CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Bukan Tak Laku, Jihan Serah Pada Takdir

5-3-2014 09:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22063| Komen: 72

Description: Biarpun Usianya Tahun Telah Mencecah 31 Tahun, Pelakon Dan Pelawak Jihan Tidak Pernah Meletakkan Sasaran Umur Untuk Mengakhiri Zaman Bujangnya Walaupun Mengakui Mempunyai Teman Istimewa Iaitu Peserta ...


Bukan tak laku, Jihan serah pada takdir


BIARPUN usianya tahun telah mencecah 31 tahun, pelakon dan pelawak Jihan tidak pernah meletakkan sasaran umur untuk mengakhiri zaman bujangnya walaupun mengakui mempunyai teman istimewa iaitu peserta program Pilih Kasih musim kedua, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 29.

Jihan yang juga merupakan anggota kumpulan S.Y.J ini juga memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan hal itu dan hanya akan berserah pada takdir.

“Sebenarnya kami sudah berkawan sejak dari sekolah lagi dan hubungan ini sekarang jadi lebih rapat.

“Tapi buat masa ini perancangan untuk berkahwin belum ada lagi. Memang sengaja tidak mahu rancang sebab semuanya belum pasti.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, jadi biarlah ia berlaku dengan sendirinya,” ujarnya.

Ditanya bagaimana reaksi keluarganya mengenai perkara ini, Jihan memberitahu dia bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang amat memahami dirinya.

“Alhamdulillah, keluarga saya terutamanya ibu tidak kisah dengan perkara ini. Mereka sentiasa beri dorongan kepada saya.

“Lagi pun, perkara seperti ini tidak boleh paksa-paksa,” katanya.

Sh : Sering diperlekeh?

Di soal mengenai perjalanan kariernya, Jihan yang merupakan generasi pelapis sebagai pelawak wanita akui tidak pernah terbeban dengan status kerjayanya itu.

“Sebenarnya saya tidak meletakkan diri sebagai satu-satunya pelapis pelawak wanita, tapi lebih selesa menjalankan karier itu bersama pelawak lelaki.

“Bila seiring dengan pelawak lelaki, saya tidak rasa ditindas atau diperlekehkan,” jelasnya.

Pada masa sama, Jihan turut menafikan tawaran kerjayanya kini begitu lumayan dan sering diberi keutamaan oleh pihak produksi.

“Sebenarnya tawaran yang saya dapat biasa-biasa sahaja. Bila saya tidak dapat buat, pihak produksi juga ada beri tawaran kepada artis lain dan ada juga tawaran yang saya buat untuk gantikan artis lain.

“Tapi mungkin disebabkan saya terlibat dengan beberapa program yang memang orang menonton, jadi mungkin sebab itu mereka hanya nampak saya sahaja,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Jihan bakal mengacarakan sebuah majlis sambutan Hari Ibu yang bakal menampilkan penyanyi bersuara emas, Jamal Abdillah dan Nas Adila di Shah Alam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 4-3-2014 10:57 AM
baru tau ungku hariz tu boipren dia.. boipren dia berlakon best.. iols suka tengok dia dalam drama puteri malam.. dia jadi jahat..
Quote nurul_akmar 4-3-2014 10:58 AM
makin cantik plak jihan ni. compare dgn yg dulu la. bkn compare ngan emma maembong
Quote joey_mcintrye 4-3-2014 10:59 AM
Kalau di groom betul2 lawa Jihan ni ye. Classy...
Quote lylea 4-3-2014 11:01 AM
lawa plak jihan ni kan.. yg mana satu ungku hariz tu.. x kenal
Quote cef_gango 4-3-2014 11:02 AM










Quote lucky_peace 4-3-2014 11:04 AM
minat jihan sejak masuk SYJ.. memang nampak talent die~~~ good luck Jihan..
Quote asampodeh 4-3-2014 11:04 AM
ellZack posted on 4-3-2014 10:57 AM
baru tau ungku hariz tu boipren dia.. boipren dia berlakon best.. iols suka tengok dia dalam drama p ...


ye la.. iols pun tk sngka ku hariz tu boipren sheols.. aritu ade trbaca kt mana ntah baru tau.. dh lama kan dorng brkawan.. Last edited by asampodeh on 4-3-2014 11:49 AM

Quote Gedebook 4-3-2014 11:05 AM
sangat sweet bila dorang together2...

Quote cef_gango 4-3-2014 11:06 AM
lucky_peace posted on 4-3-2014 11:04 AM
minat jihan sejak masuk SYJ.. memang nampak talent die~~~ good luck Jihan..



Kerana gigi je kan pasang besi terus cun mendadak
Quote Gedebook 4-3-2014 11:10 AM
Jihan dah cantek......sangat cantek!!



p/s: gambar cilok dari insta jihanmuse
Quote chickenwing 4-3-2014 11:11 AM
lawa la jihan ni...lagi lawa dari plastik Hanez Suraya.
Quote enchikfitz 4-3-2014 11:11 AM
dulu tak lawa, sekarang dah cantik
Quote mommymonster82 4-3-2014 11:12 AM
cef_gango posted on 4-3-2014 11:06 AM
Kerana gigi je kan pasang besi terus cun mendadak

Hidung pon dah kurang kembang
Quote Gedebook 4-3-2014 11:12 AM
Quote Gedebook 4-3-2014 11:13 AM
Quote Gedebook 4-3-2014 11:13 AM
Quote lucky_peace 4-3-2014 11:20 AM
cef_gango posted on 4-3-2014 11:06 AM
Kerana gigi je kan pasang besi terus cun mendadak

mak oii bezanya... ai tak pernah tgk raja lawak, start kenal die dari maharajalawak first mase die solo tu hah, pastu terus byk muka die kat astro warna.... sangat berbeza, dulu berkerak, sekarang flawless~~~
Quote ellZack 4-3-2014 11:23 AM
asampodeh posted on 4-3-2014 11:04 AM
ye la.. iols pun tk sngka ku hariz tu boioren sheols.. aritu ade trbaca kt mana ntah baru tau.. dh ...

sheols kata kat atas tu dari zaman sekolah..
sheols sekarang dah 31y/o..
so iols rasa, cikai2 pun maybe +/- 10yrs jugak diorang kawan..

Quote cef_gango 4-3-2014 11:27 AM
chickenwing posted on 4-3-2014 11:11 AM
lawa la jihan ni...lagi lawa dari plastik Hanez Suraya.

aku jmpe hamez suraya erk sabo je la

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078041 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top