CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Azad Jazmin dimarahi doktor

28-11-2013 03:49 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 15935| Komen: 72

Azad Jazmin Dimarahi Doktor Selepas Jatuh Longkang


Azad telah menerima 13 jahitan pada buku lali kaki kanannya akibat terjatuh ke dalam longkang.

PETALING JAYA: Pelakon Azad Jazmin telah dimarahi oleh seorang doktor gara-gara tercedera akibat mahu membeli sekotak rokok di sebuah kedai serba guna di Puchong, dekat sini minggu lalu. Azad, 37, berkata, doktor berkenaan bertindak demikian selepas dia memberitahu kecederaan itu kerana mahu membeli rokok apabila terjatuh di dalam longkang sehingga menyebabkan buku lali kanan tercedera. "Akibat kejadian itu saya terpaksa menerima 13 jahitan. Doktor yang merawat saya ketika itu memarahi saya apabila mendapat tahu saya terjatuh selepas membeli sekotak rokok.


"Pelbagai perkara yang dia beritahu tentang bahaya mengenai rokok sehingga saya terlupa tentang kesakitan pada bahagian kaki," katanya kepada mStar OnlineAzad berkata, dia tidak memberi apa-apa reaksi ketika mendengar nasihat doktor itu kerana apa yang diperkatakannya adalah benar. Dalam pada itu bercakap mengenai filem terbaharu lakonannya berjudul Kolumpo, Azad berkata, dia teruja apabila diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem berkenaan.

Azad bersama isterinya, Eira Syazira dan anak perempuan mereka Amarra Sofea Rose yang kini berusia 10 bulan.

Jelas Azad, menerusi watak Rahul iaitu seorang pendatang asing tanpa izin dari India, dia terpaksa belajar bahasa Tamil selain bercampur dengan golongan berkenaan selama sebulan. "Bukan mudah untuk membawakan watak berkenaan kerana saya perlu bercakap dalam bahasa Tamil selain perlu memahami kehidupan golongan tersebut. "Pun begitu saya berjaya melakukannya dan watak Rahul adalah paling mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon," katanya.

Filem yang diarahkan oleh Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma itu memaparkan tiga cerita berbeza dengan berlatar belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur. Selain Azad, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid dan Emely Poon. Sementara itu, Azad berkata, tahun hadapan akan menyaksikan 16 buah filem lakonannya bakal ditayangkan dan dia berharap kesemua karya tersebut mendapat sambutan daripada penonton. Antara filem-filem itu ialah Paku, Sejoli, Tujuh, Showdown dan Pilot Cafe.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bf_mrsrezza 27-11-2013 10:57 PM
hng bukan ka mmg india ka azad..macam aku?
Quote famri7 27-11-2013 10:58 PM
Nih pon jadi berita?...astaughfirullah umatku.
Quote clarizsa 27-11-2013 11:16 PM
hahaha.. seb baik dia ok je doctor tu bebel kt dia..
Quote sweetsugar 27-11-2013 11:21 PM
doc tu mentang2 retis yg gi klinik dia nk bebel2 lak..
motip nak berlama2 la tu..
Quote Grengo 27-11-2013 11:46 PM
cutenye baby girl....
Quote Aneem 27-11-2013 11:53 PM
famri7 posted on 27-11-2013 10:58 PM
Nih pon jadi berita?...astaughfirullah umatku.

Takpe. Tak cukup respon momod katup la benang ni..
Quote SEPT13 28-11-2013 12:05 AM
ye ke nk beli rokok..bukan kes gaduh ke.
Quote rose_weedy 28-11-2013 12:09 AM
mcm tgk edisi khas kat tv3 tu pulak..
Quote Suchi 28-11-2013 12:13 AM
dia nih mmg org india ke atau ank mami? tgk mak dia muka biasa2 je tp nama dia pelik jer.. btw cite kolumpo tu cam best je cuma sbb pengarah dia cam tak pemes je.
Quote Suchi 28-11-2013 12:14 AM
bf_mrsrezza posted on 27-11-2013 10:57 PM
hng bukan ka mmg india ka azad..macam aku?

erkk nikname uols sst sgt.. bukan ke tuh nama sorang forummer kt sini, uols mmg bf dia eh
Quote makadek 28-11-2013 12:23 AM
Lahaiiii biyaw ler dia nak bercherita......
Quote aderaderker 28-11-2013 12:30 AM
So mane lg penting..pasal karier dia ke pasal dia nak g beli rokok then jatuh longkang kena jahit pastu kena bebel ngan dokter??
Berita pasal karier macam melukut tepi gantang jah kat bawah tu...
Quote roblucci 28-11-2013 12:54 AM
mungkin dokter geram sbb dia klaim dirinya sebagai melayu
Quote nurul_akmar 28-11-2013 12:59 AM
doktor bebel pon jd news ke??
Quote sunshinelady 28-11-2013 01:08 AM
aderaderker posted on 28-11-2013 12:30 AM
So mane lg penting..pasal karier dia ke pasal dia nak g beli rokok then jatuh longkang kena jahit pa ...

Hahahaha.. Melukut tu yg kelakar tu.

tapi byk je retis zaman skang yg melukut dlm industri retis ni
Quote sunshinelady 28-11-2013 01:09 AM
sweetsugar posted on 27-11-2013 11:21 PM
doc tu mentang2 retis yg gi klinik dia nk bebel2 lak..
motip nak berlama2 la tu..

Kalau aku pon bebel lama2. Haha. Bukan senang nak taruh org kenamaan nih
Quote sunshinelady 28-11-2013 01:10 AM
famri7 posted on 27-11-2013 10:58 PM
Nih pon jadi berita?...astaughfirullah umatku.

Hahahaha.. Lawak hangpa..
Quote fadzyjemi 28-11-2013 02:23 AM
Nk bgtau thn depan byk citer dia kt panggung ke?
Quote ais_kosong 28-11-2013 07:37 AM
berak taik keras xmau masuk paper ka?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060093 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top