CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25811|Reply: 89

[Lain-Lain] INFERNAL AFFAIR or THE DEPARTED

[Copy link]
Post time 22-9-2006 03:14 PM | Show all posts |Read mode





Siapa pernah tonton Infernal Affair 1 lakonan Andy Lau dan Tony Leung Chiu Fai itu mungkin setuju yg filem tu besH sesangat, tambah lagi dengan elemen thriller yg membuatkan kita tak senang duduk.....

Infernal Affair 1 mungkin antara karya unggul pernah muncul dalam industri perfileman Hong Kong. Akhirnya mencuri perhatian Hollywood(produksi Brad Pitt dan J Aniston) utk membuat remake ke atasnya(yg mana sebelum ni lebih gemar melihat kpd produk Jepun dan Korea sahaja).....

Dari Hong Kong beralih ke Boston....

Kongsi gelap daerah Tsim Tsa Tsui berubah ke Mafia Irish.....

Undercover cop dan perisik jahat berambut hitam bertukar ke rambut brown-blonde....

Dua aktor bertaraf Oscar, Leornado D'Caprio dan Matt Damon masing2 mengambil alih peranan yg pernah dijayakan dengan cemerlang oleh Tony Leung Chiu Wai dan Andy Lau dlm Infernal Affair 1....manakala yg menerajui filem ini pula ialah Martin Scorsese, nama besar yg cukup terkenal dalam pengarahan filem2 bercorak ganster sebelum ini....mungkinkah sekali lagi Scorsese akan ditawarkan pencalonan Oscar dan kali ini memenanginya(dan 6 kali dia tercalon Oscar as best director tapi x pernah ada tuah menang)....

Apa-apa pun......sapa2 yg berminat nak tonton filem ini, seeloknya lihatlah Infernal Affairs dahulu....tiada kes SPOILER disini, malah dapat melihat corak perbezaan antara kedua buah filem akan memberikan pengalaman yg lebih seronok kepada anda.....

Mungkinkah The Departed juga sehebat Infernal Affairs ? Sama-samalah kita saksikan nanti..... Last edited by cmf_GAIA on 6-12-2012 12:08 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2006 12:41 PM | Show all posts
Weh eden sudah tengok preview dia  --- BEST!! Oct 6 start. I'll be watching sbb ada empat big names!!

Infernal Affair 1 is my fav. Cedih betul ayan tu mati. Nagis gue tau ..yang Leon LAi berlakun tu dah tak sedap (pada saya lah).
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 03:19 AM | Show all posts
infernal affairs 1 best..yg 2 tak best..yg 3 not bad..Departed mgkn best..hhee
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 04:00 PM | Show all posts
emmm...infernal affairs yg 1 jugak best...2 kureng...3 ok la....

citer ni pun mesti best...aku akan tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 12:01 AM | Show all posts
ekk... kat Malaysia delay ke 2 November lak, huhu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 01:20 PM | Show all posts
wah....ramai juga yg tak suka IA2 dan boleh terima IA3 ya....

bagi aku IA1 best tak terkata lah....watak2 yg dinamik dan cerita yg mendebarkan....

IA2 aku boleh terima...cuma dengan watak2 yg terlampau banyak cerita tu jadi berat dan berserabut....berat disini bermaksud bukanlah spt yg kita biasa faham tu....berat yg aku maksudkan ialah cerita ni seolah2 nak heret segala2nya cerita tentang setiap watak itu dpadat2kan dlm satu filem.....jln cerita filem tak seharusnya padat mcm tu...drama soap opera TVB bolehlah....malah persembahan dua pelakon muda itu Edison Chen dan Shawn Yue gagal mengekalkan karisma Andy Lau dan Tony Leung utk filem pertama....tapi overall IA2 memang membawakan kisah prekuel yg menarik...

IA3 pulak banyak sangat kepincangannya....ia tak bermakna apa2 kecuali merosakkan trilogi ini sepenuhnya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2006 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 26-9-2006 01:20 PM
wah....ramai juga yg tak suka IA2 dan boleh terima IA3 ya....

bagi aku IA1 best tak terkata lah....watak2 yg dinamik dan cerita yg mendebarkan....

