View: 1813|Reply: 6
|
Remaja 17 Tahun Nikahi Dua Gadis Selang Dua Jam
[Copy link]
|
|
Remaja berusia 17 tahun di Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua gadis dalam tempoh selang dua jam pada Jumaat lepas, lapor Suara.com.
Menurut laporan, Supandi menikahi Annisa, 17, dan Sangkut yang juga berusia 17 tahun. Ketiga-tiga mereka berasal dari kampung sama.
Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan rapat sejak beberapa tahun lalu.
Kredit foto: Istimewa
“Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.
“Pernikahan mereka dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan.
Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).
“Pernikahan itu direstui kedua-dua keluarga.
“Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan.
Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.
“Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai.
Nikah mmg senang.
Tanggungjawab lepas nikah tu..
Mampu ke.
Nk tanggung.
Isteri pn asal berlaki je ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya tajuk, dah tau dari indon |
|
|
|
|
|
|
|
only in yindon
|
|
|
|
|
|
|
|
Kohkohkoh kecik2 lagi dah kawen dua
Only in Indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
Yendon mariiiiii
So pandai2 laa hidup yaach |
|
|
|
|
|
|
|
Editors butakayu 2,3 ketul ni, ceduk berita Indon dan India tak abis2. Pastu berita tu kalau tak pasal kawin pasal rogol.
Kau sekolah tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|