Sejak memutuskan pertunangan, Awi Rafael mengakui pintu hatinya masih terbuka untuk berumah tangga dan menerima kehadiran orang lain dalam hidupnya. Dia percaya, setiap yang terjadi telah disusun baik oleh Tuhan dan tidak akan serik untuk bercinta lagi.
Buat masa ini, dia hanya mampu berdoa dan fokus diberi kepada perjalanan kerjaya seni serta tanggungjawab menjaga ibunya. Dia juga mempunyai studio muzik sendiri yang sedang diusahakan. Katanya kepada Berita Harian, dia memohon agar suatu hari dipertemukan bidadari yang menjadi penyeri dalam hidupnya.
|
Themilo replied at 18-11-2019 03:19 PM
iols speku @Kurex reject dia ni, sebab tak mewangi.. kan @kurex?
ADVERTISEMENT