Kini terdapat spekulasi hangat diperkatakan mengenai Fizo Omar yang dikaitkan ada hubungan istimewa dengan pelakon Azar Azmi apabila mereka kerap dilihat bersama. Spekulasi hubungan mereka mula timbul apabila dipertemukan menerusi sebuah drama Maaf Tak Terindah dan kerap bersama menghasilkan video yang turut dimuat naik dalam Youtube sejak kebelakangan ini. Menurut BH Online, Fizo mendakwa tidak pernah bertentang mata dan dia mula mengenali Azar ketika menjalani penggambaran drama tersebut. "Jujurnya, saya tak tahu Azar bertunang mahupun putus tunang.
"Kalau nak tuduh saya menjadi punca ikatan pertunangan Azar dan bekas tunang terlerai, tidak adil. Setahu saya, Azar putus tunang sebelum kami digandingkan dalam drama Maaf Tak Indah. "Jadi, tidak mungkin saya menjadi orang ketiga dalam perpisahan mereka. Kali pertama saya bertemu Azar ketika penggambaran drama, kami rapat pun ketika berlakon bersama," katanya kepada BH Online. Tambah Fizo lagi, dia dan Azar langsung tidak berhubung selepas selesai penggambaran drama Maaf Tak Indah. "Kami tak sempat pun bertukar nombor telefon. Bagaimanapun, kami bertemu semula selepas diperlukan membuat ulasan makanan untuk laman sosial. Dari situ, kami mula dilihat rapat. "Saya juga mengundang Azar muncul dalam saluran YouTube saya. Secara kebetulan, Azar baru hendak melancarkan salurannya sendiri. Jadi, tidak salah rasanya kami buat penggambaran bersama," katanya. Pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea itu berkata, dia selesa berkawan dengan Azar. "Azar berperangai gila-gila. Sesiapapun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini, masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami. "Apa yang boleh dikatakan, kami bukan bercinta, tetapi hanya berkawan. Lagipun, saya belum terfikir melangkah ke alam perkahwinan lagi kerana banyak kerja yang perlu diberikan keutamaan. "Pada usia sekarang, perasaan mahu bercinta tidak sama seperti zaman muda dahulu," katanya. Jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia tak pernah serik mahu berkahwin lagi. Apa pun, tak salah mereka berkawan rapat kan dan kalau bercinta pun lagi lah tak salah. Kita doa aje yang baik-baik untuk mereka - CARI |
starcity replied at 7-5-2020 10:06 AM
Kena bersedia berkahwin dgn mak fizo, adik beradik & suku sakat dia sekali. Mawar dah merasa
ADVERTISEMENT