CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Qi Razali Belum Boleh Terima Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz

30-1-2014 04:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 106615| Komen: 1166



Sebagai seorang yang juga bekerja dalam bidang yang sama iaitu dunia lakonan, pelakon dan pengacara Qi Razali tahu sepatutnya tidak timbul soal cemburu di hatinya apabila kekasihnya Nelydia Senrose melakonkan beberapa aksi intim bersama pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini sedang hangat ditayangkan di saluran Astro.

Namun akui pelakon Friday I'm in Love ini, dia sebenarnya masih cuba menerima situasi tersebut. Lebih-lebih apabila Sharnaaz kerap memuat naik foto babak-babak yang menunjukkan kemesraan dia bersama Nelydia di laman sosial Instagram. Kata Qi dia tidak ada masalah apabila melihat gambar-gambar tersebut cuma kapsyen-kapsen romantis yang disertakan Sharnaaz pada gambar-gambar berkenaan secara tidak langsung melahirkan rasa bengang di dalam hatinya.


"Saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka.

"Tapi kapsyen-kapsyen pada gambar tu yang saya rasa tak patut ditulis sampai begitu sekali. Apapun, sekarang ni saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu.

"Saya terkejut. Tambah-tambah bila ada kawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula saya sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya twit apa yang saya rasa pada ketika tu", kata Qi Razali kepada pihak media ketika ditemui pada sidang mediaSelebriti Materniti: Yasmin Hani, bertempat di TGV One Utama, semalam.

Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini berkata demikian ketika diminta mengulas ekoran insiden tindakannya yang meluahkan perasaan berbaur bengang terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya, sebelum ini.

Bagaimanapun Qi memberitahu, dia ada menghubungi Sharnaaz dan meminta maaf kepada aktor itu atas tindakannya yang mungkin terlalu mengikutkan perasaan.

Ditanya mengenai perkembangan hubungan dia dan Nelydia, Qi berkata hubungan mereka seperti biasa dan mereka masih lagi dalam proses untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
8

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
6

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasuoren 30-1-2014 12:08 PM
tepek la kapsyen kapsyen romatis eteww...
Quote ZaraPalarae 30-1-2014 12:10 PM
Calling2 warga cottage jebatmas utk mencemar duli melahar tokchi
@Akubinimone @jozanfan  @mrszack1 @marriot @kucenbite @brums08 @suffiya.aziera @inthira dan lain2
Matik laa panggil kroni
Quote achik2009 30-1-2014 12:12 PM
@fazila17



Quote eija2013 30-1-2014 12:13 PM
hahhahha....dh ada special benang utk tok chi...
Quote achik2009 30-1-2014 12:15 PM


sharnaazahmad   Dengan hanya melihat mu diberi aku pahala, mebelaimu membuat aku merasa keindahan ciptaan Allah ditapak tangan ku .. Begitu mulianya seorang isteri diciptakan Allah.. #bukankeranaakutakcinta #jebatfoo #jebatmas #insyaAllah
Quote achik2009 30-1-2014 12:16 PM


sharnaazahmad   Saat aku diijab kabulkan, saat itu lah aku serahkan separuh nafas aku buat mu isteriku, saat aku menghembuskan nafasku yg berbaki didunia ini, kerana dengan izin Allah, aku pasti akan bertemu mu di dunia yg hakiki yg kekal abadi.. #jebatmas #hannamastura #bukankeranaakutakcinta #akusayangkomas
Quote chinta89 30-1-2014 12:17 PM
cerita ni lagi.. lagi2 psl qi cemburu ke sharnaz.
Quote alieyrina 30-1-2014 12:17 PM
Aku yg tgk ni pun rasa mcm ada samting...nikan pulak bf sendiri tgk..memangla..nasehat tuk jagung T, lepaskan nely
Quote lady_sarah83 30-1-2014 12:17 PM
lantakkkk ko la qi... yg pasti ati aku berbunga2 tgk cite ni.... wakakakakakakakaka... i lap u abg jebat....
Quote achik2009 30-1-2014 12:17 PM


sharnaazahmad   Bila perpisahan mengajar sesebuah perhubungan yg kurang jelas menjadi terang dan tenang.. #jebatmas #jebatfoo #hannamastura #bukankeranaakutakcinta #halussss #musibat #makkalihampot #kasrat #anakantoopenang
Quote apatah 30-1-2014 12:18 PM
gi MAMPUS la lu Tok Qi

tak minat LANGSUNG sama lu

go Jebatmas goooooo

go NELYNAZ goooooo

pedulikan sama itu KEDING

anyway nely tu bukannya bini nko pun KEDING wwoiiiiiii
Quote achik2009 30-1-2014 12:20 PM


sharnaazahmad   Bila hati pandai berkata-kata, lu jangan terkejut apa yg dia mintak 😎 .... #jebatfoo #jebatmas #bukankeranaakutakcinta #halussss #isapbanyaksikit #penangkia #anakantoopenang   2w
Quote peah311 30-1-2014 12:22 PM
bukan ke caption tu sume mmg ayat dari novel? means bukan dari sharnaaz? aku penah baca dulu..
Quote AshkieLa 30-1-2014 12:22 PM
bukan nk doakan just speku x lama si Qi ni ngan Nely... sbb bila aku tngok drama BKATC tu...gerak bahasa badan 'Mas' seolah2 bukan berlakon..relax je sondol2 aset dia kt badan 'Jebat'...mcm bebetul2 suka kt Shaarnaz. Time dia dlm Setia Hujung Nyawa xde mcm tu sgt. Still nampak dia control jarak tu.
Tapi aku mcm suka je Mas bebetul ngan Jebat... x tau kenapa rasa mcm x kena ngan Qi sbb slalu nmpak Qi ni selekeh mcm x mandi. lol
Quote wxyz_abc 30-1-2014 12:24 PM
Tp kalau tgk mmg over pon. Si nelydia laga2 ketet kt lengan shanaz tu ha
Ak nengok pon geli
Qi ko x yh sound shanaz sgt. Awek ko pon same jah
Quote boongalalang 30-1-2014 12:25 PM
wxyz_abc posted on 30-1-2014 12:24 PM
Tp kalau tgk mmg over pon. Si nelydia laga2 ketet kt lengan shanaz tu ha
Ak nengok pon geli
Qi ko  ...

Tau xpe. Aku tgok pon malu, terus tukar channel.
Quote fazila17 30-1-2014 12:25 PM
achik2009 posted on 30-1-2014 12:12 PM
@fazila17

Tima kacih ye sayang @achik2009

Menggigil aku marah baca so called permainan dalam kepala mamat paranoid poyo keding insecure opportunist tak sedar diri ni

Nanti dah cool off aku sambung ye
Last edited by fazila17 on 31-1-2014 06:22 AM

Quote Revolver 30-1-2014 12:27 PM
aku yg tak baca novel & tak tengok drama ni pun rasa semacam tengok gambo & caption2 tu...
nasib ko la Qi, awek lawa pastu awek pun selamba je pegang2, gesel2... adatla "berlakon"kan... tak pegang2 tak gesel2 tak feel lak...
Quote jozanfan 30-1-2014 12:27 PM
ZaraPalarae posted on 30-1-2014 12:10 PM
Calling2 warga cottage jebatmas utk mencemar duli melahar tokchi
@Akubinimone @jozanfan  @mrszac ...

huk alohhhhh..poyo siot mamat TokChi nie..
bukan bini ko pun..
nak jelesss bagai..
sedarla cepat sket Nelydia ooii..camnie ke nk wat laki (mcmla nely baca muahahaha)

Lihat semua komen(1166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.185217 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top