|
hari sabtu nih perlawanan pertama super leauge 2009 akan diadakan, kedah vs selangor, merebut piala sumbangsih.....dalam paper macam xder apa2 jer.....i'm sure 100% ramai yang xtau psal nih.......
macam mana stadium nak penuh camni????
macam mana peminat di malaysia nak sokong bola sepak tempatan??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku mengantuk la hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
haku keje mlm la ari sabtu neh |
|
|
|
|
|
|
|
4 bulan dah aku dok tunggu |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tunggu kalau ada team vietnam main, lagi best tengok |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah bosan |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk kat tv je...itupun kalau tv ade live.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jofizo at 31/12/08 04:15 PM
buat la poll......
nak buat poll pun malas |
|
|
|
|
|
|
|
semoga mie yeh tak buat lawak awal tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
kedah 1 selangor 3
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 mirage_46's post
BooOOooooooooo..Kedah 3-1 Selangoq |
|
|
|
|
|
|
|
SELANGOR akan lebih tertekan.
Malam ini, skuad kendalian K. Devan itu akan berhadapan Kedah di Stadium Darul Aman pada perlawanan pembukaan Liga Super musim 2009 sekali gus merebut Piala Sultan Ahmad Shah.
Devan mengakui tekanan lebih dirasai pasukannya memandangkan Kedah akan turun di gelanggang keramat mereka serta mendapat sokongan padu penyokong fanatik mereka.
"Memang tekanan pada Selangor. Tapi kita tetap ada strategi tersendiri untuk menyerap- nya. Cuma saya minta pemain dapat memberi sepenuh tumpuan sepanjang perlawanan itu kelak.
"Kita akan gunakan segala pengalaman yang ada pada pemain dan saya mahu mereka menggunakan kematangan itu untuk mengatasi Kedah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Devan, hanya 18 pemain akan dibawa ke Alor Star tanpa disertai K. Nantha- kumar, Zaiza Zainal Abidin, Fitri Shazwan Raduwan, Fazli Baharudin, Fauzan Dzulkifli, Fadzirul Zakaria, Fairul Azwan Shahrullai dan S. Sritharan.
"Untuk slot pemain bawah 20 tahun, kami akan turunkan sama ada Zameer Zainun (19 tahun) atau Fareez Asmawi (20 tahun)," ujarnya.
Ditanya tentang kesebelasan utama yang bakal diturunkannya malam ini, Devan berkata: "Kita belum tentukan lagi. Kesebelasan utama Selangor hanya akan diumumkan petang esok (hari ini)."
Devan yang belum pernah menjulang Piala Sultan Ahmad Shah sebenarnya sudah biasa menyaksikan Kedah beraksi di Stadium Darul Aman sepanjang musim lalu ketika beliau melatih pasukan Kuala Muda Naza.
"Saya boleh katakan Kedah adalah pasukan yang hebat. Mereka mempunyai ramai pemain muda berbakat, corak permainan pantas dan mereka sudah lama bermain sebagai satu pasukan.
"Tapi itu bukan bermakna Selangor akan mudah mengalah. Kita tetap akan memberi saingan dan mencipta kejutan untuk menjulang Piala Sumbangsih tahun ini," tegasnya.
KHYRIL (kanan) akan bergandingan bersama
Farizal di barisan serangan Kedah malam ini.
Kedah tiada strategi tertentu hadapi Selangor
“KEDAH akan main macam biasa.”
Itu ulasan ringkas jurulatihnya, Mohd. Azraai Khor Abdullah menjelang pertemuan dengan Selangor bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah malam ini.
“Saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain. Saya cuma pesan kepada mereka supaya turun beraksi seperti biasa,” kata Azraai.
Menurutnya, Kedah yang sudah biasa beraksi dalam apa juga keadaan sebelum ini seharusnya sudah matang dan tidak perlu berasa tertekan.
“Pemain Kedah sudah beraksi dalam tujuh perlawanan akhir sejak dua musim lalu dan hakikat itu seharusnya telah mematangkan mereka serta tampil lebih bersemangat dan yakin.
“Apa yang penting, pemain perlu mengikut segala arahan taktikal yang telah dibuat serta tidak melepaskan peluang menggegar gawang lawan,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Azraai berkata, beliau turut menuntut barisan pemainnya supaya berhati-hati dengan aksi lawan memandangkan Selangor adalah antara pasukan gergasi dalam saingan liga musim ini.
Jelasnya, Selangor sudah pasti ada percaturan tersendiri dalam usaha mereka menjulang trofi pertama bagi saingan musim 2009 ini.
Azraai memberitahu, beliau mungkin akan menggandingkan penyerang skuad negara, Khyril Muhymeen Zambri dengan Farizal Rozali pada perlawanan malam ini.
Farizal telah mempamerkan kualiti tersendiri walaupun ini merupakan musim pertamanya beraksi dalam Liga Malaysia.
Jika berdasarkan rekod pertemuan, Kedah dilihat mudah menjinakkan Selangor.
Apa pun, Stadium Darul Aman di Alor Star akan menentukan jawapannya malam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...akhirnya Selangor berjaya gak mengalahkan Kedah.... 4-1 lak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
dengar citer keeper kedah buat aksi badut..ketaq piala AFF tak abis lagi ka? |
|
|
|
|
|
|
|
apa dah jadi ngan hang Helmi??????????? |
|
|
|
|
|
|
| |
|