CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hrithik Roshan Bercerai

17-12-2013 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31988| Komen: 84


Hrithik Roshan mengakhiri perkahwinannya yang sudah terbina selama 13 tahun dengan sussane Khan. Perceraian itu sudah disampaikan langsung baik dari Hrithik mau pun sussane sendiri. Namun keduanya tak mau membuka apa penyebab mereka berpisah.


Kabar perceraian pasangan yang telah mempunyai dua orang anak, yakni Hrehaan (7 tahun) dan Hridhaan (5) sudah tercium sejak enam bulan lalu. Keduanya sudah tidak pernah lagi tampil bersama dalam masa tiga bulan terakhir, termasuk untuk promosi filem terbaru Hrithik, Krrish 3 .

Perpisahan ini datang beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 dan di tengah-tengah rawatan Hrithik yang baru saja menjalani pembedahan tumor otak di sebuah rumah sakit di luar negeri.

"Sussanne telah memutuskan untuk berpisah daripada saya dan mengakhiri hubungan kami selama 17 tahun. Ini adalah masa yang sangat berat untuk keluarga kami dan saya meminta kepada media untuk menghormati privasi kami saat ini," tulis pernyataan rasmi dari Hrithik, seperti dikutip Indiatoday.


Hrithik menuturkan, dia tak mahu berita yang berkembang ini membuat orang berfikir semula mengenai perkahwinan. Walaupun berpisah dengan sang isteri, namun dia menyatakan, masih menghormati nilai perkahwinan pada tahap tertinggi.

"Dan sekali lagi saya berterima kasih kepada fans untuk semua perhatian dan doa-doa untuk kesihatan saya. Rawatan saya berjalan dengan baik dan saya harus boleh meneruskan hidup saya. Terimakasih," ujarnya.

Sementara itu, Sussanne juga membenarkan khabar perpisahannya dengan sang suami. "Kami adalah dua individu yang menghormati dan memelihara satu sama lain dan telah membuat pilihan peribadi kami sendiri," demikian kenyataan rasmi dari Sussanne yang dikeluarkan hari ini, Sabtu (14/12/2013).

Hrithik dan sussane berpacaran selama empat tahun sebelum akhirnya mereka berkahwin pada 20 Disember 2000, selepas Hrithik berjaya untuk filem sulungnya, Kaho Naa ... Pyar Hai. Untuk urusan anak, keduanya sepakat untuk tetap memberikan perhatian yang maksimum.

"Kami ibu bapa untuk dua anak yang indah dan tanggung jawab kami tetap untuk melindungi dan merawat mereka. Tidak ada yang boleh mengubah itu," kata Sussanne, yang merupakan putri dari pelakon veteran Sanjay Khan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mybarbie 15-12-2013 10:34 AM
after 17 years? hhmmmmm...
Quote yayah8989 15-12-2013 02:02 PM
lollll takziahhh
Quote CikNano 15-12-2013 07:00 PM
laaaa....biar betul!
Quote maxxwu 15-12-2013 07:56 PM
perrrggghhh.......

terkejut baca.....
Quote skymania 15-12-2013 08:48 PM
sussanne ada skandal ngan arjun rampal plak ker?
Quote teky 16-12-2013 07:48 AM
dorg xder anak kaa??
Quote bambimbom 16-12-2013 08:29 AM
The children — Hrehaan and Hridhaan


ni name anak dorang... so sad... anak dorang comel2 belaka...
Quote mnaa 16-12-2013 08:50 AM
cinta dari kecik kot... hadoyiaaaa
Quote amyainsamad 16-12-2013 08:59 AM
wtf?????
Quote pjade 16-12-2013 09:06 AM
Sedihnya... Tapi tu lah, in every marriage, hanya yang melaluinya tau kenapa sesuatu tindakan itu diambil..
Quote hafieza 16-12-2013 09:16 AM


anak2 hrithik roshan..siyes mmg x sangka diorg cerai..

Quote hafieza 16-12-2013 09:28 AM
[youtube]aPispWoin3k[/youtube]

news from Bollywood Uncut...they are lovely couple...opss..'was' to be exact.. Last edited by hafieza on 16-12-2013 09:29 AM

Quote siti_kus 16-12-2013 11:18 AM
sedih sgt.. bila baca cerita diorg mula bercinta mcm fairytale sgt.
Quote none88 16-12-2013 12:39 PM
loll biarr betikk....
Quote mast3r 16-12-2013 01:26 PM
Berapa umur Hritik ni?
Aku selalu terpedaya bila tgk film hindustan.. Igtkan cerita baru, rupanya dah 10thn punya movie.
Ketinggalan btl aku ni
Quote ais_kosong 16-12-2013 03:06 PM
sebab operation tu ke cerai?
Quote jarikuku 16-12-2013 03:58 PM
Mcm tak percaya je gossip ni ..
Sayangnya.. Padahal sesuai betul couple ni...
Quote kamikazebelacan 16-12-2013 04:04 PM
Ini berita gempak ooii...
Quote redliner 16-12-2013 05:47 PM
wife dia ni socialite jgk kan..geng2 dgn bini shahrukhkhan si gauri tu.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.107699 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top