CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Henti Pekerja Masa PKP Tindakan Tidak Berperikemanusiaan, Menindas Pekerja

27-5-2020 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4603| Komen: 42

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), menyifatkan tindakan memberhentikan pekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) adalah tidak berperikemanusiaan.

Memetik AWANI, Setiausaha Agungnya, J Solomon menyifatkan tindakan memberhentikan pekerja sepanjang tempoh PKP dan PKPB adalah satu penindasan terhadap pekerja dengan sewenang-wenangnya.



Gambar hiasan
Kredit foto: LVBW

“Kami juga mengesyaki ada ugutan memecat pekerja dengan menggunakan alasan kegagalan mematuhi PKPB sebagai sebahagian rancangan majikan tertentu untuk mengurangkan tenaga kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang menjangkakan pemberhentian pekerja akan terus berlaku selepas Aidilfitri kesan akibat pandemik Covid-19.

Berikutan itu, MTUC mencadangkan kepada kerajaan agar Peraturan Pekerjaan Darurat (EER) diperkenalkan.


Difahamkan, peraturan itu melarang majikan daripada membuat pembuangan atau pemecatan pekerja dalam tempoh tertentu.

“Kita harap majikan jangan sewenang-wenangnya buang pekerja.

“Apa yang kita lihat, tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab membuktikan mereka memanipulasi atau mengambil kesempatan daripada pelaksanaan PKP atau PKPB untuk kepentingan diri,” katanya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-5-2020 03:43 PM
Ada...kemungkinan mereka nak gaji PATI ganti warga tempatan.
Quote husna_amal 27-5-2020 03:55 PM
Kita pun kena faham juga ikut side majikan, mungkin syarikat menghadapi masalah kewangan yang serius atau masalah lain.
Quote bangcak 27-5-2020 03:58 PM
dulu PH buang gunting2 dlm lipatan, lantikan politik umngok.
masing2 tuduh ph buang pekerja gomen.

hari nih,
GTB bakal buang penjawat awam sebenar
lantikan JPA.
masing2 menikus.
Quote Megikari 27-5-2020 05:01 PM
Tp kalau dah majikan tak mampu nak bayar gaji pekerja cemana. Takkan nak suruh gomen cover pulak. Bukan tak kesian tapi majikan pun ramai yg tersepit
Quote Supersirap 27-5-2020 05:17 PM
Jika majikan memang mengalami defisit, nak buat macam mana, tetapi kepada majikan yang mengambil kesempatan, memang patut dikenakan hukuman yang setimpal
Quote Tlalu 27-5-2020 05:20 PM
husna_amal replied at 27-5-2020 03:55 PM
Kita pun kena faham juga ikut side majikan, mungkin syarikat menghadapi masalah kewangan yang serius ...

Betul.......... doa yg baik baik..
Quote Tlalu 27-5-2020 05:22 PM
Ada jugak yg diberhentikan..tapi mereka cuba apply keja lain..dan ada yg dah dpt ..maka usaha lah dan berdoa lah.. ini ujian kehidupan.. takyah lah libatkan ERA-GOV mana ... tapi kalau GOV ada initiative win win situation  boleh bantu..lagi baik
Quote aliazulaikha 27-5-2020 05:29 PM
husna_amal: Kita pun kena faham juga ikut side majikan, mungkin syarikat menghadapi masalah kewangan yang serius atau masalah lain.


Setuju tu. Doa Semoga both pekerja Dan majikan Sama2 dipermudahkan urusan
Quote Tlalu 27-5-2020 05:36 PM
BETUL..ni perlu rakyat bantu sesama kita.. kalau kerajaan boleh support lagi baik....  tapi kalau kerajaan perlu tackle more important issue..then kita bantu lah sesamsa kita........ JGN RACIST..ini takder dlm ISLAM lol..... tapi kalau kerajaan rerami pemimpin kat atas tu kejung jer......... geram jugak..rakyat keja kuat bayar gaji rerami yg kejung tu..
Quote Tlalu 27-5-2020 05:37 PM
Tapi takyah lah semua satu kabinet.. tacke issue COVID dan PATI .lol.. ramai tu dgn timbalan segala....... patut hasil kena lagi cepat dan efisien
Quote 234126 27-5-2020 05:46 PM
iol bukan tak kesian, tapi majikan pun terkesan juga kena kurangkan cost kalau sales kurang. Susah nak ckp pasal situasi sekarang ni. Betul2 atas nasib. Yang betul bidang tak terkesan. Yang salah bidang melingkup.
Quote Tlalu 27-5-2020 05:51 PM
Takper.. doa yg baik baik..REZEKI masih boleh doa.. untuk diri sendiri.. now takyah lah beria puja puja sgt pemimpin pemimpin dan doa sgt utk mereka..lol.. mereka  7 keturunan harta adajer...... dan sakit duduk hospital pun aircond.. rasanyer takyah jugak suka bnci bangsa lain lol..takut ALLAH murka..
Quote honam 27-5-2020 06:10 PM
be prepare uoals...

recession is coming...

1.6 juta gomen servant sepatut nya dah start risau. Cuba bayangkan mcm mana tekanan kewangan kerajaan nak bayar emolumen mcm biasa, income dari oil & gas dah mencanak turun, duit kutipan cukai lagi la, 90% business melingkop rugi sebab covid. GST dah takde. Mana lagi mau kutip hasil
Quote Orix 27-5-2020 07:19 PM
Bodoh. Kau igt majikan sesaja sesuka hati berhentikan pekerja ? Apa kau igt majikan tu tempat welfare nak bela pekerja wlupun position tu x diperlukan disebabkan pkp dan jugak majikan dh xde duit. Lagi sekali bodoh.
Quote Cable 27-5-2020 07:20 PM
Orix replied at 27-5-2020 11:19 AM
Bodoh. Kau igt majikan sesaja sesuka hati berhentikan pekerja ? Apa kau igt majikan tu tempat welfar ...

ko iv video conference pn batak x caya nk cite majikan nye hal mende..kekampungan naw

prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght


Quote Orix 27-5-2020 07:22 PM
Cable replied at 27-5-2020 07:20 PM
ko iv video conference pn batak x caya nk cite majikan nye hal mende..kekampungan naw

prfffffff ...

Dh makan ubat dek ? Spital busy ek sejak covid x sempat nk supply ko ubat
Quote Sham143 27-5-2020 08:33 PM
Rasa2nya majikan pun dah nazak sekarang ni..
Quote airmineral 27-5-2020 08:41 PM
ade ke majikan yg amik kesempatan buang pekerja?
mcm xlogik je tp kalau buang pon mungkin sbb mmg betul2 da xleh nak rolling business dan xleh bayar gaji pekerja
Quote aderaderker 27-5-2020 08:43 PM
Kenapa nak blame majikan?

Income tadak.
Nak bayar gaji pakai daun kayu?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.038151 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top