CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mak Iti Sama Macam Apa Orang Lihat Di Luar..” – Tya Ariffin Segan Jumpa Datuk K, Dedah Peribadi Tok Ti Tak Berubah Di rumah

11-6-2024 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7482| Komen: 10

Description: Pelakon dan usahawan, Tya Ariffin mengakui pernah takut untuk bersemuka dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra digelar Datuk K sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminy ...

Pelakon dan usahawan, Tya Ariffin mengakui pernah takut untuk bersemuka dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra digelar Datuk K sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Asyraf Khalid.

Menerusi sebuah podcast, Tya berkata perasaan itu lebih kepada segan dan hormat terhadap Datuk K. Katanya, bapa mentuanya itu mempunyai satu aura luar biasa yang membuatkan orang lain berasa segan.

"Dulu sebelum saya kahwin, saya rasa takut nak jumpa dengan ayah (Datuk K). Aura dia itu memang lain betul. Kalau nak jumpa rasa segan.
 
"Maksudnya dia orang yang sangat disegani. Saya juga respect dengan ayah, seorang yang manly father in law."


Bukan itu sahaja, Tya turut mendedahkan peribadi ibu mentuanya, penyanyi terkemuka Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika dirumah. Menurutnya, perwatakan Siti di rumah sama sahaja seperti mana yang orang luar lihat.

"Bila saya masuk dalam keluarga ini, apa yang saya nak cakap bukan fasal glamour. Tetapi tentang personaliti. Ayah dan Mak Iti (panggilan Siti) sama sahaja macam apa yang orang lihat di luar."
 
"Mak Iti seorang yang sangat baik hati. Dekat luar semua orang dia layan dengan baik. Dalam rumah pun sama, tak pernah marah. Jarang nampak tinggikan suara. Kalau marah pun dekat anak-anak je. Itu pun jarang."

Sekadar info, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 11-6-2024 01:22 PM
Ye laaa mbak..gile ko nak kata mak itik dan tok misai macam-macam. Yang tau je tau....
Quote Lavender_Violet 11-6-2024 01:32 PM
Ini pun dikira gossip ke???????????
Quote hokeypokey 11-6-2024 03:59 PM
hmmm bosannya ceritaaa
Quote orkid_amani 11-6-2024 05:20 PM
Awai school holiday tuhari aii ada jumpak tya& kids ni kat waterpark Langkawi..tapi tak tegoq pun..ank dia mcm taknak bercampoq dgn kids lain. Ank2 aii yg terlebih friendly mula nk tegoq tp aii xbagi sbb xmau kacau privacy..just senyum gitu jaa laa..tp semua  xpedulik pun dia retis..depa ja yg syork sendiri
Quote sleepandream 11-6-2024 07:47 PM
semua org tau mak iti baik... yang mental jeh ckp bukan2
Quote Imkhai 11-6-2024 08:39 PM
orkid_amani replied at 11-6-2024 05:20 PM
Awai school holiday tuhari aii ada jumpak tya& kids ni kat waterpark Langkawi..tapi tak tegoq pun..a ...

Retis ke dia?,rsnya org pon xkenal dia siapa
Quote cikenit2007 11-6-2024 09:36 PM
Sape Tya ni...
Quote orkid_amani 11-6-2024 11:53 PM
Imkhai replied at 11-6-2024 08:39 PM
Retis ke dia?,rsnya org pon xkenal dia siapa

Sebab tuu laa kot kitaog pun ignore jaa dia tp dia pun relax2 jaa takdak laa mendiva ka apa.
Quote I.K.A888990 12-6-2024 12:54 AM
okayyyyyyyyyyyyyyy
Quote supernaturalee 12-6-2024 04:03 PM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048586 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top