CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Johan & Isteri Tinggalkan Anak-Anak Demi Peminat

27-12-2013 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16422| Komen: 58



.

Jarang sekali sebenarnya mereka pergi bercuti tanpa membawa anak-anak. Apatahlagi kalau bercuti ke luar negara. Namun kali ini, pelawak terkenal, Johan bersama isterinya, pelakon Ozlynn terpaksa meninggalkan ketiga-tiga anak mereka di rumah sementara mereka akan bercuti ke Vietnam pada pertengahan Februari depan.
Begitupun percutian tersebut bukanlah hanya mereka berdua tetapi khas bersama peminat-peminat. 

Menerusi pakej Jom Melancong Bersama Selebriti yang dianjurkan oleh AFS Pictures Sdn Bhd dan Al-Hijrah Vacation Sdn Bhd, pasangan suami isteri ini merancang mahu membawa kira-kira 70 orang peminat mereka.

"Kali ni kami pergi bercuti tak bawa anak-anak. Kami memang betul-betul nak luangkan masa bersama peminat. Nanti kalau bawa anak-anak, dah kita sibuk layan kerenah anak-anak pula. Lagipun mereka bersekolah, jadi saya tinggalkan mereka dengan ibu mertua saya.

"Saya pilih Vietnam sebab kos perbelanjaan untuk bercuti di negara ni tak lah besar Lagipun nilai mata wangnya kecil. Saya tahu yang peminat-peminat saya terdiri daripada golongan sederhana, jadi tak lah membebankan mereka yang nak ikuti percutian ni", kata Johan ketika ditemui pada sidang media pelancaran program tersebut bertempat di hotel De Palma, baru-baru ini.

Luar Negara Lebih Privasi
Dalam pada itu Johan memberitahu sesibuk mana pun beliau pada kerja, pasti akan ada masa untuk dia sekeluarga akan pergi bercuti dan destinasi luar negara menjadi pilihan mereka. Bukan tidak mahu menikmati tempat-tempat menarik di negara sendiri tetapi akui Johan, susah untuknya bercuti di dalam negara kerana seringkali beliau didatangi peminat.

"Kalau nak cuti, kami sekeluarga pilih luar negara sebab lebih privasi. Berbanding di sini, selalunya akan terserempak dengan peminat-peminat. Mereka semua minta nak bergambar.

"Saya kasihan dengan anak-anak saya sebab kalau ada peminat datang nak bergambar dengan saya, anak-anak terpaksa lah tunggu saya. Pernah mereka tunggu saya sampai lebih sejam dan mereka jadi tak selesa", katanya.

Sementara itu Ozlynn yang duduk di sebelah Johan spontan berkata, " Kalau misalnya nak bawa anak-anak jalan-jalan atau ke tempat macam pusat membeli belah atau taman tema, kena pilih hari bukan hujung minggu sebab kurang sikit orang.

"Kalau kami rancang nak bercuti, kena ikut masa Johan maksudnya, tengok bila dia boleh bercuti. Itu yang kadang-kadang terpaksalah anak-anak ponteng sekolah", tuturnya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 27-12-2013 09:32 AM
moga sukses selalu la kot ..
Quote md_nana 27-12-2013 09:36 AM
Bagus Johan ni.
Masa untuk family, mmg btol2 untuk family.
Quote setankuning 27-12-2013 09:41 AM
dia ni mmg lpas kawin ozlynn ni murah rejeki kan
banyak sedekah n derma lagi
harap maintain la kesederhanaan  tu
Quote capoi 27-12-2013 09:43 AM
3 mggu lps jmpa johan makan steamboat kt jusco balakong...bagus dia utamakan keluaga..
Quote mitnick 27-12-2013 10:21 AM
owh pegi bercuti rupanya
Quote missyqaldina 27-12-2013 10:32 AM
die ni family man..
utamakan family dr kerjaya..
sesekali cuti ngn peminat ape salahnye kan...
Quote SyaAnis 27-12-2013 10:36 AM
keep it up, johan!!.. always support u..
Quote AshkieLa 27-12-2013 10:50 AM
oklaa tu... Vietnam...affordable gak. Takdalaa mcm artis sorang tu ye tak...nak gi tempat yg classy sikit ngan peminat tp mintak agency payungkan dia satu family...(saper ehh yg citer aritu... )
Quote musangcomel 27-12-2013 10:50 AM
aku suka alasan dia nak bawak peminat g vietnam
sbb taknak bebankan peminat dan dia sedar peminat dr golongan sederhana
reason sgt telus
respect!
Quote maxim 27-12-2013 10:55 AM
aku penah terserempak ngan die ni..baik je dok layan peminat..sambil dukung baby



Quote redliner 27-12-2013 11:01 AM
dulu masa dia mula menang rajalawak mmg tak suka sgt, mcm terlampau 'loklaq' sgt...
tp lama2 dah terbiasa, pastu lepas kawen, nampak cara dia dgn family..
rasa mcm best je tgk..
Quote aiskrimpelangi 27-12-2013 11:02 AM
kalau dia stay buat baik pd isteri dan anak2 dia lgi lah peminat tambah respek and suka. kipidap!
Quote whadda 27-12-2013 11:08 AM
bagus la die boleh pikir kemampuan peminat untuk berbelanja menunjukkan die btol2 menghargai peminat... lifestyle die pon aku suke.... utamakan family...
Quote cegitu 27-12-2013 11:12 AM
Suka kat dia...
Quote caplimau 27-12-2013 11:14 AM
go johan go!!!
Quote lady_rara 27-12-2013 11:15 AM
semoga johan terus mendapat tempat dihati peminat..
Quote reenz013 27-12-2013 11:20 AM
pandai pilih tmpt melancong ngn fans...shopping sokmo la jwbnyer
Quote amyainsamad 27-12-2013 11:22 AM
ozlyyn dh potong rambut ek..xde dh rambut kepok2
Quote fifie_olin 27-12-2013 11:31 AM
jenis famili man ...bgs la kan..
tgk jek cam gila2...tp berbaloi2

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.081081 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top