Bimbang dijangkiti wabak Covid-19, sebuah keluarga bertindak membunuh diri sendiri dengan meminum racun di Vaddegeri, Kurnoll, Andhra Pradesh. Mangsa yang maut ialah Pratap, 42, isterinya Hemalata, 36, anak lelaki, Jayant, 17 dan anak perempuan, Rishita, 14.
Pratap bekerja sebagai tukang baiki televisyen, sementara, Jayant masih belajar di sekolah menengah. Kejadian disedari jirannya apabila mendapati mereka sekeluarga tidak keluar rumah seperti biasa. Jiran itu terus membuat laporan polis selepas panggilannya tidak disahut. Pihak polis menemukan sekeping nota bunuh diri yang menjelaskan mereka sekeluarga berasa tertekan selepas mengetahui tentang kematian kawan dan ahli keluarga terdekat akibat Covid-19. Disebabkan itu, mereka turut membunuh diri kerana bimbang dijangkiti wabak sama.
Sumber: Utusan
|
edayildiz replied at 24-6-2021 09:12 AM
kesiannya..smlm tgk news yg kt hkl pun meningkt yg depress sbb kena lockdown..xblh keluar jd stress. ...
edayildiz: kesiannya..smlm tgk news yg kt hkl pun meningkt yg depress sbb kena lockdown..xblh keluar jd stress..covid ngn lockdown blh sebabkan jd mental kot.xca ...
ADVERTISEMENT