Datuk Seri Eizlan Yusof kini telah mendedahkan siapa suri pilihannya untuk dijadikan teman hidup setelah sekian lama menduda. Pada Khamis lalu, aktor tersebut telah bernikah dengan Natasha Rosa Boudville, 29, hanya dengan sekali lafaz.
Pasangan itu disatukan di majlis penuh adat istiadat di The Glass Suite, Bora Ombak, Marina, Putrajaya kira-kira pukul 3.30 petang, memetik laporan mStar online. Wanita cantik berketurunan Serani itu dilaporkan telah lama memeluk Islam iaitu ada Ogos tahun lalu dan mendapat restu daripada anak-anak Eizlan Yusof sendiri. Pada majlis akad nikah itu, Eizlan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, dan turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM12, 121.90.
Manakala untuk hantaran, Natasha memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki. Sebelum upacara akad nikah berlangsung,Eizlan telah dibawa menyeberangi Tasik Marina Putrajaya dengan menaiki bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diiringi dengan beberapa pegawai tertinggi agensi tersebut. Terdapat juga sesi berbalas pantun sebagai penyeri acara dan mengimarahkan adat-adat melayu dalam majlis bersejarah tersebut. Manakala untuk majlis resepsi, ianya akan dibuat di lokasi yang sama. Upacara 'Sword Bearer' dan 'bagpipe' juga akan diadakan oleh barisan pegawai istiadat penuh APM. Majlis perkahwinan pasangan dua sejoli ini akan diadakan selama 4 hari berturut-turut dan menelan kos lebih kurang RM 1 juta. Semoga berbahagia hendaknya! - CARI |
gigi replied at 13-12-2019 03:32 PM
nampak sepadan dan yang penting tidak ambil hak orang
belilies replied at 13-12-2019 03:57 PM
Sword bearer ni bukan utk army je ke? Kalu laki iols bukan army malu lh nak wedding under sword bear ...
sharlenetexas replied at 13-12-2019 04:07 PM
Pegawai APM kawin pun lalu bawah pedang ke?
Heols ni senang2 je jadi Kolonel Bersekutu (PA). Tak ...
sharlenetexas replied at 13-12-2019 04:07 PM
Pegawai APM kawin pun lalu bawah pedang ke?
Heols ni senang2 je jadi Kolonel Bersekutu (PA). Tak ...
bungarose replied at 13-12-2019 04:38 PM
Kos majlis 1m
Hantaran 12k ajer
Mas kawin 80
sharlenetexas replied at 13-12-2019 04:07 PM
Pegawai APM kawin pun lalu bawah pedang ke?
Heols ni senang2 je jadi Kolonel Bersekutu (PA). Tak ...
Risaurisaurisau replied at 13-12-2019 05:55 PM
Ntahnya, kolenel bersekutu ni biasanya utk gov officer pangkat pengarah dah kan?? EY fungsi apa
bungarose: Kos majlis 1mHantaran 12k ajer Mas kawin 80
ADVERTISEMENT