Dituduh melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung sendiri, seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam.
Bahkan, lelaki berusia 46 tahun itu didakwa dengan 104 pertuduhan termasuk satu tuduhan meliwat anak perempuan sulungnya itu yang berusia 15 tahun, Bernama melaporkan. Mengejutkan kerana tertuduh didakwa melakukan perlakuan tersebut hampir setiap hari dalam tempoh empat bulan di sebuah rumah yang didiami tertuduh, mangsa dan dua lagi adik lelakinya berusia 12 dan 13 tahun. Dia dikatakan melakukan kesemua 104 kesalahan sumbang mahram itu antara 14 Ogos 2019 hingga 26 November 2019 di sekitar Kuala Berang.
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan maksimum 10 sebatan bagi tuduhan sumbang mahram. Manakala, bagi tuduhan liwat, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. - CARI
|
Asdan replied at 9-12-2019 10:35 AM
aku dah kata banyak kali, jangan makan ikan, jangan makan ikan
najib888 replied at 9-12-2019 10:38 AM
ye la.. makan syabu or ganja lagi ok?
Asdan replied at 9-12-2019 10:35 AM
aku dah kata banyak kali, jangan makan ikan, jangan makan ikan
Asdan replied at 9-12-2019 10:42 AM
tanya sikit, orang langgan pelacur biasanya tak makan anak sendiri, kenapa ya ?
ADVERTISEMENT