CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3292|Reply: 4

Selamatkanlah Bola Sepak Malaysia!!!!!

[Copy link]
Post time 22-1-2009 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Ditulis oleh Merang   

THURSDAY, 22 JANUARY 2009 14:17

Skripnya adalah sama cuma kali ini episodnya sahaja yang berbeza. Kali ini skuad kebangsaan memilih untuk dimalukan ditempat sendiri, tewas 0-5 kepada UAE malam semalam. Sesudah tersingkir awal Kejohanan Piala AFF Suzuki Disember lalu, kali ini anak-anak buah B.Sathianathan tidak tertahan sekali lagi menerima aib yang sama.

Tidak perlu alasan yang kukuh buat Sathianathan rentetan persiapan penuh hanya lima hari sahaja kerana UAE juga hanya mampu menghimpunkan barisan pemainnya kurang daripada sepuluh hari sebelum berkunjung ke Kuala Lumpur.

Kalah 0-5 sudah jadi 慴iasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2009 02:47 PM | Show all posts
Resolusi Gulingkan Atasan FAM

Ditulis oleh betterman   
THURSDAY, 22 JANUARY 2009 14:19

Dimulakan dengan Bismillahirrahmaanirrahim.

Tidak dapat dinafikan lagi, kebobrokan FAM mula mencetuskan kemarahan semua penyokong bolasepak Malaysia. Dilihat dari semua sudut, FAM mula di cemuh oleh penyokong, media, jurulatih-jurulatih serta pengurus pasukan, cuma peringkat kerajaan belum mengambil langkah untuk bertindak keatas FAM yang membutakan telinga, membuat keputusan membuta tuli dan tidak dapat dinasihati lagi oleh mana-mana pihak. Umum mula sedar, kerosakan FAM bermula dari tampuk Presiden FAM sendiri yang beriya-iya menggubal Majlis Tertinggi FAM kononnya mampu merubah senario dan mentality bolasepak Malaysia. Sudah jelas sejak sekian lama, Malaysia antara negara Asia yang mempunyai peminat bolasepak yang taksub dengan sukan nombor satu dunia itu. Oleh itu, atas wadah hanya penyokong sahaja sekarang boleh merubah jika tidak pun sedikit membaiki mutu dan perjalanan bolasepak Malaysia di semua peringkat.

Memandang kan Tuanku Presiden FAM tidak mahu berganjak dan atas dasar itu, kerajaan Malaysia mengamalkan dasar tidak mahu mengacau dan menderhaka setiap bidang luar politik yang dicampuri oleh tampuk kesultanan melayu. Kita lihat, banyak aspek terabai bila bidang tugas pengurusan diketuai oleh orang dari istana. Kita juga sedar, rata-rata peminat bolasepak Malaysia majoritinya berbangsa melayu amat menghormati dan mengelak dari tulah, tidak akan bersuara untuk menentang kesultanan. Namun, suatu yang menjadi keunikan sukan bolasepak yang berpaksikan kuasa penyokong mampu merubahnya jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memberi sedikit tekanan berhemah. Untuk menyedarkan semua, portfolio jawatan presiden setiap badan sukan di Malaysia tidak akan ditentang oleh sesiapa jika dipengerusikan oleh Sultan. Namun, dalam bolasepak, kuasa dan hak kita sebagai penyokong sebenarnya adalah paksi terkuat dalam membangunkan bolasepak.

Jika dilihat, di peringkat professional FIFA mahu pun EURO sendiri mengambil pendekatan terbuka mendengar suara penyokong, dan kita sedia tahu kuasa penyokong professional di setiap pelusuk dunia menguasai sukan tersebut. Kita dengar dan baca melalui akhbar, kekuatan kuasa kelab penyokong mampu bersatu menyerahkan dana kewangan untuk memiliki kelab kesayangan mereka. Kita selalu dengar kebebasan kelab, pengurus dan wakil kelab penyokong menghantar amaran dan tekanan kepada pihak tertinggi yang mengelola bidang sukan ini agar perjalanan sukan kesayangan ramai ini berjalan dengan tunjang persembahan untuk segenap orang ramai yakni penyokong. Oleh itu, dengan keprofessionalan dan kuasa mampan dari luar, kita boleh cuba cedok pakai untuk ditafsirkan dengan cara dan perjalanan kita bersesuaian dengan adat resam dan budaya setempat.

