CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pantang Larang Melayu

19-2-2014 05:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22835| Komen: 22

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.





Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.


Ada lagi ke yang percaya pantang larang?



3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isseliparjepun 17-2-2014 04:32 PM
Aku tak percaya pantang larang tapi aku percaya ia diadakan untuk menjaga moral dan kesantunan kita sebagai orang Melayu. Cuma sesetengahnya agak ridiculous macam pantang larang untuk orang sedang mengandung dan selepas bersalin. A
Quote cef_gango 17-2-2014 04:38 PM
isseliparjepun posted on 17-2-2014 04:32 PM
Aku tak percaya pantang larang tapi aku percaya ia diadakan untuk menjaga moral dan kesantunan kita  ...

tu pandangan ko. setiap org ada pandangan masing2 mungkin betull.. tp zaman nenek moyang je suka pantang2 ni.. contoh letak besi (gunting) bwah bantal bayi syirik ke? karut ke?
Quote cef_gango 17-2-2014 04:43 PM
Dalam zaman yang kononnya moden ni, kepercayaan-kepercayaan karut masih lagi berleluasa dan diamalkan oleh sebilangan umat Islam. Berdasarkan pemerhatian saya sewaktu memeriksa bayi berumur 1 bulan (pemeriksaan rutin) di tempat kerja, saya dapati masih ada beberapa amalan khurafat yang masih diamalkan oleh ibu bapa (mungkin atas 'nasihat' atuk & nenek bayi tersebut):

1) Tangkal di pergelangan tangan/pinggang
2) Tali hitam di pergelangan tangan/pinggang
3) Kertas tisu di letakkan di atas dahi (untuk hilangkan sedu katanya)
4) Rantai logam/azimat - ingatkan hiasan je, rupanya ada "makna & tujuan" tertentu
5) Surah Yasin diletakkan bawah bantal - sebagai pelindung (bukan dibaca atau diamalkan, tapi sekadar diletakkan)

Sekadar mampu nasihat je, tapi majoriti tak ambil endah. Ada yang tarik muka, ada yang sekadar senyum, ada juga yang balas, "Ala, kepercayaan orang tua-tua dulu..."

Jom banteras kepercayaan karut sebegini - usahakan mengikut kapasiti kita. Insya Allah, walaupun nampak remeh bagi sebilangan daie, tapi sebenarnya sangat signifikan kerana melibatkan akidah.

Wallahua'lam.
Quote isseliparjepun 17-2-2014 04:58 PM
cef_gango posted on 17-2-2014 04:43 PM
Dalam zaman yang kononnya moden ni, kepercayaan-kepercayaan karut masih lagi berleluasa dan diamalka ...

Sebab tu aku kata aku tak percaya pantang larang. Contohnya jangan makan kat tangga (untuk anak dara), nanti jodoh tak sampai. Tapi aku percaya sebab diadakan pantang tu, sebabnya memanglah tak manis makan kat tangga untuk anak dara. Seeloknya duduk di meja makan atau duduk atas lantai, kan lebih sopan.

Tapi untuk baby tu, Alhamdulillah mak aku jenis yang agak moden, so dia tak amalkan benda-benda tu untuk cucu dia. Aku pun tak amalkan menda-menda macam yang ko state tu. Err...kalau time confinement lagi banyak pantangnya. Tapi aku tak pasti la plak pengamal perubatan macam ko lihat benda tu betul atau tak, cuma yang tu aku terpaksa ikut la.
Quote pakwetizzaqyah 17-2-2014 05:32 PM
aku percaya..sbb aku melayu tulen..yg tk percaya tolong jngn sibuk ambik borang uitm dan uiam
Quote shamsadis 17-2-2014 05:45 PM
pantang aku kalo orang guna tandas tak flush bersih bagai
Quote cef_gango 17-2-2014 06:15 PM
pakwetizzaqyah posted on 17-2-2014 05:32 PM
aku percaya..sbb aku melayu tulen..yg tk percaya tolong jngn sibuk ambik borang uitm dan uiam

ko msti caprut jawa uitm kan?
Quote cef_gango 17-2-2014 06:16 PM
shamsadis posted on 17-2-2014 05:45 PM
pantang aku kalo orang guna tandas tak flush bersih bagai

pantang ni lain macam ni
Quote pakwetizzaqyah 17-2-2014 06:16 PM
cef_gango posted on 17-2-2014 06:15 PM
ko msti caprut jawa uitm kan?

kepala hotak ko..lol
Quote starbee 20-2-2014 11:58 AM
org sekarang bawak surah yassin letak dlm kete konon nanti takdelah benda 2 dtg menumpang....

wak lu.... nape tak bace doa naik kenderaan.... kalau tak mmg ade peluan gla dia nak menumpang kete org... free of charge...
Quote -electrifying- 20-2-2014 12:29 PM
ade pantang yg bersebab, ade jgak yg xmsuk akal. LOL
Quote kgdangar 2-3-2014 05:48 PM
pakwetizzaqyah posted on 17-2-2014 05:32 PM
aku percaya..sbb aku melayu tulen..yg tk percaya tolong jngn sibuk ambik borang uitm dan uiam

yang elok n logik akal mcm budak2 kene balik rumah masa maghrib ok la...

tp kalo dh melibatkan gunting paku segala mmg tak la kan..

kemon bro zaman dh berubah.....
Quote kgdangar 2-3-2014 05:51 PM
Pantang larang paling Baeekkk "Malam jumaat malam keliwon, budak2 kene tido awal...hantu banyak merayau...balik ngaji teros kene tido...kalo dgr bunyi2 or katil goyang2...hantu lah tue"

maksud terisrat "anak2 tido awal....malam jumaat mak bapak tgh wrestling...."


aku mase kecik2 kene tipooo idop2 je...hahahha!
Quote goss79 4-3-2014 05:00 PM
pantang larang ni bagus juga ikut, cuma jgn melebih2... jgn over taksub tu je.
Quote joyahglam 4-3-2014 05:13 PM
pendapat aku, mana yang elok apa salahnya kita amalkan. yang kita rasa syirik tu, lebih tinggal kan.
Quote Yustan 5-3-2014 03:34 PM
'jgn pijak bantal, nnt bau mayat'......nenek aku selalu ugut aku dgn petua nih setiap kali aku wrestling bantal2 kat umah mase kecik2 dulu........satu lagi, jgn mencabung, nanti bantut......
Quote martiena 5-3-2014 04:59 PM
Yustan posted on 5-3-2014 03:34 PM
'jgn pijak bantal, nnt bau mayat'......nenek aku selalu ugut aku dgn petua nih setiap kali aku wrest ...

mencabung tu apebende?
Quote Yustan 5-3-2014 05:43 PM
martiena posted on 5-3-2014 04:59 PM
mencabung tu apebende?

duduk meniarap dgn sebelah / kedua belah kaki dilipat-lipatkan.............org selalu buat time meniarap baca buku......terutamanya pompuan.....
Quote martiena 5-3-2014 09:49 PM
Yustan posted on 5-3-2014 05:43 PM
duduk meniarap dgn sebelah / kedua belah kaki dilipat-lipatkan.............org selalu buat time me ...

Owh... tu name dia mencabung... iols suka buat gitu...matilerr

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.066811 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top