CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Black Hanafiah Dan Isteri Bakal Tunai Umrah Mahu Doa Dapat Anak

23-12-2013 04:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9834| Komen: 30

Black & Isteri Bakal Tunai Umrah Mahu Doa dapat Anak


Black Hanifah

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanifah, 26, dan isterinya Naquia Yasirah Mohamad Khairi, 28, akan mengotakan janjinya untuk berbulan madu di Tanah Suci Mekah apabila bakal mengerjakan umrah pada awal Januari 2014.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, niat untuk ke Mekah sejak mendirikan rumah tangga pada September lalu tertangguh kerana sibuk dengan komitmen kerja.

"Alhamdulillah bulan pada 1 Januari hingga 15 Januari tahun depan saya akan menunaikan umrah bersama isteri sebagai menunaikan niat dan hajat saya selepas berkahwin untuk bulan madu di sana.


"Perancangan awal selepas berkahwin tetapi saya sibuk dengan kerja dan baru sekarang dapat kosongkan jadual iaitu sepanjang bulan Januari nanti," katanya kepada mStar Online, di sini, Khamis.

Black dan isterinya.

Dalam pada itu, Black berkata, kesempatan mengerjakan umrah nanti memberi ruang kepada mereka untuk berdoa kepada Allah agar dikurniakan cahaya mata agar kehidupan mereka bertambah lengkap.

Katanya, setelah beberapa bulan hidup sebagai pasangan suami-isteri, dia kini menantikan rezeki untuk ditambahkan ahli keluarga.
"Insya-Allah kesempatan menunaikan umrah ini saya ingin berdoa agar dikurniakan anak.
"Saya dan isteri memang teringin untuk dapat anak, lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan yang baru kahwin sudah diberi rezeki tersebut," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sokmogitu 21-12-2013 10:38 AM
Black hanafiah ke black hanifah? Berita selalu typo..rasanya nama dia hanafiah b hanifah.... lg prefer nama black hanafiah
Quote nuryakmal 21-12-2013 10:51 AM
Nak buat ibadat pun nak bagitau. Wartawan ni pun
Quote katakau 21-12-2013 11:20 AM
insyaallah..amin..nmpk btol black nie syg sgt2 kat wife dia..ioll t'tengok rancangan ape ntah yg dkt asteruk tue..yg die g honeymoon kat korea tue..smpi my mil tgk pon nyampah..
Quote syabee 21-12-2013 11:27 AM
Bole tak jgn nak dok gebang sgt pasai benda2 camni..l.
Quote buangmasa 21-12-2013 11:32 AM
So very the poyo
Quote mitnick 21-12-2013 12:02 PM
baguslaa tue nak pegi umrah... moga murah rezeki
Quote tri-max 21-12-2013 12:15 PM
aku pun rasa semenjak dua menjak ni black da makin menghampiri zon 'kepoyo-an' yg extrim
memula pasal kata ada org sihirkan dia n bakal isteri sblm kawen - ntahkn ye ke idak
pas tu majlis kawen katanya ada org sabotaj nasi xmasak - (katanyerrrrr)
skrg ni baru fasa honeymoon da canang nk g umrah mohon rezeki anak - wei klu wartawan tya xyahlah bendul sgt jwb, ada setgh artis da balik umrah baru media dapat tau

kepoyo-an!
Quote cemolot 21-12-2013 12:26 PM
bagusla..tapi kalau tak gebang lagi bagus kot..
Quote pakwetizzaqyah 21-12-2013 01:08 PM
itu isteri black rupanya..secocoknya
Quote azie.dz 21-12-2013 01:22 PM
harus la bitau wartawan kannnnnnnn....
Quote blairchuck 21-12-2013 01:33 PM
Nyawa kan . Hihi
Quote Suchi 21-12-2013 01:49 PM
nyawaaaaa..
black muda dr isteri nya rupanya
patutlah nampak manjaaaaaa
Quote rayna_raynes 21-12-2013 05:03 PM
Adira tak nak jadikan Black ni duta utk sabun dia ke? Kalau tetiba black ni boleh cerah dua tiga tona warna harus si Adira jadi jutawan lepas ni
Quote Kebabomb 21-12-2013 05:11 PM
Tajuk thread kemain lucu...Nyawa lah sangat...
Quote meow_tompok 21-12-2013 05:12 PM
rayna_raynes posted on 21-12-2013 05:03 PM
Adira tak nak jadikan Black ni duta utk sabun dia ke? Kalau tetiba black ni boleh cerah dua tiga ton ...

yela harap balik umrah dpt offer jadi duta,
aku pun sanggup jadik dealer produk die
errkkkkk

Aminnnn semoga dpt timang anak cepat2.


Quote mommymonster82 21-12-2013 05:33 PM
Stress owh bla kawen laki dah sibuk suh beranak...
N selalunya geng felda pprt jer klut kira brp ank org ada..prfttttt
Quote pinkzara 21-12-2013 06:13 PM
Nak doa utk dpt anak tak yah susah2 sampai nk kena buat umrah black oiii,
Memadai ko bangun 1/3 mlm buat tahajud secara istiqomah.
Memalukan lah buat statement mcm ni.

Apapun semoga ibadah umrah kamu diterima olehNya.
Quote RatuDunia94 22-12-2013 01:41 AM
pinkzara posted on 21-12-2013 06:13 PM
Nak doa utk dpt anak tak yah susah2 sampai nk kena buat umrah black oiii,
Memadai ko bangun 1/3 mlm ...

kennn... kalo gitu tokti dh berkoyan2 anak...
Quote Jerambut 22-12-2013 03:15 AM
aku rasa dia tak terhegeh nak cerita kot.
Dah orang tanya.
Dia jawab.
maka jadilah tajuk berita hiburan. Habis tu nak buat tajuk berita apa?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.083062 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top