CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Liyana Jasmay Pernah Menangis Bimbang Botak

10-10-2013 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26014| Komen: 121

Description: Petaling Jaya: Pelakon Dan Penyanyi Liyana Jasmay Memberitahun Dia Pernah Menangis Gara-Gara Mempunyai Masalah Keguguran Yang Sangat Teruk Pada Tiga Tahun Lalu. Liyana, 25, Berkata, Keadaan Itu Membua ...
Masalah Liyana Jasmay Berjaya Diatasi, Terima Kasih Fazura!!!
                     


Liyana Jasmay

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahun dia pernah menangis gara-gara mempunyai masalah keguguran yang sangat teruk pada tiga tahun lalu. Liyana, 25, berkata, keadaan itu membuatkan dia risau kepalanya mungkin menjadi botak sehingga  menjejaskan usaha untuk berumah tangga pada ketika itu.



"Saya seorang yang sangat sensitif berkaitan dengan rambut. Apabila rambut saya gugur teruk pada tiga tahun lalu, saya menangis dan telefon ayah memberitahu tentang masalah saya. 


"Rasa macam kelakar juga, tetapi waktu itu mujurlah Fazura (pelakon) mencadangkan saya untuk berjumpa seorang doktor dan membuat rawatan kulit sehinggalah ia kembali pulih," katanya.


Tambah Liyana, melihatkan ibunya juga sering mengalami masalah sama, dia semakin bimbang akan mengalami keguguran rambut yang lebih teruk apabila meningkat tua nanti. Kata pelakon drama NY Cinta itu lagi, walaupun ia kedengaran remeh tetapi sebagai wanita dia harus menjaga rambutnya yang dianggap sebagai mahkota wanita.



Dalam pada itu, Liyana memberitahu sebelum ini dia hanya menggunakan bahan-bahan organik dan sekarang mula mengamalkan pengambilan produk rambut yang bersesuaian mengikut nasihat doktor. "Sejak rambut saya semakin sihat, saya juga tidak lagi mengamalkan penggunaan penyembur rambut melainkan benar-benar perlu dalam kerja saya, tidak macam dulu lagi.


"Dan jika saya mempunyai masa terluang, saya akan memotong sebiji limau purut dan sentalkan pada kepala," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Liyana bakal muncul dengan filem Papadom 2 pada hujung tahun ini.
         


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neez_cookies 7-10-2013 05:37 PM
at least fazura berjasa uols
Quote missyqaldina 7-10-2013 05:45 PM
bff kekdahnyee..
Quote outcast 7-10-2013 05:45 PM
auuuuwww  x sangka fake  berhati mulia...
Quote cikatilia 7-10-2013 05:47 PM
outcast posted on 7-10-2013 05:45 PM
auuuuwww  x sangka fake  berhati mulia...

terasa mcm salah aje perkataan mulia & fake digunapakai dlm 1 ayat

Quote mrssultan 7-10-2013 06:10 PM
NYCinta??

tak sodapppppp

walaupun yg cuba sedappkn cerita tue ialah BP.

haku tak phm kenapa dy belakun cerita tue.

tak sedap hokeyyy!!

tak sedap...

ada yg setuju tak dgn haku??????
Quote cikatilia 7-10-2013 06:30 PM
mrssultan posted on 7-10-2013 06:10 PM
NYCinta??

tak sodapppppp

bagi aku
most citer yg minah ni berlakon adalah.. err bosan??

filem histeria.. ya amponn
tp dlm cinta pari2 ok la sket
sbb watak sengal
Quote mixed 7-10-2013 06:33 PM
Jd fakezura mmg jumpa pakar kulit selama ni
Quote yayah8989 7-10-2013 06:45 PM
ingtkn keguguran beby td
Quote outcast 7-10-2013 06:54 PM
cikatilia posted on 7-10-2013 05:47 PM
terasa mcm salah aje perkataan mulia & fake digunapakai dlm 1 ayat

Hahhahhaha...ok ler tuh
Sapa sangka sheolls jaga rambut
Mula2 ingat sheolls suh LY pasang extension
Sib baik bukan
Quote aderaderker 7-10-2013 07:29 PM
Dia neh da abes isu ke wartawan  da
xde keje ek..
Ni pun leh jadi bahan kan...
Wadefak sangat..
Quote MsHazel 7-10-2013 07:45 PM
tu petanda tuhan srh pakai tudung
Quote murasaki 7-10-2013 08:19 PM

laaaa.....boleh plak fakezura nasehatkan LJ jumpa pakar....yg dia sendri tu pakai extension rambot bagai

dah xde cite sgt ke?? hampir botak pon boleh masok sokkaba
Quote anis01 7-10-2013 10:21 PM
perlu ke cerita picisan macam ni dihidangkan pada umum?
liyana? laku lagi ke?
bukan sendu dah ke?
Quote tomet05 7-10-2013 10:21 PM
hormon kan lepas kahwin .. kikiki
Quote miasyifa 7-10-2013 10:31 PM
MsHazel posted on 7-10-2013 07:45 PM
tu petanda tuhan srh pakai tudung

betul tu.. buat apa cerita pasal rambut gugur.. ada baiknya menutup aurat (rambut), tak ada dosanya bila kita bertudong tu.. malah itu adalah tuntutan Agama..
Quote awoks 7-10-2013 10:37 PM

rambot dia kan kerinting teruk dulu..dok hari2 rebonding bagai mane la tak gugur..
Quote dahliateck 7-10-2013 10:40 PM
oo patut dulu masa fake sentap dgn iols kat twitter, dia suruh liyana ni pos sindir2 iols, dia csi iols folo liyana, x folo dia

terus liyana pun iols unfolo

diorg mmg bff rupanya
Quote bantal_busuk 7-10-2013 10:44 PM
neez_cookies posted on 7-10-2013 05:37 PM
at least fazura berjasa uols

kan, yang anti dok kata dia busuk hati tak suka tengok org lain cantik dr dia itu semua propa.. yg mrk dok puja puja artis hati busuk tak mrk tahu fell sebenar artis itu.
Quote bantal_busuk 7-10-2013 10:52 PM
anti fazura ni panas hati ni baca statement liyana diberi tips oleh fazura.. propa nya korang kata fazura tak boleh tengok perempuan lebih cantik dr dia. yg korang dok karat sangat tu, perhatikan betol dia punya busuk hati.

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054977 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top