Elfira Loy mengakui yang dia lebih gemar memakai kasut tumit tinggi berbanding yang tiada tumit. Katanya, dari usia belasan tahun lagi dia sudah memakai kasut jenis itu.
"Kasut tumit tinggi saya tak terkira banyaknya, berbanding kasut 'flat' yang boleh dikira lagilah," akuinya kepada Media Hiburan. Elfira berkata demikian semasa ditemui hadir memeriahkan majlis pelancaran kolborasi eksklusif jenama kasut Giuseppe Zanotti bersama Neelofa.
Bukan apa, pakai kasut tumit tinggi membuatkan Elfira berasa lebih yakin diri. "Saya lagi mampu untuk berjalan dengan baik apabila memakai kasut tumit tinggi," tambahnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Elfira kini sibuk dengan bayi lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris yang lahir pada 1 Oktober lepas. Sebelum ini, Elfira dikecam kerana selalu tersasul membahasakan dirinya sebagai kakak dengan anaknya. Apapun, Elfira nampak makin cantik selepas bersalin. Semoga sentiasa berbahagia dengan suami dan keluarga tercinta. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|