CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bermisai Rakam Video Wanita Dalam Tandas Diburu

17-4-2024 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5743| Komen: 5

Description: KOTA KINABALU – Seorang lelaki diburu ekoran disyaki merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah pusat beli- belah bebas cukai di Jalan Haji Saman pada 6 April lalu.


KOTA KINABALU – Seorang lelaki diburu ekoran disyaki merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah pusat beli- belah bebas cukai di Jalan Haji Saman pada 6 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan mangsa wanita berusia lingkungan 20 tahun berkenaan telah membuat laporan pada 7 April lalu sekitar pukul 3.34 petang.

“Siasatan mendapati mangsa ketika masa kejadian menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas kira-kira jam 8.40 malam.

“Tindakan suspek itu dipercayai untuk merakam gambar atau video mangsa di dalam bilik tandas terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah mendapati suspek adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

“Lelaki berkenaan ketika kejadian memakai baju berwarna hitam serta seluar coklat selain berselipar. Suspek juga mempunyai misai dan berjanggut nipis.


“Oleh itu, kita meminta orang awam yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan individu dalam rakaman CCTV ini agar menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan,” katanya. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 17-4-2024 05:21 PM
ko tak tau ke bersepah video blue dalam internet nak tengok yg macam mana...dalam train..tandas semua ada. kawan aku la cerita jangan salah fhm pulak... apa ke bodoh risikokan diri pi rakam
Quote dua_chzy 17-4-2024 06:02 PM
Akak @kakikuDibibirmu punya taste ni muka boboi chinkis gini.
Quote Ahriman 17-4-2024 06:17 PM
Menunggu porummer ckp herlok.
Quote kakikuDibibirmu 17-4-2024 07:22 PM
Boleh jah bah kalau kau, Encik Sabah Nur tersenyum sinis, ooops terlebih sudah, kau rasa? Oren? Malu apa bossku?

Quote makneng 17-4-2024 07:46 PM
Muka perogol bersiri yachhh! Celah mana yg herlokk noks!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043897 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top