Izreen Azmida Nasihat Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan Wanita
Izreen Azmida
PETALING JAYA: Pelakon yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As'ari, Izreen Azminda menasihatkan agar aktor tersebut berhenti daripada memainkan perasaan wanita. Izreen, 29, berkata, Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita. "Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.
"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Johan As'ari
Ezreen berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin setelah sebulan menjalinkan hubungan cinta. Tambah Ezreen, sebagai selebriti, Johan juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain. "Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius. "Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing," katanya. Sementara itu, mengulas tentang hubungannya dengan lelaki tersebut yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Izreen berkata, dia sudah melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang. Hubungan Ezreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja. |
miss_baby posted on 30-12-2013 02:45 AM
bukan hensem pon mamat nih..
mata juling sebelah pon ada hati nak jadi playboy
HannahMontana posted on 30-12-2013 01:31 AM
Aku xnampak salah apa sgtlah Johan ni..
Yg terlebih salah tu perempuan ,
HannahMontana posted on 30-12-2013 01:31 AM
Aku xnampak salah apa sgtlah Johan ni..
Yg terlebih salah tu perempuan ,
fifie_olin posted on 30-12-2013 07:31 AM
aku rasa johan ni jenis lelaki yg mulut manis...janji mcm2 kat pompuan....pnadi ayat la....
tgk la ...
skymania posted on 30-12-2013 05:57 AM
kalu dah ayat2 al quran.. hadis segala kuar dari celah bibir semendang.. seme orng ingt die alim u ...
ADVERTISEMENT