Halloween mungkin kelihatan sebagai satu perayaan yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. Namun, tahukah anda perayaan ini sebenarnya berasal daripada festival keagamaan 'Samhain', yang disambut oleh golongan pagan (dikenali sebagai 'Celts') sebelum kedatangan agama Kristian di Eropah, 2000 tahun dahulu?
Festival yang disambut pada malam 31 Oktober ini diraikan oleh golongan Celts yang percaya bahawa mereka yang meninggal akan kembali ke dunia pada hari Samhain. Pada malam tersebut, mereka akan menyalakan unggun api, menawarkan korban dan memperingati mereka yang telah meninggal dunia. Pada hari perayaan Samhain, sesetengah penduduk memakai kostum yang diperbuat daripada kulit haiwan untuk menghalau kehadiran makhluk halus dan menyediakan makanan di luar rumah bagi menenangkan kehadiran roh yang tak diundang.
Budaya ini diteruskan pada abad seterusnya apabila orang ramai mula memakai pakaian menyerupai hantu, syaitan dan makhluk lain, sambil membuat aksi-aksi pelik sebagai ganti untuk makanan dan minuman. Budaya inilah yang dipercayai menjadi asal-usul kepada aktiviti 'trick-or-treat' yang diamalkan kini. Pada abad ke-9, agama Kristian tersebar meluas di kalangan golongan Celtics dan berasimilasi dengan budaya pagan. Gereja-gereja turut menjadikan 2 November sebagai 'Hari Roh Sedunia', hari untuk memperingati mereka yang telah meninggal. Sambutannya di England menyerupai perayaan golongan Celtics pada hari Samhain, lengkap dengan unggun api dan topeng-topeng. Orang-orang miskin akan ke rumah golongan yang kaya untuk mendapatkan kuih yang dinamakan 'kek semangat' dan sebagai ganti, mereka berjanji untuk mendoakan roh ahli keluarga tuan rumah yang telah meninggal dunia. Budaya yang dikenali sebagai 'Souling' ini kemudiannya diteruskan oleh kanak-kanak, yang akan pergi dari rumah ke rumah untuk meminta hadiah seperti makanan, duit atau minuman. Di Scotland dan Ireland, orang-orang muda mengambil bahagian dalam tradisi yang dipanggil sebagai 'Guising', memakai kostum dan menerima pemberian daripada rumah-rumah lain. Namun begitu mereka tidak akan mendoakan untuk si mati, tetapi mereka akan menyanyikan lagu, mempersembahkan puisi, membuat lawak atau mempersembahkan trik lain sebelum mendapat habuan yang biasanya terdiri daripada buah, kekacang atau syiling. Nah, sebab itulah orang Islam tidak sepatutnya merayakan hari Halloween kerana menurut mufti, perayaan ini berasal daripada agama penyembah berhala, mempunyai unsur kait dengan agama lain dan mempunyai unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Wallahualam.- CARI
|
Lolalala replied at 21-10-2019 03:15 PM
Kecewa bila Didi & Friend pun pandai dah buat lagu sempena haloween ni
kucingitam replied at 21-10-2019 04:34 PM
ada ke? lagu apa eh?
Sangkar_Emas7 replied at 21-10-2019 04:35 PM
kbykn budak urban skrg..ramai yg sambut. dgn alasan sbb tadika pon sambut haloween ni. sedih la...
polluxsstar replied at 22-10-2019 11:47 AM
serius??
tadika mana tu??
Sangkar_Emas7 replied at 22-10-2019 11:58 AM
try tengok ig anak Awal, Alana...rasa last year dia ade celebrate, Awal hntr pergi sekolah pakai k ...
ADVERTISEMENT