Selepas tiga bulan digantung siaran, program realiti nyanyian All Together Now Malaysia (ATNMY) akhirnya kembali menemui penonton bermula Sabtu ini.
Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata kontroversi dan siasatan program itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa sesi rakaman telah selesai. "Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. "Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar. Untuk rekod, ATNMY hanya sempat bersiaran episod pertama pada 6 Jun lalu. Program ini terpaksa ditunda tayangan selepas tular di media sosial didakwa melanggar SOP berikutan selebriti dilihat tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan fizikal. Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan tersebut. Raqim bagaimanapun menjelaskan rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0. Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini diketuai oleh selebriti popular Datuk AC Mizal. Antara juri dalam program tersebut ialah Erra Fazira, Siti Nordiana, Khai Bahar, Dafi Ismail, Zizi Kirana, Liza Hanim dan Aina Abdul. Sherry Al Hadad pula diberi tanggungjawab selaku pengacara pentas utama. ATNMY bakal memulakan siaran episod istimewa sempena ulang tahun Astro ke-25, Sabtu ini pukul 10 malam. Seterusnya, konsert mingguan selama 10 minggu pula akan ditayangkan pukul 9 malam bermula Ahad ini di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). -CARI Sumber: mStar Online
|
nakkomenjugak replied at 10-9-2021 10:31 PM
Best keee show ni?
ADVERTISEMENT