Baru umur 10 tahun dah sakan bercinta! Pelakon cilik, Duerra Mitilda sebelum ini menerima kecaman bertubi-tubni kerana terbuka berkongsi kisah percintaannya dengan Hezriq, 13.
Kalau tengok di Instagram, memang selalu juga keluar 'dating'. Siap mengaku yang hubungan tersebut mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Disebabkan itu ramai yang tertanya-tanya, betul ke ibu bapa mereka ni langsung tak kisah? Macam tak ambil kisah pula dengan pergaulan bebas walaupun anak masih kecil lagi.
Mengulas mengenainya, bapa Mitilda yang dikenali sebagai Amir berkata yang dia malas nak panjangkan isu terbabit. "Saya dan isteri yang jaga dan urus Mitilda. Pada saya biarlah kalau netizen nak buat spekulasi. Kalau mereka lihat secara baik, maka baiklah dan begitu juga sebaliknya," jelasnya kepada mStar Online.
Sementara itu, Amir dan isteri memang mendidik Mitilda untuk tidak merahsiakan sesuatu perkara daripada mereka. "Dari hujung rambut sampai hujung kaki mereka akan cerita pada kami. "Kami bentuk kepercayaan dan kejujuran supaya mereka tidak memberontak dan membuat perkara yang tak betul di belakang kami," tambahnya. Wow, kalau ibu bapa zaman dulu awal-awal lagi dah bawak parang kan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|