Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid Saujana yang popular sekitar akhir 90-an dan 2000. Namun, ramai yang terkejut dengan penampilan salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Dr Idzu Baharin, 38 yang turut dilabel sebagai lelaki lembut.
Bercakap hal itu kepada Berita Harian, Idzu menganggap ramai yang tidak mengenalinya secara dekat kerana karakternya memang begitu sejak sekian lama. “Saya bukan lembut, sebaliknya lebih kepada manja. Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kasih sayang, malah saya rapat dengan ibu. "Saya tahu ramai yang melabel saya sebagai lelaki lembut.
“Namun, semua itu tidak saya endahkan kerana saya hanya ingin menjadi diri sendiri,” katanya kepada portal berkenaan. Penampilan di media sosial pula dikritik, namun Idzu nampaknya tidak mahu mengambil pusing dan menerima sahaja. “Mungkin mereka tidak mengenali saya secara mendalam kerana dahulu, tiada media sosial. Mereka hanya melihat saya menerusi skrin televisyen, video atau akhbar. “Justeru, ramai yang terkejut dan menganggap saya menukar penampilan apabila aktif di laman sosial. Tidak mengapalah jika mereka berfikiran begitu. Saya terima apa sahaja panggilan yang mereka berikan,” ujarnya. “Saya tidak pernah berkecil hati apabila warganet menghina dan mencemuh. Saya tahu diri saya... Atas alasan itu, saya tidak rasa terhutang untuk menjawab segala bentuk persoalan yang ditimbulkan warganet.
“Syukur, saya tidak pernah tertekan untuk menukar penampilan, malah tanggapan umum tidak pernah membunuh keinginan saya untuk menjadi penyanyi. “Mungkin kebetulan saya menyanyikan lagu nasyid. Tetapi, saya ada juga menghasilkan dua single pop iaitu Stay dan Percaya, beberapa tahun lalu,” katanya lagi yang kini mengusahakan klinik dan pusat kecantikan sendiri. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|