PELANTUN There You’ll Be, Faith Hill bengang dengan satu laporan yang menyebut bahawa dia dan suaminya, Tim McGraw bakal bercerai tidak lama lagi. Menerusi laporan People, penyanyi cantik itu bagaimanapun menafikan dan menyifatkannya sebagai berita murahan mengenai rumah tangganya. “Saya dan suami tidak akan bercerai seperti mana dilaporkan dan saya tidak faham mengapa berita tersebut tiba-tiba menjadi isu,” katanya. Sebelum ini, pasangan itu pernah digosipkan bakal bercerai namun Hill dan McGraw tidak pernah melayan berita berkenaan dan membuat sebarang kenyataan kepada pihak media. Pasangan itu telah berkahwin selama 17 tahun.
|
ADVERTISEMENT