Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang yang kadangkala dilihat agak menyenangkan dan lucu. Perkongsian daripada @fakhrulaimann_ menerusi akaun Twitternya berkongsi momen lawak pensyarahnya sendiri prank rakan sekelas beliau yang hadir lewat ke kelas.
Pecah gelak seisi kelas atas lagak bersahaja pensyarahnya itu. Dapat dilihat rakannya 'blur' dan seakan-akan tidak memahami apa yang berlaku usai duduk di tempat masing-masing. Menurut @fakhrulaimann_ lagi, pensyarahnya memang sengaja nak prank rakannya yang lewat tersebut kerana kelas sebenarnya telah tamat. Itulah lambat lagi hadir ke kelas kan. Warganet turut merasakan prank pensyarah ini 'padu' kerana berjaya mengenakan pelajarnya itu. Sinis betul pensyarah. Pujian penuh makna siap bagi tepukan lagi. Malah, ada warganet yang mungkin merupakan bekas pelajar kepada pensyarah yang dikenali sebagai Encik Dollah turut berkongsi kenangan bersamanya. Kadangkala, bergurau prank sebegini mampu memberikan pengalaman manis atau pengajaran untuk seseorang. Namun, tindakan prank yang melampau boleh menyebabkan satu penderaan emosi, fizikal dan boleh menyebabkan trauma jangka panjang malah lebih teruk boleh mennyebabkan kehilangan jiwa. - CARI
|
Artemesiaa replied at 14-10-2019 02:55 PM
Kadang tak guna marah2 sebab kurang berkesan guna cara ni selalu kesannya lebih mendalam
ADVERTISEMENT