CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9469|Reply: 51

Zoo Bukit Takal

[Copy link]
Post time 10-2-2009 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Zoo Terengganu Dibuka Bulan Depan

KUALA TERENGGANU, 10 Feb (Bernama) -- Kerajaan Terengganuakan membuka zoo pertamanya di Bukit Takal, Kemaman akhir bulan depandan bakal menjadi yang terbesar di Pantai Timur.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata zoo yang terletak dikawasan seluas 54 hektar bersempadan dengan kawasan kunang-kunang yangterkenal di Kampung Yak Yah, akan mempamerkan sekurang-kurangnya 100spesis haiwan apabila dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.

"Beberapa spesis haiwan seperti burung unta, merak, beruang,landak, burung helang, kucing hutan, rusa dan ular sedang dikuarantinuntuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru di kawasan zooitu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi NegeriTerengganu di sini hari ini.

Beliau berkata Zoo Bukit Takal, apabila siap sepenuhnya bakalmenjadi antara 10 zoo yang terbaik di rantau ini dan keadaan hutansekunder di kawasan pembangunan itu memberi kelebihan daripada segipersekitaran.

Tanpa menyebut kos untuk membuka zoo berkenaan, Ahmad berkatakerajaan negeri akan membeli binatang-binatang itu dari beberapa zootempatan dan luar negara.

"Kemungkinan besar, zoo di Bukit Takal akan menjadi kawasanpembiakan beberapa spesis binatang tempatan yang hampir pupus untukdilepaskan kembali ke habitatnya atau dijual kepada zoo-zoo lain yangberminat," katanya.

Beliau menjangkakan antara tarikan utama di zoo berkenaan ialahmenaiki gajah mengelilingi kawasan zoo, harimau putih dan burungcenderawasih.

Ahmad berkata antara taman tema yang terdapat di zoo itu ialahTaman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropikal, Taman Cendawan, TamanBuah-buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik.

Beliau berkata Bukit Takal dipilih kerana di kawasan itu sudahmempunyai kebun buah-buahan tempatan seperti duku, manggis, sentul,mangga dan tanaman kopi yang akan menjadi tarikan tambahan kepadapengunjung.

Beberapa kemudahan awam akan disediakan seperti tram atau buggy, restoran, kawasan riadah serta kolam renang, katanya.

-- BERNAMA

[ Last edited by  Syd at 3-5-2009 17:13 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 08:50 AM | Show all posts
kemaman...?

alik aner kg yak yah ni weh....?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 08:52 AM | Show all posts
kemaman tu dah dekat sangat dengan Kuantan tuh..sempadan jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:55 AM | Show all posts
guaner gi wak kemamang nung.....nok ikut style wan mokh jugok ke

mcm lah kole trg tak dok kunang~kunang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:00 AM | Show all posts

Balas #4 t@t\ catat

kunang-kunang mamang lebih menarik rasenya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:02 AM | Show all posts

Reply #5 cyclotron's post

tp area kole trg pon byk gok kunang2...dok caya leh susur sg nerus,sg kat telemong....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2009 10:06 AM | Show all posts

Balas #6 t@t\ catat

mesti en. tat asal situ dok..tu yang duk promote angat
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:09 AM | Show all posts
Kemaman ade kunang2?....kene pegi tgk cepat nie.....kan dah jd zoo kene bayo plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 10:13 AM | Show all posts

Reply #7 cyclotron's post

bukan masalah tu...kan ibu negeri trg kang kole trg....so biarlah projek2 pon byk kan sket kat area2 ibu negeri ni....ni gak dr zman dulu lg...sejak wan mokh merintah byk pembangunan bwak area dia...zaman pok yeh pon bwak jugok daerah dia...jd kole trg ni mcm dok seimbang laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:37 AM | Show all posts

Balas #9 t@t\ catat

ye jugok tu.tapi nok wat belah mane agi, kalu doh dapat mb sume jenis gitu,polisi memajukan kawasan sendiri.takpelah, orang ganu kita belaka jugok kan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:53 AM | Show all posts

Balas #9 t@t\ catat

Kalu nok seimbang kene bawak ke besut nung.....kalu tak seimbang jgak...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by jishin at 11-2-2009 10:53 AM
Kalu nok seimbang kene bawak ke besut nung.....kalu tak seimbang jgak...hehehe


nak seimbang lagi , buat terus kat kelantan...mesti sekngucing suka...pembangunan tuuu...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:39 PM | Show all posts

Balas #12 Leonarzi\ catat

hehe betul2, kemaman jauh sangat org kelate nak pegi, kalau pg kemaman baik gi kl terus
-kalau buat kat besut ke setiu ke ok jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 11-2-2009 02:39 PM
hehe betul2, kemaman jauh sangat org kelate nak pegi, kalau pg kemaman baik gi kl terus
-kalau buat kat besut ke setiu ke ok jugak


Mehlaa kemaman punng.....bleh singgah jgak besut ngn setiu tuu...hehehe...

Sekngucing suka ke zoo2 nie?...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:04 PM | Show all posts
kena bayar ke nak masuk nihh..............
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by Risma at 11-2-2009 03:04 PM
kena bayar ke nak masuk nihh..............


Nak masuk mana nie Cik Risma?....kalu zoo....blum bleh masuk lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 03:28 PM | Show all posts
Originally posted by jishin at 11-2-2009 03:10 PM


Nak masuk mana nie Cik Risma?....kalu zoo....blum bleh masuk lg...

ye ke.......... ingat dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:38 PM | Show all posts

Balas #9 t@t\ catat

cam gitu, ada kebarangkalian tak kampus induks UDM dipindah dari dibuat di Besut ke Kemaman pulok.pasal rasanya kampus tu memang tak start buat lagi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:51 PM | Show all posts

Balas #18 cyclotron\ catat

UDM dok stat buat lg ke?....bukan dah sodok tanoh bagai dah kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 04:29 PM | Show all posts

Balas #19 jishin\ catat

tanda soal(?) tu maknanya bertanya kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.297909 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list