Spekulasi mengenai pengunduran Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) rancak diperkatakan sejak beberapa hari lepas dikalangan pemain industri filem tanahair. Kedudukan Ahmad Idham sebagai CEO FINAS ' tidak lagi selamat' dan berkemungkinan jawatan itu akan digantikan dengan individu lain seperti yang dilaporkan Astro Awani. Ahmad Idham ditawarkan jawatan ini di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia selama dua tahun yang akan berakhir pada Mac 2021 seperti yang tertera dalam kontrak lantikan.
Namun begitu, menerusi laporan Harian Metro, Ahmad Idham enggan mengulas mengenai spekulasi tersebut. Beliau berkata, buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. “Selagi tidak ada pengumuman daripada mereka, saya tidak boleh berkata apa-apa. “Biarlah kenyataan dikeluarkan oleh FINAS sendiri atau Menteri Komunikasi dan Multimedia,” “Saya ditawarkan untuk menerima jawatan ini dan bukan saya yang memohon. Oleh itu, saya menerima apa saja keputusan yang akan diberitahu oleh FINAS. “Buat masa ini saya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai CEO dan segala perkara berkaitan FINAS masih merujuk kepada saya,” katanya. Tinjauan di media sosial mendapati, warga maya bersetuju jika CEO FINAS yang baru dilantik menggantikan Ahmad Idham. Lantik Datuk Yusof Haslam Sekiranya perkara ini sahih, agak-agak siapa pula CEO baru FINAS nanti ye? - CARI |
lee_sakura replied at 8-12-2019 04:33 AM
Finas ni apa fungsinya ya
ADVERTISEMENT