CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nekad Lari Hospital, Lelaki Nigeria Belasah Dan Gigit Jururawat

6-5-2020 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5525| Komen: 32

Seorang jururawat bukan saja ditolak dan dipukul, malah dia digigit beberapa kali oleh lelaki yang positif Covid-19.


Kredit foto: Shanghaiist


Memetik Shanghaiist, Okonkwonwoye Chika Patrick, 47, dari Nigeria menyerang mangsa pada pagi Rabu ketika cuba melarikan diri dari sebuah hospital di Guangzhou, di mana dia dikuarantin dan menerima rawatan.

Difahamkan, apabila jururawat berkenaan cuba menghalang, dia ditolak hingga jatuh sebelum dibelasah dan mukanya digigit lelaki terbabit.

Rakaman kejadian menunjukkan keadaan mangsa yang teresak-esak kesakitan dengan kesan cakaran pada wajahnya. Selain itu, dia juga dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada leher dan pinggangnya.


Kredit foto: Shanghaiist


Lelaki itu dikatakan tiba di Guangzhou pada 20 Mac dan dikuarantin selepas didapati positif wabak maut berkenaan.

Berikutan kejadian, dia kini menerima rawatan di bawah pengawasan polis dan sebaik pulih dia akan didakwa melakukan jenayah kekerasan, kata pihak berkuasa tempatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal21 6-5-2020 10:48 AM
Ganasnya. Gila punya orang.
Quote Tinot7 6-5-2020 10:48 AM
Eeeiii... apa masalah mamat tu? Harap tangkap, masuk jel dan sebat setiap hari.
Quote Lavender85 6-5-2020 10:51 AM
eeeiiii .. ngerinya
Quote Cassieopeia 6-5-2020 10:53 AM
buat hal kt china, madakla ko kalau kne tangkap..
Quote sukacactus 6-5-2020 10:56 AM
Harap cepat ditangkap
Sian akak nurse
Quote husna_amal 6-5-2020 10:57 AM
kalau sampai kena gigit mesti berjangkit virus covid19 tu sekali. Kesian betul nasib nurse ni.
Quote Nes3in1 6-5-2020 11:09 AM
Malaunnya perangai
Quote Kurex 6-5-2020 11:09 AM
Dua dua leluhur parasit
Quote hiswife 6-5-2020 11:10 AM
Ini bukan berita lama ke?
Quote highcastle 6-5-2020 11:13 AM
hiswife replied at 6-5-2020 11:10 AM
Ini bukan berita lama ke?

Yap, berita sebulan nak lalu....... 6 April, skg 6 Mei......... Bersangka baik TT keliru antara bulan April & Mei..........
Quote Artemesiaa 6-5-2020 11:14 AM
Macam dah pernah ada je thread ni
Quote hiswife 6-5-2020 11:18 AM
highcastle replied at 6-5-2020 11:13 AM
Yap, berita sebulan nak lalu....... 6 April, skg 6 Mei......... Bersangka baik TT keliru antara bu ...

Well reputz cari.. Kita nak expect apa lagi kenzz
Quote hiswife 6-5-2020 11:19 AM
Artemesiaa replied at 6-5-2020 11:14 AM
Macam dah pernah ada je thread ni

Kan.. Tiba2 feeling dejavu jap tadi
Quote Orix 6-5-2020 11:31 AM
Pondannya lelaki main gigit2 {:smile
Quote KIM.K 6-5-2020 11:46 AM
Gigit nak spread the v tak
Quote MsKathryn 6-5-2020 12:20 PM
Jahat pya kapadonna
Quote zjen 6-5-2020 12:24 PM
wlpon berita ni bkn local ....   tapi weols punya jururawat dan doktor,  tolong la kesian kat diri uols ,    kalu rohingya ramai yg masuk spital  pasal COVID-19,   tolong la rilek sikit,  toksa amik hati sgt

just lalu pandang pandang sudah,   kerajaan nak kasi apa kasi je,  ubat ke makanan ke

kerajaan PN muhidin kalu bijak,    just ikut amerika kuarantin kat tempat tinggal deols sudah

lenkali kalu mat rempit dan penagih ramai yg masuk spital ... pon rilek je,   lagipon deols anak muda mostly boleh sembuh ...   kalu deols berhijrah alam,    Alhamdulillah,    rezeki Allah utk kampung lebih aman dr penagih

muhidin pon boleh ada alasan tangguh persidangan parlimen utk dpt jadi PM lama sikit
Quote umbut 6-5-2020 12:26 PM
Nigeria ni ganas.. dah cam zombie pulak ko nak gigit bagai
Quote Eric.n9 6-5-2020 12:33 PM
Walaupun terasa mcm dejavu...
Just nak update, yg China skrg tgh point finger kat org nigeria sebagai pembawa penyakit. Kebnyakn dah dihalau dari umah sewa diaorg.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063307 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top