CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik B & DSV Buat ‘Room Tour’ Hotel Mewah Di Makkah – ‘Kita Dah Bayar Untuk 10 Hari RM420,000’

17-4-2024 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8990| Komen: 80

Description: Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida baru-baru ini menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya iaitu Kacak dan Cik B.


Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida baru-baru ini menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya iaitu Kacak dan Cik B.

Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Cik B memuat naik video ‘room tour’ hotel tempat mereka menginap di Makkah.


Cik B menunjuk beberapa ruangan seperti ruang tamu, dapur, tempat mencuci pakaian dan bilik.

Paling menarik perhatian adalah bilik Cik B yang mempunyai tingkap yang menghadap Masjidil Haram.

"Okay guys, hari ini kita review bilik kita di Makkah."

"Cantik tak hotel Cik B di Makkah? Alhamdulillah, terima kasih mama."

Cik B kemudian bertanya kepada ibunya tentang kos penginapan untuk hotel tersebut sebelum Vida mendedahkannya.

"Kita dah bayar untuk 10 hari RM220,000."

Menjengah ke ruangan komen, video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata mengagumi kemewahan yang dimiliki keluarga Vida.

"Aku kalau ada duit lebih macam ni, aku pun akan buat benda yang sama. Healing beribadah di Tanah Suci."

"Sebab ni la nak kerja rajin-rajin untuk jadi kaya, nak beribadah dengan selesa. Tahap keselesaan kita mungkin tak sama tapi kita usaha insya-Allah. Semoga Allah murahkan rezeki kita, amin.

"Rezeki mereka kaya-raya, dapat pergi Makkah tanpa fikir tentang bajet."


Sumber: TikTok Cik B/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 17-4-2024 01:16 PM
Boleh geng dgn owner tudung ikan bawal
Quote doodlediddle 17-4-2024 01:24 PM
Ye kau duduk hotel terpaling mewah. Kalau KT Dubai aku fhm lah jugak nk flex bagai, ni kat mekah kot. Xkn xde rase malu atau rendah diri??? Kau sedang Mengadap pencipta dan berada dikawasan Yg sgt dijaga olehNYA. Sungguh lah Tuhan tu dah tarik sifat malu kau!
Quote hokeypokey 17-4-2024 01:30 PM
Edited by hokeypokey at 17-4-2024 01:31 PM

byk sgt ke sales dia ni??? duit tak habis2.. nk pegi beribadat ke nk pegi menunjuk ni??? hotel mahal giler so terperap kt dlm hotel ke camne
Quote Goodluckdontcry 17-4-2024 01:34 PM
Sebab ni la nak kerja rajin-rajin untuk jadi kaya, nak beribadah dengan selesa.

Apa punya fikiranla...mmmmm
Quote anilanil 17-4-2024 02:09 PM
Ok je kalo mampu. Biarla bayar byk utk keselesaan. Semoga semua muslim & muslimat yg lain dimurahkan rezeki jua. Yg marhaen pon kalo solat kat rumah kalo bole nak beli telekung yg selesa, sejadah yg empuk, ruang solat yg bersih. Kalo rezeki lebih ruang solat nak pasang aircond. It's okay jer berabis duit kalo mampu utk hal ibadah. Kerja kuat la, semoga dipermudahkan urusan. Nak bitter sgt tu kena check hati.
Quote sleepandream 17-4-2024 02:21 PM
apa cite produk salmon sheols yg pakai logo halal tifu ituh? mcm dah senyap gitu jah
Quote annadonna 17-4-2024 02:22 PM
Okaylah tu dia mampu. Vida ni banyak je menderma sana sini tapi yg derma dia tak tunjuk. Yg mewah mewah ni dia tunjuk sebba tu marketing utk imej dia sebagai business celebrity. Eloklah tu habiskan duit pergi ibadah apa salahnya.
Quote anggeriklatifah 17-4-2024 02:28 PM
owner roti garnenia yg semua org pernah makan pon tak kaya raya camni
aku dapat rse somthing wrong lah dgn dia punya kaya raya sgt ni
Quote HoneyManjer 17-4-2024 02:42 PM
mungkin niat nak share...
tapi sedikit sebanyak pasti ada yg terguris
1 ada ramai lagi tak berpeluang ke mekah
2 ramai rakyat malaysia tak mampu nak duk hotel sebegitu...

