CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Cemar Budaya Islam & Jatuhkan Maruah, ‘Trend’ Alamak Raya Lagi Boleh Jatuh Hukum Haram” – Mufti Terengganu

18-4-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13650| Komen: 118

Description: Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, aksi dan gaya tarian menggunakan lagu ‘Alamak Raya Lagi’ yang menjadi trend masa kini boleh membawa kepada hukum haram sekiranya pelaku mended ...


Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, aksi dan gaya tarian menggunakan lagu ‘Alamak Raya Lagi’ yang menjadi trend masa kini boleh membawa kepada hukum haram sekiranya pelaku mendedahkan auratnya.

Jelas beliau, trend melenggokkkan bentuk badan yang dilakukan wanita beragama Islam perlu dielakkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah mereka selain mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri.

Dalam masa yang sama, beliau meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir masyarakat kita yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa tanpa memikirkan positif atau negatif trend itu.

"Sepatutnya perbuatan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada haram."


Beliau menyeru umat Islam supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Jika tidak, ia dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan budaya Islam itu sendiri.

Terdahulu, tular di media sosial lagu ‘Alamak raya lagi’ nyanyian kumpulan De Fam yang didakwa berunsur negatif.

Ada pihak mendakwa lirik yang dinyatakan seolah-olah mengeluh dengan kehadiran Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan penuh rasa syukur.

SUMBER : Sinar Harian/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 18-4-2024 08:23 AM
Neraca muru'ah zaman sekarang ni dah level lain dah Tok Mopti oiiii..... Kalau dorg concern pasal muru'ah xder lah dorg nk terkinja2 rakam utk ditonton oleh ajnabi
Quote dua_chzy 18-4-2024 08:29 AM
Mentang2 pompuan cantik yang nyanyi....Baju pun loose ja aku tengok. Kalau pompuan gundu huduh nyanyi tak dipedulikan kot.
Quote hayrin86 18-4-2024 09:04 AM
Nasib baik taknah minat dgr lagu Raya zaman sekarang.
Quote FOTHER-MUCKER 18-4-2024 09:22 AM
Habislah melayu semua boleh jatuh harsm
Quote malarky 18-4-2024 09:27 AM
dua_chzy replied at 18-4-2024 08:29 AM
Mentang2 pompuan cantik yang nyanyi....Baju pun loose ja aku tengok. Kalau pompuan gundu huduh nyany ...

tapi dikecam netizen pulak
Quote tungkai 18-4-2024 09:30 AM
Benci betul aku lagu alamak raya tu. Konon nak buat parodi tapi menampakkan kebodohkan tak aware bulan2 Islam. Pastu buat semua last minit takde planning. Duduk dlm hutan ke apa sebelum2 tu?
Quote otai_g 18-4-2024 09:32 AM
Bnd ni semua buang masa jer. Apa ko da tade bnd lain nak buat selain terkinja2 mcm beruk kena belacan?
Quote Beribear 18-4-2024 09:44 AM
Bagi aku yg faham je makna lagu tu rasa takde masalah kot. Yg tak suka berlebihan dlm duniawi ni takyah melebih lahh pandai² jatuh hukum kat org. Sedap² lagu raya zaman skrg, sesuai lah utk muda mudi. Lagu raya nabila razali tu paling aku suka. Selagi benda ni takde buat org keluar islam atau menyuruh org buat perkara mungkar aku rasa okay je. Dah besar, pandai² lah fikir jalan korang yg padti masuk syurga tu kan
Quote cmf_DetConan 18-4-2024 09:44 AM
walaupon org cakap lirik je pon..tp bg aku lirik lagu ni buat teruk..lupa niat la..lupa beli baju raya la..menetap dkt marikh ke macam mana
Quote naina 18-4-2024 09:52 AM
Perempuan ni memang mudah sangat ikut trend kan
Mudah sangat terikut2 benda2 macam ni
Patutlah disuruh ikat tangan dan kaki wanita2 kamu semasa dajjal keluar
Wanita ni sangat teruja dengan dunia
Quote _blackbird 18-4-2024 09:52 AM
aku ni kalau yg terkinja2 menggeletis kat tiktok saiz S ke bawah ok jer... takda la seksa mata memandang dah yg terkinja2 tu pon lean body mana nak nampak nya gegeran lebihan lemak2 huhuhu. mohon yg gemok gundu berenti joget2 di tiktok, biar yg kurus je joget tak nampak hodoh sgt walaupon goyang bahu je pong
Quote naina 18-4-2024 09:53 AM
Cikgu2 perempuan/gomen staff pun tergelek2 menari siap name tag tak tanggal tu. Geli sehhhh.
Biar jelah retis yang buat..marhaen buat jadi ntah apa2..
Quote Triple_8 18-4-2024 10:27 AM
Mopti kutuk dikata menyibuk, mopti diam dikata makan gaji buta.
Quote vanillaninja 18-4-2024 10:50 AM
Giliran De Fam pulak tahun ni. Raya tahun lepas lagu Dolla
Quote She-Ra 18-4-2024 10:56 AM
hayrin86 replied at 18-4-2024 09:04 AM
Nasib baik taknah minat dgr lagu Raya zaman sekarang.

bila dh selalu dgr tambahan anak2 buah pulak manjang duk ayyamak, ayyamakkk
  lama2 kita pun terikut alamak alamakkk
Quote She-Ra 18-4-2024 10:58 AM
_blackbird replied at 18-4-2024 09:52 AM
aku ni kalau yg terkinja2 menggeletis kat tiktok saiz S ke bawah ok jer... takda la seksa mata meman ...

yg size s pun takde perasaan nak ber'ayyammakkk"
ada pun rekod anak2 buah je main bunga api tiba2 alammak alammakkk
Quote Orix 18-4-2024 11:14 AM
Ckap jela dedah aurat tu haram. Motif nak bersangkut paut dgan lagu Alamak raya ni ? Yiihhh.
Quote Orix 18-4-2024 11:16 AM
Nk tanya, npe mufti2 ni semua berlemuih je muka n rambut / janggut x kemas ? Bukan ke menjaga penampilan tu sunnah nabi jugak ? Xde ke mufti2 yg badan fit tegap perut rata  persis sunnah nabi jua ?
Quote nolya 18-4-2024 11:29 AM
FOTHER-MUCKER replied at 18-4-2024 09:22 AM
Habislah melayu semua boleh jatuh harsm

Rasa malu dn segan anak2 gadis zmn sekarang ni dah hanyut ke laut, tergedik2 untuk dilihat lelaki dn dipuji2.  Melayu yg dah hilang adab sopan dn santunnya.  

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079337 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top