Remaja berusia 17 tahun di Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua gadis dalam tempoh selang dua jam pada Jumaat lepas, lapor Suara.com.
Menurut laporan, Supandi menikahi Annisa, 17, dan Sangkut yang juga berusia 17 tahun. Ketiga-tiga mereka berasal dari kampung sama. Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan rapat sejak beberapa tahun lalu. “Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.
“Pernikahan mereka dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan. Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan). “Pernikahan itu direstui kedua-dua keluarga. “Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan. Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur. “Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT