|
JOHOR BAHRU - Akibat terkejut ketika sedang mengundurkan kereta, isteri terlanggar suami hingga mati.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi kelmarin di No. 40, Jalan SS 8/9, Taman Seri Saujana, Kota Tinggi itu membabitkan wanita berusia 49 tahun yang bekerja sebagai tukang urut.
Ketika itu wanita berkenaan, Sulaka Bebe Koya Kutty sedang mengundurkan kereta jenis Nissan model automatik yang diletak di luar rumah untuk pergi ke pekan berhampiran.
Semasa sedang mengundurkan kereta terbabit, dia terlanggar sebuah van dibelakang menyebabkan pemilik van tersebut menjerit.
Jeritan tersebut membuatkan suaminya, Md. Ali Hassan, 52, yang berada di dalam rumah segera keluar untuk melihat apa yang berlaku.
Malangnya, dalam keadaan terkejut, Sulaka Bebe tertekan pedal minyak lalu meluncur ke hadapan dan merempuh suaminya hingga tercampak sejauh lima meter.
Dalam keadaan bingung, dia dipapah keluar sementara suaminya dihantar jirannya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan meninggal dunia pukul 4.30 petang hari kejadian.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ingatan saya bagai hilang sehinggalah saya dibawa pulang ke rumah ibu saya di Ulu Tiram.
"Apabila melihat jenazah suami terbujur kaku, saya bagai nak pengsan kerana baru tahu apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di Ulu Tiam semalam.
Menurutnya, dia panik apabila terdengar jeritan pemilik van yang dilanggar dan cuba membetulkan gear tetapi tertekan pedal minyak.
"Saya seperti ternampak suami keluar untuk membantu dan ketika itu saya sudah tidak sedar apa-apa," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan kejadian tersebut.
"Mangsa yang bekerja sebagai pemandu traktor di sebuah ladang di Kota Tinggi dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum meninggal dunia kira-kira 4.30 petang hari yang sama," katanya ketika dihubungi semalam.
malang.....
malang tidak berbau....ALFatihah!  |
|
|
|
|
|
|
|
selamat dari dimadukan sebab suami mati dulu  |
|
|
|
|
|
|
|
al-fatihah n takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 sayanglakiku\ catat
|
|
|
|
|
|
|
perlu sedih ke?  |
|
|
|
|
|
|
| |
|