'M'sia tak iktiraf Hamas tapi sokong negara Palestin'
Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menggulung usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin menerusi kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza bermula 14 November lalu. "Oleh kerana Malaysia ahli kepada PBB, kita tiada pilihan melainkan tidak mengiktiraf Hamas. "Tetapi kita mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan Hamas sebagai sebuah parti yang menguasai (Palestin) atas pilihan rakyat Palestin untuk menubuhkan kerajaan," katanya. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit mencelah dan mengusulkan agar Parlimen Malaysia mengambil pendirian berbeza daripada pendirian kerajaan – dengan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah Palestin. Mengulas perkara itu, Nazri menjelaskan bahawa sebarang keputusan Parlimen akan dianggap keputusan eksekutif yang merupakan kerajaan sedia ada. "YB perlu faham sistem politik negara kita, parti yang menguasai Parlimen itu merupakan eksekutif. "Jadi kalau Parlimen membuat keputusan yang bebas daripada eksekutif, sistem kita tak boleh sembunyi hakikat itu juga adalah (keputusan) kerajaan. "Kita mesti berhati-hati dalam perkara ini kerana yang penting adalah menyelesaikan masalah Palestin dan bukan sama ada suatu parti politik itu diiktiraf oleh kita atau tidak," katanya. Beliau seterusnya memberikan komitmen kerajaan untuk terus berkempen agar Palestin diterima dalam PBB. "Bagi kita yang penting ialah substance iaitu kita bagi dukungan dan sokongan kepada Palestin untuk menjadi bukan sahaja satu entiti tetapi akhirnya menjadi sebuah negara pemerhati dan seterusnya akan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat," katanya. Isu berkenaan pada akhir tahun lalu dibangkitkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoal pendirian kerajaan Malaysia kerana "selalu bercakap membela Palestin tetapi masih enggan mengiktiraf Hamas". Beliau menggesa agar Malaysia berhenti mengikut telunjuk Amerika dan mengorak langkah mengubah nasib malang rakyat Palestin. -- teringat malaysia menghalau wakil kerajaan Hamas ketika persidangan negara islam di KL dulu dari berucap dan menaikkan wakil fatah untuk berucap.... sedang Kerajaan Hamas dipilih oleh majoriti rakyat palestin....
|
taikor posted on 21-11-2012 01:00 AM
Rupanya wayang ajer tunjuk sokong. Dan bunyi ajer kuat tapi tak brani. Rakyat Palestin kena tipu. Um ...
totokreturn posted on 21-11-2012 02:04 AM
berKECUALI israel.. tapi yahudi APCO yg tentukan apa yg najib perlu buat setiap hari yg dibayar 40 ...
“(The Malaysian government) wants to ensure that it is able to provide information to the public quickly and transparently, making use of all relevant new technologies.”“They will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”- Margery Kraus, Pengasas dan CEO APCO Worldwide.
Kuala Lumpur (March 30, 2010) – The allegations repeated against APCO Worldwide this morning in the Malaysian Parliament are false. APCO Worldwide is not working for the government of Israel. We did not devise the 1Malaysia concept. In our work as communications consultants we are not involved in policy formation but in the presentation of information the government intends to share with the public. We work for governments which are prepared to take our counsel on transparency, democracy and the rule of law. We are honoured to continue our work with the government of Malaysia APCO Worldwide.
ADVERTISEMENT