View: 4769|Reply: 29
|
Nekad mahu jumpa Mawi - Nampak bumbung rumah pun jadilah
[Copy link]
|
|
Nekad mahu jumpa Mawi
Oleh RUDY FAZRUNISYAM SAMARUDIN
[email protected]
KULAI: Seorang remaja lelaki yang menghidap autisme nekad menempuh perjalanan lebih 300 kilometer dengan menaiki bas, komuter dan kereta api dari Klang, Selangor ke Felda Taib Andak, di sini, semata-mata untuk menemui artis sensasi, Asmawi Ani atau Mawi.
Biarpun hasratnya tidak kesampaian, Mohd Zainuddin Kasaman, 18, berkata dia puas kerana sekurang-kurangnya dapat melihat bumbung rumah artis kesayangannya.
揟ak dapat jumpa Mawi, dapat tengok bumbung rumah dia pun cukup,擺/b] katanya yang sebelum itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Meru, Klang, Selangor, sejak Khamis lalu.
Mohd Zainuddin berkata, dia bertindak demikian kerana sudah lama memendam hasrat untuk melihat rumah Mawi dan bertemu mata dengan penyanyi pujaannya.
揝aya naik bas ke Klang sebelum menaiki komuter ke Seremban, lepas itu saya naik kereta api ke Kulai. Saya datang seorang diri dan saya tidak takut, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sakit autisme tu.. bukannya normal cam kita |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 20-4-2008 11:43 AM
Nekad mahu jumpa Mawi
Oleh RUDY FAZRUNISYAM SAMARUDIN
[email protected]
KULAI: Seorang remaja lelaki yang menghidap autisme nekad menempuh perjalanan lebih 300 kilometer dengan menaiki ba ...
dia patut ajak parents dia gi ziarah pak sedara dia kat FTA
nanti dptlah tengok bumbung rumah mak melah |
|
|
|
|
|
|
|
pelik gak le budak ni sampai begitu sekali ingin jumpa Mawi...
kan kah Mawi berada di KL..kenapa susah2 pi Johor yek..... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dia autisme le ...susah payah pi johor
yang dalam mind dia maei tu budak kulai,johor
kalau dia normal macam kita pun mesti boleh fikir secara rasional kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Hayah's post
dia x tau rumah mawi kat kl
nak pegi show mawi pun agaknya x tau kat mana |
|
|
|
|
|
|
|
org mcm tu pun suka kat mawi kan.....
masih ber aura lagi mawi ni yek..... |
|
|
|
|
|
|
|
peminat mawi tinggal yang OKU a.k.a terencat akal jer kecuali dino |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 dino's post
dino ni yg nickname Nemba/chemariarshad yg kat ch @15 tu...bermatian2 duk cakap setia kat botak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kekecewaan terubat dapat jumpa Mawi
Oleh MALIAH SURIP
[email protected]
Mohd. Zainuddin tersenyum lebar apabila akhirnya dapat bertemu Mawi di Kulai semalam.
KULAI - Kekecewaan Mohd. Zainuddin Kasaman, 18, selepas 72 jam gagal menemui idolanya, Mawi setelah melalui perjalanan nekad ke rumah penyanyi itu di Felda Taib Andak, Kulai dari Klang, Selangor akhirnya terubat semalam.
Ini kerana, beliau menerima kunjungan mengejut daripada penyanyi popular itu.
Pertemuan yang berlangsung selama sejam di kediaman bapa saudara remaja tersebut, Mohd. Amin Tasmi, 66, yang kebetulan tinggal di kampung yang sama telah membuatkan Zainuddin begitu terkejut dan teruja.
"Abang Mawi, saya sayang abang Mawi," katanya malu-malu sebelum dipeluk Mawi atau Asmawi Ani, 27.
Luahan perasaan Zainuddin yang menghidapi autisme itu kemudiannya disusuli dengan nasihat Mawi agar anak keenam daripada lapan beradik itu tidak melarikan diri dari rumah lagi hanya mahu bertemunya.
"Lain kali jangan buat macam ini lagi, kasihan pada mak, dia bimbang," kata Mawi sambil Zainuddin berjanji untuk tidak lari daripada rumah lagi.
Zainuddin kemudiannya menceritakan perjalanannya dengan hanya berbekalkan RM200 wang tabungnya nekad meredah perjalanan dari Klang ke Kulai menaiki bas dan kereta api kerana terlalu minat terhadap juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu.
Sementara itu, Mawi melahirkan rasa terharu dengan berkata tidak menyangka Zainuddin sanggup bertindak nekad semata-mata mahu bertemunya.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia selamat dan saya berkesempatan menunaikan hajatnya bertemu saya hari ini (semalam)," kata penyanyi itu lagi sambil menghulurkan dua keping cakera padat albumnya.
Zainuddin dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Meru 3, Klang, Selangor pada Khamis lalu sebelum keluarganya membuat laporan polis dan disebarkan media.
Penuntut Sekolah Menengah Klang Utama ini kemudian dilaporkan ditemui orang ramai di Stesen Kereta Api Kulai sebelum dihantar ke kediaman bapa saudaranya di Felda Taib Andak, Kulai.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia selamat dan saya berkesempatan menunaikan hajatnya bertemu saya hari ini (semalam)," kata penyanyi itu lagi sambil menghulurkan dua keping cakera padat albumnya.
huluq 2 cd jer? huluq la 2,3 riban ka...gomak kata mawi byk duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by icelemontea at 24-4-2008 10:06 AM
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia selamat dan saya berkesempatan menunaikan hajatnya bertemu saya hari ini (semalam)," kata penyanyi itu lagi sambil menghulurkan dua keping cakera padat alb ...
mana leh bagi duit sebarang sekarang..nanati Kakak Ikin marah...! |
|
|
|
|
|
|
| |
|