CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Johan As'Ari Ucapkan Selamat Berbahagia Kepada Lana

21-4-2015 03:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3821| Komen: 1

Description: "Saya Sentiasa Mendoakan Kesejahteraannya Dan Berharap Lana Akan Bahagia Bersama Lelaki Pilihannya Sehingga Ke Akhir Hayat," Katanya Ketika Dihubungi Mstar Online Di Sini Pada Rabu.
Johan As'Ari  Ucapkan Selamat Berbahagia Kepada Lana


PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari mengucapkan selamat berbahagia buat bekas kekasihnya Lana Nordin yang akan mengumumkan pasangan hidupnya.

Johan, 29, berkata, sebagai seorang yang pernah mengenali rapat wanita itu, dia gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan mereka akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

"Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya.

"Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Lana dijangka akan mendedahkan butiran mengenai perancangan perkahwinan selain memperkenalkan bakal suaminya dalam satu sidang media yang bakal diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur pada pukul 3 petang Rabu.



Lana dan Johan ketika menghadiri Anugerah Skrin pada 30 November lalu. 

Lana dan Johan pernah menjadi pasangan kekasih sebelum ini.

Dalam pada itu, Johan berkata, biarpun jodoh mereka tidak kesampaian namun dia tidak pernah menyimpan dendam atau benci terhadap Lana sebaliknya menganggap kehadiran wanita itu banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan.

"Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik.

"Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, dia akan menghadiri majlis perkahwinan Lana sekiranya wanita itu menjemputnya untuk memeriahkan acara itu nanti.

"Insya-Allah sudah pasti saya akan datang jika dijemput untuk berbuat demikian," katanya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai keadaan ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang diserang penyakit strok (angin ahmar) minggu lalu, Johan berkata, ibunya masih dirawat di Hospital Serdang.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=864277&extra=&page=6

6

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ninjago 22-4-2015 12:37 AM
laa baru kutau Johan nie anak Datuk..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.158484 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top