Untuk melaksanakan resolusi paling besar ini, tidak dapat tidak suara penyokong harus bersatu dibawah satu payung kelab penyokong yang rata-rata sudah berdaftar dan mempunyai asas kukuh untuk bersuara. Satu cara paling efisyen yang boleh kita persembahkan adalah seperti berikut:

1. Gabungkan semua kelab penyokong alam maya dahulu, kerana perjalanan penyokong alam maya yang luas komunitinya bebas dan terbuka, kemudian organisasikan pergerakan ini di peringkat pergerakan luaran. Bina satu wadah yang kukuh agar diterima pakai semua peringkat kelab penyokong dari semua negeri dan kelab yang bermain dibawah Liga M.

2. Rundingkan dan tubuhkan Majlis Tertinggi yang mengelola, mengemaskini serta menjalankan gerak kerja utuh di peringkat tertinggi dengan niat nan satu, untuk memberi amaran dan tekanan kepada FAM secara total dan 憈otok
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 02:57 PM | Show all posts
biar aku tambah sikit....

‘Mereka lebih kuat’

KEKALAHAN memang sudah diduga tetapi untuk tewas 5-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Asia di Stadium Kuala Lumpur, malam tadi sudah cukup menggambarkan kekecewaan di hati jurulatih kebangsaan, B Sathianathan.

Malah kebimbangan beliau mengenai tahap kecergasan anak buahnya menjelang perlawanan berkenaan menjadi igauan ngeri apabila mereka tampak lesu pada separuh masa kedua hingga jumlah jaringan bertambah daripada 2-0 pada separuh masa pertama menjadi 5-0 sebaik wisel penamat.

Lima gol UAE dijaringkan kapten pasukan, Mohamed Omar pada minit ke-29 dan 45, diikuti Ismaeil Matar (m-61, 65) dan Ahmed Khalil melengkapkan derita Malaysia pada minit ke-85.

“Pada separuh masa kedua, tahap kecergasan pemain agak menurun hingga mudah Ismaeil Matar mengatasi barisan pertahanan yang gagal mengawal pemain itu.

Mereka lebih kuat, lebih berkuasa dan lebih agresif dan itulah yang saya katakan mengenai kecergasan pemain. Pada separuh masa pertama, mereka mempunyai peluang tetapi separuh masa berikutnya, langsung tiada peluang,” katanya yang jelas kecewa dengan jumlah jaringan berkenaan. 


Malah pertaruhannya terhadap Syamsuri Mustafa juga tidak menjadi apabila bukan saja bolos beberapa gol malah terpaksa diganti Syed Adney Syed Hussein pada pertengahan separuh masa kedua akibat kecederaan.

“Bagaimanapun saya puas hati dengan persembahan Syamsuri selepas dua tahun tanpa sebarang aksi dalam bola sepak antarabangsa,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan bakal menjadi sasaran pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas ini, beliau sedia menerimanya secara rasional.

Menurutnya, dia perlu bertemu dengan FAM dan menjelaskan beberapa perkara dan jelasnya untuk mempersiapkan pasukan menghadapi perlawanan antarabangsa seperti ini, beliau memerlukan tempoh yang lebih panjang.

“Jika mereka mahu saya berhenti, saya akan berhenti jika itu boleh mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.

“Tetapi dengar betul-betul, hakikatnya Liga M bukan bola sepak. Jika ada yang akan mengecam saya, saya akan terima tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Bagi jurulatih UAE, Dominique Bathenay biarpun pasukannya menang besar malam tadi tetapi beliau menyifatkan ia masih perlawanan yang sukar dengan kemungkinan 50-50 pada separuh masa pertama.

“Kami bermain begitu baik, pemain menjalankan tugas mereka dengan baik. Pada mulanya saya jangkakan 1-0 sudah memadai tetapi lima jaringan adalah sesuatu yang hebat.

“Mengenai pertembungan dengan Uzbekistan, saya tidak tahu tetapi ia adalah permulaan yang baik untuk kami,” katanya yang turut memuji aksi Ismaeil Matar dalam perlawanan itu.


** knp nak salahkan coach je klu pengurusan x btl??:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 02:21 AM | Show all posts
semua ni mula dari bawah lagi, liga kita tak berjalan dgn lancar dan berserabut. liga kita makin hilang seri dan kualitinya
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 05:39 PM | Show all posts
Chin Aun, Sathianathan ditamatkan perkhidmatan
01/02/2009 4:57pm

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Mesyuarat Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengambil keputusan menamatkan khidmat pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun dan jurulatih pasukan, B. Sathianathan.

Khidmat Chin Aun ditamatkan serta merta hari ini manakala Sathianathan pula diberi notis sebulan yang berkuat kuasa hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah itu bersetuju melantik Naib Presiden FAM, Datuk Gulzar Mohamad sebagai pengurus pasukan kebangsaan yang baru manakala pengganti Sathianathan pula akan diumumkan dalam masa terdekat. - Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 1.045301 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list