalkan perjuangan bersenjata mereka dan menyertai kerajaan dengan menubuhkan parti politik supaya boleh bertanding didalam pilihanraya. Colonel Karuna Amman (Vinayagamoorthy Muralitharan) antara orang kanan Prabhakaran telah berpaling tadah meninggalkan senjata dan memilih memperjuangkan nasib orang – orang Tamil secara aman dengan parti Tamil Makkal Vidhuthalai Pulikal (TMVP) dan akhirnya di lantik sebagai Menteri Integrasi Nasional pada tahun 2009.

Pada kali ini kerajaan telah mengawal laporan media dengan ketat. Pihak media telah dihalang untuk memasuki zon konflik dengan bebas. Tindakan ini telah berjaya mengurangkan kritikan ke atas kerajaan Sri Lanka terutamanya diperingkat antarabangsa. Laman web pro-Tamil juga melaporkan mereka sering mengalami serangan siber, berkemungkinan besar dari pihak kerajaan atau penyokong kerajaan.

Dalam artikel kali ini kita telah melihat bagaimana sebuah kerajaan tanpa pemimpin berwawasan gagal menyelesaikan masalah perang saudara yang telah berlanjutan selama 20 tahun. Hanya setelah mereka melakukan transformasi dan menetapkan objektif dengan jelas, meningkatkan peruntukan pertahanan, barulah pasukan keselamatan dapat merangka strategi yang bersesuaian untuk menumpaskan LTTE.


Foto :

Sarath Fonseka - komander tentera Sri Lanka yang pertama menjadi Field Marshall.

Mahinda Rajapaksa - Presiden Sri Lanka (2005 - 2015)



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Quote HangPC2 13-10-2019 12:06 AM
Quote Eric.n9 13-10-2019 07:38 PM
Kalau diteliti, banyak kesilapan oleh pihak kerajaan sri lanka.
Terutama dari segi tekanan ahli politik, membuat keputusan yang kurang bijak.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047399 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top