CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Didie Alias Buka Bengkel Motosikal Secara Tidak Sengaja

14-10-2013 05:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9759| Komen: 26



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Didie Alias yakin berhasrat menjadikan sukan permotoran berkuasa tinggi sebagai satu gaya hidup dikalangan belia dan wanita apabila mengambil keputusan membuka sebuah bengkel dan butik menjual alat ganti sejak sebulan lalu.

Didie, 40, berkata, dia melihat potensi tinggi terhadap hobi tersebut yang semakin berkembang dikalangan masyarakat di negara ini dan mahu mengambil peluang dengan menawarkan perkhidmatan bersesuaian kepada mereka.


Didie mengakui tidak pernah merancang untuk membuka sebuah bengkel dan butik menjual alat ganti motosikal berkuasa tinggi.
“Jika kita lihat hobi menunggang motosikal besar hanya dipelopori oleh golongan tertentu sahaja namun situasi itu sudah jauh berbeza dan ia petanda baik kerana ia telah berjaya menggalakkan lebih ramai anak muda menyertai sukan tersebut.

“Menerusi pembukaan bengkel ini ia dapat ia sebagai satu sokongan kepada peminat hobi berkenaan dan paling penting untuk memberi galakan kepada mereka,” katanya kepadamStar Online.


Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Sabtu lalu dan turut dihadiri oleh beberapa artis terkenal seperti Datuk Rosyam Nor dan Maznah Zulkifli.
Bengkel S4M Motorsports ‘Big Bike Garage’ yang terletak di Setapak Kuala Lumpur itu telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Sabtu lalu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Fizz Fairuz, Kamal Adli dan Maznah Zulkifli.


Dalam pada itu, Didie mengakui keputusannya untuk membuka sebuah bengkel berkenaan berlaku secara tidak sengaja apabila idea tersebut diberikan oleh anak saudaranya lebih setahun lalu.

Didie berkata, selepas memikirkan mengenai potensi ia akan berjaya dia mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan rakan kongsinya iaitu Ibrisam Daud yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.


Pasukan konvoi motosikal berkuasa tinggi turut memeriahkan majlis pelancaran bengkel yang terletak di Setapak Kuala Lumpur itu.
“Saya yakin satu Malaysia terkejut apabila mengetahui saya terlibat dalam perniagaan ini dan jujurnya ia berlaku secara tidak sengaja sebenarnya selepas anak saudara saya memberikan idea tersebut.

S4M Motorsports ‘Big Bike Garage’ menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk memberi nasihat tentang teknik keselamatan penunggang motosikal berkuasa tinggi selain menjual barangan aksesori dan servis kepada pelanggan.

Sementara itu, Didie berkata, dia juga berhasrat untuk kembali menunggang motosikal berkuasa tinggi selepas hampir 15 tahun tidak berbuat demikian.

“Saya tidak terfikir untuk kembali menunggang motosikal tetapi selepas membuka bengkel ini minat itu kembali timbul dan mana tahu saya akan menjelajah ke beberapa tempat selepas ini,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 14-10-2013 01:52 PM



Quote vv2005 14-10-2013 02:00 PM
btul lah tu..EDISI SUAM-SUAM KUKU
Quote misskitty 14-10-2013 02:04 PM
hohoho.. bagusla ada bisnes.. mencabar bisnes ni..
Quote musangcomel 14-10-2013 02:06 PM
bgos la Didie invest bukak bisness
takkan nak harapkan berlakon sampai mati
at least Didie ni pk utk masa depan
Quote aliaa 14-10-2013 02:25 PM
suam2 kuku pun fofulor gak...
Quote mizmini 14-10-2013 02:41 PM
harap2 biz ni kekal lama lah..
jgn sok2 jual biz kat kawan sudeyyy
Quote bobok_berhabok 14-10-2013 02:55 PM
goodluck didi
Quote tapibukanaku 14-10-2013 03:06 PM
vv2005 posted on 14-10-2013 02:00 PM
btul lah tu..EDISI SUAM-SUAM KUKU

untung lah suami didie
Quote mizsrose 14-10-2013 03:14 PM
bagus gak dia nie wat biz yang jarang pempuan nak join...good good..
Quote peah311 14-10-2013 03:16 PM
taknak tahu pon
Quote princess_happy 14-10-2013 03:18 PM
tahniahlh ade bgkel..semoga sukses...
Quote twins 14-10-2013 03:25 PM
Alhamdulillah... semoga biznes ni kekal... sekurang2nya Didie lari dari kepompong kebiasaan retis lain yg asyik dalam bisnes restoran & masakan...
Quote martiena 14-10-2013 03:40 PM
lorrr. dia punye ke nie ....
launching hari sabtu hari tu ..
yg buat jalan jammed kt setapak tu .
penuh la rela, polis segala jaga lalu lintas .....
Quote tapibukanaku 14-10-2013 03:51 PM
martiena posted on 14-10-2013 03:40 PM
lorrr. dia punye ke nie ....
launching hari sabtu hari tu ..
yg buat jalan jammed kt setapak tu .  ...

didie alias punyalah tu
Quote mitnick 14-10-2013 04:49 PM
mmg modal besar nie utk bnd2 camni
Quote imanda 14-10-2013 05:02 PM
bagusla dia biz ni.. kalo bgkel asik cina je conquer.... wpon bkn bgkel mtr kapcai atau mtr safee yg menunggang tu tp hrp maju la hendaknya... aminnn
Quote kinorif 15-10-2013 01:46 AM
Betul ka yang perniagaan ni Didi yang punya atau dia jadi partner ..??? sbb bukan sikit modal kalau nak bukak bisnes mcm ni.Kalau betul kita kena respek kt DD ni sbb dlm gila2 dia masih mampu bukak satu bisnes yg mencabar ni.Tahniah !
Quote Knowlee 15-10-2013 02:03 PM
huuu... teringin nak pakai Ducati Monster...
Quote shaykays 15-10-2013 03:35 PM
Gud Job DD.
Jgn suam2 kuku udah yek..
Gud Luck

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061379 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top