CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ini Baru Rare - Aksi Gagah Tarian Perang Putera MTD Rai Tamat SPM Buat Ramai Gadis Cair!

3-12-2019 10:31 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8619| Komen: 29|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Tarian perang yang dipersembahkan putera-putera MTD (gambar hiasan)

Kredit foto: Facebook

Sudah tentu pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara mampu menarik nafas lega apabila selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Bagi sekumpulan putera-putera kanan Maktab Tentera Diraja (MTD) pula, mereka mempunyai cara tersendiri untuk meraikan peristiwa itu.

Mereka melakukan tarian perang atau lebih terkenal dengan tarian haka yang secara tradisinya dilakukan oleh pahlawan-pahlawan Maori pada zaman dahulu.

Tarian perang tersebut seterusnya dipopularkan ke seluruh dunia oleh pasukan ragbi New Zealand All Blacks yang mempersembahkannya sebelum perlawanan bermula.



Aksi putera-putera kanan MTD itu dapat dilihat melalui rakaman video berdurasi 1 minit 56 saat yang tular setelah dikongsi @xharfanaliyan melalui Twitter.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 400,000 kali serta menerima lebih 27,000 likes dan 18,000 retweet.


Tarian haka yang dipersembahkan selepas selesai peperiksaan SPM 2019
Kredit foto: Twitter

Inisiatif mereka itu menerima reaksi positif para netizen, lebih-lebih lagi wanita muda dan gadis remaja.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Semoga mereka semua memperolehi keputusan SPM yang cemerlang dan terus gagah mengharungi dunia yang sangat mencabar. - CARI
3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • stargazer20

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 3-12-2019 10:36 AM
Wow. So hot!
Quote miemiecha 3-12-2019 10:59 AM
hot mmg hot, sampai menggelitik awek2 twider mengciap...
dok jodoh kehulu hilir..
ya awlohhh
Quote kechikchomel 3-12-2019 11:01 AM
dorang punya uniform pegi kelas pun baju hijau tu ke?
Quote Ina8895 3-12-2019 11:08 AM
kechikchomel: dorang punya uniform pegi kelas pun baju hijau tu ke?


Baju hijai muda & seluar hijau tua tu rasanya
Quote sarah82 3-12-2019 11:24 AM
Ni kalau jadi pengawai.. Acik doakan angpa jadi pengawai yg bertimbang rasa kat anggota angpa.

Dan kalau sambung study kat UniPertahanan angpa jgn dok buat perangai senior hamjad angpa sampai mati anak org dibulinya.
Quote Wija 3-12-2019 11:37 AM
better la dari budak2 yang buat haru biru tgh jalan raya...menyusahkan org je.

budak2 sekarang ni panjang akai naaa...kita dulu2 lepas exam terus balik rumah qada' tido...lepas tu tunggu la panggilan PLKN hehe
Quote Yamei 3-12-2019 12:13 PM
Bagus anak2 muda. This is wayy more better than bdk2 rempitz blok jalan tu. Cuma kaka nk pesan. Jadilah ank muda yg berjaya pelajaran & akhlak ya... {:love
Quote EmaAsmadi 3-12-2019 12:16 PM
Suami saya pun bekas pelajar MTD. Tiber
Quote Artemesiaa 3-12-2019 12:25 PM
Ok ler tu dari buat perangai beruk kat tengah jalan
Quote palmolive 3-12-2019 12:27 PM
mujur baca. aku ingat company yg buat highway tu
Quote pokaibanktokyo 3-12-2019 12:31 PM
Bangsa bapok saja  menari tertungging  tertonggek  bila nak  bertempur.  Kita melayu  jangan  tiru  budaya  paknyah  itu  semua
Quote Catpaw 3-12-2019 01:08 PM
MTD ni takda puteri2 ke
Quote gigihadid 3-12-2019 01:54 PM
Kalo msuk U jgn iron ank org tau
Quote syamzana 3-12-2019 02:14 PM
harap bukan pelapis pembuli

Quote Anggun05 3-12-2019 02:15 PM
kechikchomel replied at 3-12-2019 11:01 AM
dorang punya uniform pegi kelas pun baju hijau tu ke?

yeap.. all support by MOD
Quote Anggun05 3-12-2019 02:16 PM
Catpaw replied at 3-12-2019 01:08 PM
MTD ni takda puteri2 ke

x dak...semua putra...
Quote Catpaw 3-12-2019 02:34 PM
Anggun05 replied at 3-12-2019 02:16 PM
x dak...semua putra...

Owh ok thank u. Ingatkan ada puteri2 kalau idok mesti join hentak2 kaki sama
Quote meow_tompok 3-12-2019 02:35 PM
happening betul budak2 spm sekarang, aku dulu lepas abis periksa nak balik umah cepat2 je bantal dgn tilam dah panggil
Quote Chairman 3-12-2019 03:25 PM
ok mmg smart

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045417 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top