Dengan kalimah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
saya buka episod yang ke 36..dengan iringan doa........
Al Fatihah.....
Ya Allah, kami pohon perlindungan dari-Mu dari segala hasutan syaitan mahu pun kejahatan insan, kami
pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup dalam aman dan tenteram, selamatkanlah kami dari segala keburukan, jauhkanlah kami dari segala bala, wabak mahu pun penyakit yang menyusahkan.
Ya Tuhan kami, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan sanubari kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini, kami mengakui dengan penuh
kesedaran dan keinsafan tentang kebesaran dan kekuasaan-Mu ya Allah. Lantaran itu kami menadah
tangan di samping memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan, kami juga ingin melahirkan
kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat keselamatan dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan
Ya Allah, Engkaulah yang lebih mengetahui tentang hati dan perasaan kami, kami yakin bahawa hanya kudrat dan iradat-Mu sahaja yang dapat menyelamatkan kami dari segala rupa bentuk keburukan mahu pun bala bencana, hanya kekuasaan Mu jua yang telah menyelamatkan kami dari segala maksiat mahu pun wabak
yang sedang melanda kami. Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mukami harapkan, Rahman
dan Rahim-Mu kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi dengan sepenuh riayah dan
pemeliharaan-Mu, kami akui bahawa kami sentiasa terdedah kepada bahaya dan keburukan, lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai hasad dengki di atas sedikit kelebihan yang dikurniakan kepada kami, justeru itu, kami pohonkan ya Allah, Engkau peliharakanlah serta hindarkanlah kami daripada segala bahaya dan
keburukan itu.
Sekiranya keburukan telah Engkau qadha ke atas kami, sekiranya kecelakaan telah Engkau tetapkan akan menimpa kami, maka dengan Rahman dan Rahim-Mu ya Allah kami pohonkan, hindarkanlah kami dari segala keburukan dan kecelakaan itu, agar dapat kami hidup lebih bererti dan lebih bermakna.
Amin ..Ya Rabbal A'lamin
Semua dijemput memeriahkannya, tiada siapa dikecualikan.
NOTA : Mungkin terdapat kesukaran untuk membaca doa sebelum ini kerana baris ayat2 itu kekadang tidak ditempat yang
sebenar. Untuk itu saya letakkan terjemahan...........
[ Last edited by monorail at 10-5-2009 07:38 ] |