|
Wanita lahir anak selepas langsung pernikahan
JOHOR BAHRU: Hari ini nikah, esok bersalin. Bunyinya pelik, tetapi itu realiti dialami satu pasangan pengantin baru yang melangsungkan pernikahan mereka di Kota Tinggi, dekat sini, Ahad lalu.
Wanita berusia 25 tahun itu melangsungkan pernikahan dengan pasangannya di sebuah masjid di Kota Tinggi pada 17 Ogos lalu, bagaimanapun, pada malam pertama pengantin perempuan dilaporkan mengadu sakit perut dan dihantar ke hospital.
Wanita terbabit dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Kota Tinggi (HKT) pada jam 2.30 pagi sebelum selamat melahirkan seorang bayi perempuan, beberapa jam kemudian.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa JAJ, Mohd Nooh Kadri, berkata siasatan awal mendapati wanita itu dinikahkan seorang jurunikah bertauliah di sebuah masjid di daerah Kota Tinggi, Ahad lalu.
Beliau berkata, pihaknya percaya ketika dinikahkan, wanita terbabit berbadan dua dipercayai hasil hubungan tanpa ikatan sah dengan pasangannya iaitu seorang lelaki berusia awal 20-an.
揔ami siasat kes ini berkaitan persetubuhan haram mengikut Seksyen 23 Enakmen Jenayah Syariah Johor 2003, iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun.
揝aya sudah mengarahkan pegawai Pejabat Agama Kota Tinggi menyiasat kejadian ini termasuk menemubual pasangan terbabit di rumahnya selepas wanita itu dibenarkan pulang nanti, |
|