IA2 aku boleh terima...cuma dengan watak2 yg ...


bagi aku IA2 dan IA3 tak patut wujud.merosakkan je
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 06:35 PM | Show all posts
IA2 and IA3 tu sambungan yang memeningkan...kalau focus betul2 baru lah boleh paham..kalau x memang pening..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 02:39 AM | Show all posts
Originally posted by maberik at 9/25/06 23:29


bagi aku IA2 dan IA3 tak patut wujud.merosakkan je


Lepas tengok IA1 saya tercari cari IA2 & IA3. Sebab rasa tak puas tengok IA1 ..sekalik IA 2 tu cerita pasal Thailand lah, hiding lah etc .. terus frust

Still ingat sampai sekarang lagu ... ''sher shuei'' tu

[ Last edited by  DARSITA at 26-9-2006 10:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 10:33 AM | Show all posts
akhirnye baru la aku terperasan dah tengok IA ni..yang 2 kot, yang citer pasal kat Thailand tu kan?And then, semalam aku selongkar koleksi VCD2 lama, aku terjumpa  VCD IA, tapi x sempat tengok lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 12:26 PM | Show all posts
i am so frustrated sebab the departed ni, cam tak mention mana-mana pun dlm production dia (atau website dia), movie ni remake from infernal affairs..

semua org dok puji melambung the departed, ignorant sungguh americans ni, dok puji martin scorcese for brilliant filem.. tapi idea orang hong kong jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 13-10-2006 12:26 PM
i am so frustrated sebab the departed ni, cam tak mention mana-mana pun dlm production dia (atau website dia), movie ni remake from infernal affairs..

semua org dok puji melambung the departed,  ...


ada mention la.Martin Scorsese sendiri cakap.

sila tengok imdb.siap ada writing credits kpd penulis asal Infernal Affairs.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by maberik at 13/10/06 12:58 PM


ada mention la.Martin Scorsese sendiri cakap.

sila tengok imdb.siap ada writing credits kpd penulis asal Infernal Affairs.


imdb mmg ada.. tapi kat website rasmi dia takde pun?
tgk cam ramai je nyumpah kat board infernal affairs kenapa IA rating lagi rendah dari the departed.. confuse aku
Reply

Use magic Report

PuteraSantubong This user has been deleted
Post time 13-10-2006 01:51 PM | Show all posts
wah wah wah dicaprio diganding dgn jack dan matt...adusss...meletop nih..tak kira lah remake ke redo ke rerun ke...janji aku caya martin sure dapat lari dari bayang2 IA...tak caya tengoklah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 13-10-2006 01:10 PM


imdb mmg ada.. tapi kat website rasmi dia takde pun?
tgk cam ramai je nyumpah kat board infernal affairs kenapa IA rating lagi rendah dari the departed.. confuse aku


kat website dia ada mention.sila tengok Production Notes kat website tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by maberik at 13/10/06 02:01 PM


kat website dia ada mention.sila tengok Production Notes kat website tu.


tq :tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2006 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 13-10-2006 12:26 PM
semua org dok puji melambung the departed, ignorant sungguh americans ni, dok puji martin scorcese for brilliant filem.. tapi idea orang hong kong jugak..

Bukanlah semua american dapat atau berpeluang menonton filem asal Hong Kong tu....tapi pujian melambung atas Departed bukanlah bermakna mereka mengecilkan filem dan idea asal....

Cuba tengok review american terhadap IA kat sini ---> http://www.rottentomatoes.com/m/infernal_affairs/

Boleh dikatakan melambung jugak.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 12:55 PM | Show all posts

The Departed

Bila nak tayang?? aku tertunggu2 citer ni...
kalo dah ader thread pasal filem ni, tolong merge kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 06:06 PM | Show all posts
movie ape ni... citer la sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2006 10:27 PM | Show all posts
Terbaca berita yg Andy Lau rasa skit tak puas hati dgn cara Departed menggabungkan watak asal lakonan Sammi Cheng dan Kelly Chen menjadi satu org yg sama....

Sammi Cheng jadi isteri kpd Andy Lau dlm IA1 yg kemudiannya berjaya menghidu aktiviti korup suaminya...manakala Kelly Chen pula menjadi dr pakar terapi kpd Tony Leung yg murung dan tertekan....maknanya...kalau watak ini digabungkan ia adalah wanita yg menjadi isteri kpd Matt Damon dan dlm masa yg sama sebagai pakar terapi kpd Leornado DCaprio....2 lelaki dan satu wanita saling berkait....bukankah ia kedengaran seperti plot stereotype drama bersiri Korea Selatan

Apa2 pun Andy Lau kata dia bukanlah kecewa...malah memuji filem ini bagus buatannya dan memberikan markah 8/10......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.060273 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list