CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hilang Debar Nak Nikah Tengok Member Dulang Boy Terlucut Samping

5-10-2020 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6755| Komen: 25


Gembira, sebak, gemuruh. Semua perasaan bercampur baur bagi setiap pasangan Raja Sehari. Bagaimanapun, hilang terus debar pengantin lelaki apabila berlaku kejadian tidak disangka-sangka menjelang detik akad nikah.

Di Twitter, tular video pembawa dulang sebelah pihak pengantin lelaki apabila kain sampingnya terlucut sebelum memasuki pagar kediaman pengantin perempuan.



"Nervous nak bernikah terus hilang bila ada moment lawak dari dulang boy @kerenselvam," tulis Ahnaf berkongsi rakaman itu.


Ketika dihubungi mStar Online, Ahmad Ahnaf Ahmad Yusri, 28, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam kereta diiringi lima rakannya (dulang boy) pada majlis akad nikahnya di Johor Bahru pada Jumaat lalu.

"Saya masa tu duduk seorang diri di tempat duduk belakang, tunggu isyarat untuk saya masuk ke dalam rumah pengantin bagi akad nikah.

"Masa tu tingkap kereta terbuka dan saya nampak dulang boys ni berjalan. Tapi tiga yang jalan dulu, dua lagi di belakang. Kenapa ada gap (jarak)?


Kredit foto: IG tuturlensaweddings

Kredit foto: IG tuturlensaweddings

"Saya tengok depan mata saya sendiri. Dalam kereta seorang diri tu saya berdekah-dekah ketawa. Boleh nampak dulang boy berhenti untuk pakai semula sampingnya.

"Masa tu memang nervous sebab nak bernikah kan. Tapi tengok aksi lucu Keren tu membuatkan perasaan gementar saya terus hilang. Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya bergelar suami orang" katanya.



Sementara itu, Keren yang berteman dengan Ahnaf sejak zaman tadika berkata, dia berjalan perlahan untuk memberi perhatian kepada dulang hantaran berisi beg tangan dan wangian yang dibawanya kerana khuatir terjatuh jika tidak seimbang. 

"Tapi dah dekat sampai pintu pagar rumah pengantin perempuan, samping saya terlucut. Saya berhenti sekejap dan serahkan dulang tu kat adik pengantin lelaki dan saya pakai semula samping sendiri," ujarnya. - CARI
1

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 5-10-2020 03:03 PM
Nasib kat luar rumah.. kalau kat dlm rumah yg sesak dgn jiran tetangga sedara mara pengantin perempuan lg malu..
Quote newme11 5-10-2020 03:08 PM
xder la malu sangat… at least ada baju/seluar luar cover..
Quote LH76 5-10-2020 03:11 PM
Bestnyer ada  record spontaneous mcm ni. Berbeza kaum, blh jd bahan kenangan gurauan bertahun2 bila berjumpa. blh cerita kat anak cucu
Quote haryatie 5-10-2020 03:21 PM
mmg kelakar
kalau aku ada pun aku gelak sama
Quote kucingitam 5-10-2020 03:25 PM
hahaha..

teringat masa adik aku kawen, aku jadi supir, bawa dia dgn pengapit 2 org.

yg sorang pegang kuih hantaran, masuk kereta terus tergolek hantaran...berdekah2 kitorang gelak.

Quote sarah82 5-10-2020 03:25 PM
Aku rasa bersalah pulak gelak tgk samping tu terlucut.. Hahahahahahahaha.. Lawak
Quote Boomibulat 5-10-2020 03:27 PM
First time pakai lah tu..
Quote biozipstar 5-10-2020 03:31 PM
anap ni dak opis aku dulu... aku tak tahu dia kawen oleh sbb aku x friend kt FB. tapi tahu kt sini pulak... tahniah lah anap..
Quote husna_amal 5-10-2020 03:52 PM
Ok lah tu buat hilang debar. Nasib moment tu tak jadi masa tengah angkat nikah.
Quote chinta89 5-10-2020 03:58 PM
hahahaha sabar je la
Quote Kurex 5-10-2020 04:15 PM
Hahahahaha lawak....
Quote arm_band 5-10-2020 05:23 PM
hhahahaha terus jatuh sampin dia sebab baju licin
Quote prettyuglybabe 5-10-2020 05:38 PM
lawak memang lawak tapi pic atas tu macam sesuatu
Quote Artemesiaa 5-10-2020 06:46 PM
Hahaha yang ni kelakar
Quote che-cikL 6-10-2020 12:09 AM
Mujur dia jenis tak gabra. Dia dgn tenangnya blh passed dulu barang hantaran tu. Kalau jenis kelam kabut, terlatah bagai nak selamatkan kain, silap2 habis bertaburanlah segala yang di tangan.
Quote Skydiva 6-10-2020 08:42 AM
Haha.. baru2 nak blaja pakai kot.. tp pape pn die berjaya la tolong kwn die ilangkan sket nervous tu. Hihi.. seronok klu time kawin ade ramai kwn2 berlainan bangsa dtg tolong skali.
Quote mamajawie 6-10-2020 11:12 AM
apsal gambar pengantin lelaki hat ternganga tu cam dato M Daud Kilau?
Quote Mierafaziera 6-10-2020 11:27 AM
haaahhaaaaaa
Quote CurangLagi 6-10-2020 12:12 PM
Hahhaa.. Iols rasa comel jaa{:good{:good{:good{:good{:good

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.112677 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top