Restoran makanan segera McDonald's sememangnya sinonim dengan rakyat negara ini. Terkenal dengan servis yang efisien dan pekerja ramah, dalam pada itu para pengguna mahu mencadangkan beberapa perkara yang boleh ditambahbaik oleh pihak restoran.
Memetik laporan Projek MM, rata-rata pengguna Twitter mahu pihak restoran menyediakan bekas sos lebih besar bagi mengelak ia melimpah dan tumpah. Terlampau kecil, sudah pasti menyukarkan pengguna kan? “Sekurang-kurangnya dua saiz [lebih besar berbanding yang asal]. Tidaklah kami kelihatan macam tengah main sukaneka acara imbang piring sos atas lengan. “[Ini tidak] dua [kali] pam sikit sangat. Tiga [kali] pam melimpah terus. Sedih tau dilema jadinya,” kata seorang pengguna. Meskipun nampak remeh, namun ramai pengguna berasakan isu bekas sos ini memainkan peranan penting. “Saya makan kedua-dua, sos tomato dengan [sos] cili. Penuh sampai lengan sos jika pergi McD ramai-ramai. “Itulah kesian pula yang anak ramai kena masuk acara dewasa imbang sampai lima piring kecik-kecik gitu,” kata seorang lagi warganet. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
fushimi replied at 17-12-2019 01:11 PM
bekas sos pun jadi isu
ko nak sos banyak ko pum je atas makanan
ADVERTISEMENT