CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baiknya Fikry Ibrahim Nak Sedekah RM29,000 Sebab Tak Nak Zulin Aziz Dihalau

1-7-2020 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14276| Komen: 57

Murah betul hati Fikry Ibrahim sanggup sanggup menyedekahkan sebanyak RM29,000 kepada Zulin Aziz yang disangkanya ditimpa kesusahan.

Zulin menerusi Instagramnya berkongsi video pendek bersama pengacara program Trek Selebriti, Alif Farhan ketika melakukan prank terhadap aktor berkenaan.



Kredit foto: IG Fikry/Zulin

Dalam lakonannya, Zulin meminta bantuan kewangan daripada Fikry bagi melunaskan hutang sewa rumahnya yang kononnya tertunggak akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

"Tuan rumah nak halau aku, tiga bulan tak bayar sewa. PKP, kan? Aku mana ada duit. Aku dah tak tahu nak pinjam kat siapa, aku stres gila," acah Zulin.

Jelas riak terkejut di wajah Zulin dan Alif apabila Fikry selamba meminta nombor akaunnya untuk melakukan pemindahan wang sebanyak RM9,000 bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah Zulin.



Kredit foto: IG Zulin

Tidak puas setakat itu, Zulin terus mengusik Fikry untuk meminjam RM20,000 bagi memulakan perniagaan.

Teruja betul Zulin dan Alif apabila Fikry menganggap angka RM29,000 itu sebagai sedekah sebelum Zulin memaklumkan ia hanya panggilan prank.



Sementara itu, di ruangan kapsyen banyak lagi pujian Zulin untuk Fikry yang disifatkannya sebagai lelaki yang sangat baik hati. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 1-7-2020 01:20 PM
Peh nak ngaji..nk tiru ahh lawak pikree nih{:smile
Quote Normabaru 1-7-2020 01:30 PM
Kenapa mcm bau hasanah ek..

Kebetulan plak news kaka asmida tgh sesak tu keluar waktu yg sama. Hihi
Quote Kurex 1-7-2020 01:36 PM
Ehhhh bukan pompuan terdampar ni kurus ke hari tu?? Apasal gemuk balik???? Kesian pada acik2 yg tertipu hari tu..
Quote eizarz 1-7-2020 01:37 PM
poyo la semua ni...nk naik kan rating.....
Quote Orix 1-7-2020 01:38 PM
Propa jahh
Quote apikwaeh 1-7-2020 01:49 PM
Propa jah...
Dah kawan mesti tau perangai.. Takde acah tiber nak ngaji.. tiber nak sedekah 29k...awex semua pakat meleleh ayaq liur
Quote belilies 1-7-2020 02:10 PM
Kemahen fara repost. Ada hati letteww.
Quote RatuDunia94 1-7-2020 02:15 PM
So retis2 malaysia ni setakat 30k dlm akaun tu xde la payah mana nak ada.. rasa x perlu dah merempan minta bantuan etc..
Quote umbut 1-7-2020 02:25 PM
Nak ngorat fikree ke... rimas tgk si zulin bercakap. Ngan terjuih3 mulut
Quote esbok 1-7-2020 02:35 PM
Ramai je org baik. Biasa nya yg baik ni sbb dah pernah merasa sesaknya tak ada duit. Tapi ada pulak yg jenih ambik kesempatan
Quote husna_amal 1-7-2020 02:40 PM
Macam terlalu mudah je dia nak bagi.
Quote awanysss 1-7-2020 02:40 PM
semoga kita berjodoh aminnnnnnn
Quote haruslah 1-7-2020 02:43 PM
Masa dia cakap "sedekah" tu terus i xleh husnuzon citer ni
Nak bg 9k tu i wow sgt...lepas dr tu terus mcm...................
Quote mieymiey 1-7-2020 03:00 PM
It was perfectly scripted and beautifully acted
Quote EvieWanKenobi 1-7-2020 03:00 PM
macam ni pun rasa lawak ka?
Quote dua_chzy 1-7-2020 03:03 PM
Nampak genuine jah perbualan tuh.

Tak sia2 akak taste kat Fikry Ibrahim.
Quote dua_chzy 1-7-2020 03:05 PM
haruslah replied at 1-7-2020 02:43 PM
Masa dia cakap "sedekah" tu terus i xleh husnuzon citer ni
Nak bg 9k tu i wow sgt...lepas dr tu ter ...

Mungkin heols betul2 berduit, RM 9k ibarat 9 rupiah?
Quote AmandaRollins 1-7-2020 03:37 PM
Kurex replied at 1-7-2020 01:36 PM
Ehhhh bukan pompuan terdampar ni kurus ke hari tu?? Apasal gemuk balik???? Kesian pada acik2 yg tert ...

Dia mmg still gemuk la uolss...tgk kt rtm show 2x live..nmpk berisi..kt ig tu cuba perhati betul2,dia posing baik punya,plus filter,editing...so acik2 kepam yg nk kurus jgn la terpedaya dgn produk dia dmagia tu....
Quote wirazam 1-7-2020 03:37 PM
RatuDunia94 replied at 1-7-2020 02:15 PM
So retis2 malaysia ni setakat 30k dlm akaun tu xde la payah mana nak ada.. rasa x perlu dah merempan ...

30K tu mcm 30 ringgit je...wow artis mmg kayo

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043337 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top