Sempena pembukaan versi baru ni..mari lah kita sama2 menadah tangan memohon berkat dari Allah S.W.T.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَمَرَنَا بِالشُّوْرَى تَكْرِيْمًا لِلْعُقُوْلِ وَتَأْلِيْفًا لِلْقُلُوْبِ وَتَقْدِيْرًا لِحُرِّيَّةِ الرَّأْيِ وَحِفْظًا لِلأُمُوْرِ مِنَ الْخَطَإِ وَالزَّلَلِ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِ اْلأَنْبِيَاءِ وَإِمَامِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَمَنْ دَعَا بِدَعْوَتِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ يَا رَبَّ الْكَائِنَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَاتِ
Ya Allah kami memohon agar pertemuan kami disinii dianugerahkan hidayah dan taufik agar urusan harian kami berjalan dengan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.
Ya Allah, kami dipertanggungjawabkan dengan amanah yang berat, maka anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.
اَللَّهُمَّ يَا اَلله ُ
Jadikanlah majlis ini sentiasa mendapat pertunjuk ke jalan yang diredhai serta hindarkanlah hati-hati kami dari sifat-sifat buruk yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan.
اَللَّهُمَّ يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ وَيَا مُنْزِلَ الْبَرَكَةِ وَالرَّحْمَةِ
Selamatkanlah kami dan jadikanlah zaman ini zaman yang bertambah-tambah aman dan tenteram semoga negara kami terus maju lagi makmur dan rakyat dapat hidup bersatu, bantu-membantu di antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama.
اَللَّهُمَّ حَسِّنْ حَالَتَنَا السِّيَاسِيَّةَ وَاْلإِقْْتِصَادِيَّةَ وَاْلإِجْتِمَاعِيَّةَ إِلَى أَحْسَنِ حَالٍ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَبِاْلإِجَابَةِ جَدِيْرٌ.
اَللَّهُمَّ ءَامِنَّا فِى وَطَنِنَا وَأَصْلِحْ أَحْوَالَنَا وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا وَخُذْ بِأَيْدِيْنَا وَبِأَيْدِيْهِمْ إِلَى مَافِيْهِ خَيْرُنَا وَخَيْرُ وَطَنِنَا وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمِ وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
[ Last edited by monorail at 29-3-2008 08:20 AM ] |