Melania Trump berdepan situasi memalukan apabila dia diejek dengan sorakan 'boo' ketika memberi ucapan dalam sebuah majlis belia, baru-baru ini. Memetik Astro AWANI, Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) itu 'kena boo' beramai-ramai ketika berucap dalam satu majlis di Baltimore pada Selasa.
Lebih mengaibkan, ia turut dilakukan murid sekolah rendah dan menengah yang hadir pada sidang berkenaan. Bukan sahaja ucapannya tidak dihiraukan, malah ada penonton yang dilihat keluar dari dewan. Isteri kepada Presiden Donald Trump itu dijemput bagi memberi ucapan mengenai ketagihan candu pada Sidang Kemuncak Belia B’More di Universiti Maryland. Sementara itu, wartawan CNN, Kate Bennett menyifatkan ia merupakan insiden pertama di mana Melania diejek ketika memberi ucapan dalam sebuah majlis. “Selama tiga tahun saya membuat liputan mengenai @FLOTUS (First Lady Of The United States), ini merupakan kali pertama beliau diejek di majlis awam," tulisnya di Twitter. Insiden itu mungkin tanda protes terhadap perbuatan trump sebelum ini yang menyifatkan tiada manusia sanggup tinggal di Baltimore yang didakwanya tempat seperti sampah. - CARI |
ADVERTISEMENT