Pengeluar kenderaan Sweden, Volvo membuat simulasi pelbagai senario kemalangan ekstrem bagi membantu pasukan penyelamat negara itu lebih cekap menangani bencana.
Ia dilihat sebagai ujian paling ekstrem dilakukan Volvo apabila menjatuhkan 10 kenderaan baharu pelbagai model dari ketinggian 30 meter beberapa kali dengan menggunakan bantuan kren. Gulf News melaporkan latihan itu dilakukan bagi membolehkan pasukan penyelamat bersedia dengan sebarang kemungkinan risiko kemalangan paling ekstrem berbanding simulasi kemalangan biasa.
Sebelum dijatuhkan, jurutera keselamatan Volvo membuat kiraan sebenar berhubung tekanan dan kekuatan dihadapi setiap kenderaan untuk mencapai tahap kerosakan disasarkan. Volvo berkata, ujian itu membantu menghasilkan kerosakan ekstrem daripada pelbagai sisi kenderaan. "Kita sudah bertahun-tahun bekerjasama dengan pasukan penyelamat Sweden, sebab itu kami mempunyai matlamat sama. "Kita harap tiada seorang pun mangsa melalui pengalaman kemalangan paling teruk, namun bukan semua kemalangan boleh dielakkan. "Jadi, penting wujudnya kaedah menyelamatkan nyawa apabila berlaku sesuatu kejadian kemalangan teruk," kata Penyiasat Kanan Pasukan Kajian Kemalangan Trafik Volvo Cars, Håkan Gustafson. Pakar penyelamat Sweden kerap menggunakan kenderaan ujian di Pusat Keselamatan Kenderaan Volvo untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam tugas menyelamat nyawa. Semua data penemuan daripada simulasi kemalangan itu akan dikumpul dalam laporan penyelidikan lebih meluas. Sumber: Harian Metro
|
RatuDunia94 replied at 17-11-2020 12:55 PM
Proton n Perodua x bak buat ke?
Orix replied at 17-11-2020 03:26 PM
seat belt pun injiniyor volvo yg invent kannn
ADVERTISEMENT