aku ni dah kat mekah tu takde pikir dunia....semua pikir aku dan Pencipta...
semoga jika ada peluang pegi lagi aku masih istiqomah membesarkan yang maha Esa dari hadap org pya pujian....
Quote sofi_sofia 17-4-2024 02:43 PM
alhamdulillah ... rezeki dia ... moga kita semua juga dimurahkan rezeki
Quote shernazz 17-4-2024 03:15 PM
Cuci.mata jelah tengok depa show off gitu..
Iols.pung tak mampu nak sewa Mahal gitu..
Iols.mampu tengok jelah
Hahaha
Quote naina 17-4-2024 03:28 PM
Rezeki mereka dah..
Kita tak tau apa yang dia lalui sampai boleh rezeki mewah sebegini..dia kaya ya bertahun2 tak pernah down aku tengok
Tapi Allah pernah uji dia anak terbakar 2 orang sekaligus ninggal masa bulan pose kan..
Aku perasan orang yang ada anak meninggal masa kecik2 ni rezeki dia murah lepastu..contoh terdekat abang aku..anak perempuan satu2nya meninggal masa baby..tak lama dapat offer kerja gaji berbelas ribu..
Quote piro77 17-4-2024 04:13 PM
doodlediddle replied at 17-4-2024 01:24 PM
Ye kau duduk hotel terpaling mewah. Kalau KT Dubai aku fhm lah jugak nk flex bagai, ni kat mekah kot ...

Apa nak malunya? Dia berbelanja utk beribadat dgn selesa dan tenang, dah rezeki ada melimpah ruah gunakannya je la. Kira ok lah duit dia gunakan arah ni dari habis berpoya2 tak tentu pasal. Orang kaya ni ujiannya kat sinilah, ke mana arahnya dia berhabis duit tu sbb sampai dh tak tahu nak utk apa lagi. Jgn kata bersedekah apa semua tu, i bet org mcm Dvida ni byk dh menyumbang dan sedekah. Wlpun i pun mmg geram lah juga dgn kontroversinya tp bab ni biarlah utk kepuasan dan ketenangannya dlm ibadat. Kita ni kalau dh biasa dgn hotel mewah dan flight business class mmg kalau boleh dh tak nak dah nk downgrade ambil hotel biasa2 atau economy seat, sbb feel dia rasa lain. Empuknya tilam luxury hotel tu beza tau, sekali dgn cadar2 nya kita rasa nikmatnya. Tu pun satu motivasi utk kerja keras sbb dgn nikmat semua tu pun salah satu kebahagian dan ketenangan hidup. Hehe done membebel kenikmatan dunia ????
Quote gideoncross 17-4-2024 04:22 PM
doodlediddle replied at 17-4-2024 01:24 PM
Ye kau duduk hotel terpaling mewah. Kalau KT Dubai aku fhm lah jugak nk flex bagai, ni kat mekah kot ...

Mmg btullah akhir zmn cmni org gi Makkah & Madinah sometimes cuma utk showoff
Quote doodlediddle 17-4-2024 05:17 PM
piro77 replied at 17-4-2024 04:13 PM
Apa nak malunya? Dia berbelanja utk beribadat dgn selesa dan tenang, dah rezeki ada melimpah ruah  ...

Suka ati lah dia nk flex ke tidak but to me it’s inappropriate esp when you’re in a holy place.
Fikir balık, ape Tujuan nk flex??? Mesti ade rase riak nk menunjuk kan? Tapi tgk lah keadaan atau tempat. Sbb tu aku ckp kau nk flex Kalau kat Dubai boleh terima lagi, tapi kat mekah madinah??? Just keep it to yourself. Niat utama utk rse kerdil pada MAHA KAYA.
Sbb tu I ckp kemaluan pda pencipta tu xde.
So Kalau u suka flex mase time Ibadah di tempat suci, check balik hati muhasabah diri. Perlu ke nk bagitahu seantero alam kau tdo tempat mahal di rumah Tuhan? Think!
FYI, aku tidak menidakkan Ibadah dia bersedekah ke ape smua, n aku xsentuh pun pasal tu dlm comment aku. Kalau byk bersedekah, alhamdulillah. tapi,  itu tidak sekali kali menghalalkan cara dia utk flex di rumah Allah sedangkan Allah tu MAHA KAYA. Sekian dan sila hadam point aku.
Quote Incanto 17-4-2024 05:31 PM
kalau aku berduit pun aku akan buat benda sama

sbb dapat duduk dekat dgn masjidil haram, senang nak beribadat.

kalau bulan Ramadhan jemaah punyalah ramai, seksa kena redah nak masuk masjid

cuma aku taklah tunjuk kat socmed sbb aku bukan org femes pun
Quote Incanto 17-4-2024 05:33 PM
doodlediddle replied at 17-4-2024 05:17 PM
Suka ati lah dia nk flex ke tidak but to me it’s inappropriate esp when you’re in a holy place.  ...

DSV dgn cik B ni memang kaki flex...tak kisah tempat

perangai ni tak boleh hilang wpun berada di tanah haram

tu lah dugaan Allah bagi kat deme
Quote acikhan 17-4-2024 05:37 PM
oh ada sedara, tahun lepas bulan 11@12 die lanje bwk family dedua pihak + atok nenek sebelah mak haku g Umrah total yg g 40 org n dlm rm420k... sedara nie keje mmg loaded la oil n gas... rezeki sedara mara yg lain dpt g
Quote nena9042 17-4-2024 05:57 PM
I faham je orang nak selesa beribadah
Not gonna judge them on that
Tapi bila buat content macam ni, memang kena judge la jawabnya

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053315 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top