"Tunggu pembalasan!" Mahkamah semalam diberitahu seorang saksi pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan bahawa di amenerima gangguan daripada keluarga tertuduh pertama kes berkenaan, Samirah Muzaffar.
Berita Harian melaporkan, saksi ke-15, Pegawai Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Abdul Halim Zulkefeli diganggu ketika bersarapan di kantin Mahkamah Shah Alam, kira-kira 8.30 pagi pada Selasa lalu. “Pada waktu itu, ada sebahagian keluarga Samirah cakap (kepadanya) ‘tunggu pembalasan, tunggu pembalasan’. “Saya tidak cam (kenal) dengan jelas mereka, (tetapi) saya pasti dia ahli keluarga Samirah. Ia berlaku di belakang saya, saya tidak menoleh,. “Disebabkan takut dengan apa yang berlaku, saya kemudian menceritakan perkara ini kepada Timbalan Pendakwa Raya, petang semalam (kelmarin),” katanya kepada peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, semalam.
Dalam prosiding itu, Abdul Halim mengecam seorang wanita di galeri awam apabila diminta Ab Karim untuk membuat pengecaman terhadap ahli keluarga Samirah. Ab Karim kemudian memberi amaran kepada semua ahli keluarga tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kerana ia boleh menjejaskan syarat jaminan terhadap semua tertuduh. Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan Samirah dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin. - CARI
|
munchkin replied at 6-12-2019 12:34 PM
Tarik je balik jaminan tu. Kenapa ada keistimewaan jaminan pada dia?
Acikgomen replied at 6-12-2019 12:39 PM
Dasar dkk gitu lah
Dorang pekik2 kat kuarge nazrin pun gitu
munchkin replied at 6-12-2019 12:45 PM
Kesian. I kesian sangat. Akak arwah tu baik je bahasa dia tulis. Walau tragedi terjadi. Sedih pula ...
xriz_xlobe replied at 6-12-2019 01:16 PM
I love u hanez suraya dan romie tak benarkan liyana manan jumpa anak anak. i was baptized at the fri ...
awanysss replied at 6-12-2019 02:10 PM
one of my friend kena follow rapat trial kes ni.. dia kata saksi2 pendakwaan mcm tak strong and lawy ...
awanysss replied at 6-12-2019 02:10 PM
one of my friend kena follow rapat trial kes ni.. dia kata saksi2 pendakwaan mcm tak strong and lawy ...
prettyuglybabe replied at 6-12-2019 01:08 PM
kelly ng kan.. dah pudar darah pun tetap bau kelly ng..
ADVERTISEMENT